Chap 133

539 41 7
                                    

"Diorang dah tidur? "

Gempa menoleh ke belakang dan mendapati ibu mentuanya, Shielda menyapanya sembari melangkah masuk ke dalam bilik cucu-cucunya.

"Ha'a, Mommy. Mudah je untuk diorang tidur. Asalkan ada yang teman, jadi diorang dapat tidur dengan tenang. "

"Yeke... "

Shielda berjalan menghampiri Gempa lalu berdiri di sebelah menantunya untuk melihat cucu kembarnya yang sedang tidur dengan lena sekali di atas katil bayi mereka. Dan di sebelah katil tersebut, terdapat juga abang mereka iaitu Taufan yang sedang tidur dengan lena sekali sambil memeluk anak patung superhero kegemarannya, WindyMan.

"Nampaknya mereka ikut perangai Gempa, ya? "

Shielda berkata sembari mengusap lembut kepada Blaze. Tatapannya yang redup mengimbau kembali akan kisah silamnya sewaktu menjaga Halilintar yang masih bayi.

"Hm? Maksud Mommy? "

Gempa menatap wajah ibu mentuanya dengan penuh ingin tahu. Jarang sekali ibu mentuanya itu ingin berborak kosong bersamanya. Bukan bermaksud hubungan mereka tidak rapat, hanya saja kedua-duanya sukar mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama dek kerana harus menjaga suami masing-masing.

"Kalau Gempa nak tahu, Hali dulu bukan macam mereka. Hali boleh tidur seorang diri dan tak perlukan Mommy atau Daddy pun untuk teman dia. Sehingga kami tak perlu fikir pun yang dia perlukan babysitter. "

"... Halilintar seorang yang pendiam ke dulu?"

"Hm... Lebih kurang? Hali tak aktif sangat waktu kecil dahulu. Dia selalu bermain dengan alat permainannya dan lebih selesa bersendirian. Apa-apa hal kalau dia terjatuh atau terluka, dia tak menangis. Dia cuma akan datang dekat Mommy atau Daddy dan bagitau yang dia ada luka. Waktu tu Mommy dan Daddy pula yang gelabah. Sedangkan Hali tak nangis pun! "

Gempa ikut tertawa selepas mendengar cerita daripada ibu mentuanya. Oh, ternyata sifat Taufan yang tidak manja dan pandai berdikari itu rupa-rupanya datang daripada Halilintar!

"Tapi... Mommy dan Daddy risau sebenarnya. Sebab Hali terlalu pendiam dan lebih suka menyendiri. Kami takut dia mula rasa tersisih walaupun kami cuba lakukan yang terbaik untuk berikan tumpuan kepadanya. "

"Mommy... Pernah tanya Halilintar tentang tu? "

Gempa menjemput Shielda untuk duduk di sebelahnya sambil bertanya. Sengaja dia inginkan keselesaan untuk mereka berdua sambil-sambil mereka dapat peluang untuk berborak kosong bersama.

"Pernah rasanya. Kalau seingat Mommy, Mommy pernah tanya Hali tentang keinginan dia untuk dapat adik atau sama ada dia ada kawan-kawan. Tapi jawapannya buatkan Mommy terkejut... "

.
.
.
"Hali... Kerja sekolah kamu dah siap? "

Shielda bertanya selepas melihat anaknya itu sedang melukiskan beberapa gambar pada kertas di meja belajarnya. Shielda sentiasa ingat pesanan suaminya untuk sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tanggungjawab mereka sebagai pelajar sentiasa dijalankan. Namun apa yang perlu Shielda risaukan?

"Ya, Mommy. Sudah siap. "

Anaknya sentiasa menjalankannya dengan baik.

Shielda mengambil tempat duduknya di atas katil Halilintar sambil matanya tidak lepas untuk terus melihat aktiviti melukis yang sedang dijalankan oleh kanak-kanak itu. Wajahnya kelihatan tekun dan penuh fokus sekali. Entah apa yang dilukiskannya itu.

Will You? [C]Where stories live. Discover now