Semenjak dari hari itu, setiap ucapan Nut sentiasa berlegar-legar di dalam fikiran Gempa. Setiap saat Gempa mengingat ucapan tersebut lagi-lagi bila melihat Halilintar di rumah.
Dan bukan itu sahaja, setiap kali melihat kotak cincin yang dibukanya tempoh hari semakin membuatkan dirinya terus rasa serba salah kepada Halilintar. Sehingga setiap kali Halilintar tengah jalankan tugasannya dalam mengurus rumah dan anak-anak mereka pun membuatkan Gempa tak boleh berfikir dengan baik. Sampai-sampai dia tersasul cakap macam-macam yang secara tidak sengajanya dia terjerit dekat Halilintar.
Gempa tahu yang Halilintar terasa hati. Gempa tahu yang apa yang dia cakap tu berbunyi seperti melampau. Gempa tahu dia tak patut cakap semua itu. Gempa tahu yang dia yang patut mula mendekati Halilintar semula. Ya, Gempa tahu semua itu. Tetapi perasaan serba salahnya terus menyelubungi dirinya sehingga ia seolah-olah menahannya daripada datang dekat dengan Halilintar.
Namun segalanya mula berubah apabila malam itu, Gempa tiba-tiba disambut dengan kehadiran Halilintar di depan muka pintunya.
Tok! Tok!
Mata Gempa terbuka serta-merta apabila dia terdengar bunyi ketukan pintu. Secara refleks, dia pun mengangkat kepalanya dari bantal dan mengintai ke arah pintu biliknya. Dengan keadaan suasana yang senyap sunyi pada waktu itu, secara sayup-sayup Gempa dapat mendengar bunyi suara bayi dan seseorang yang cuba menenangkan bayi tersebut.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu yang sedikit kuat dari tadi kedengaran semula.
"Uhmm... Gem? Maaf, tapi boleh buka pintu?"
"..."
Kedengaran suara Halilintar mengejutkan Gempa yang masih separa mengantuk. Dia cuba memikirkan tentang sebab kenapa suaminya tiba-tiba datang pada malam itu. Dan mengingat akan bunyi suara bayi tadi, jadi Gempa beranggapan bahawa mesti salah seorang dari anak kembar mereka terjaga.
Dengan tidak mempedulikan rupa dan keadaannya yang masih separuh mengantuk itu, Gempa pun bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu biliknya.
Klik!
Pintu terbuka dan Gempa dapat melihat wajah terkejut suaminya yang sedang mendukung Blaze di tangannya. Gempa perasan yang mata Halilintar melihat dirinya secara atas bawah. Bagaimana tidak? Semestinya kerana keadaan bajunya yang menyerlahkan dadanya yang menjadi puncanya. Tetapi Gempa tiada masa untuk itu. Dia masih mengantuk!
"Apa? "
Gempa tidak berbasa-basi. Dan persoalannya tadi sempat menyedarkan Halilintar dari lamunannya semula dan suaminya terus menghulurkan Blaze kepada Gempa.
"Uuhh... A-abang rasa Blaze lapar. B-boleh Gem beri dia susu? "
Gempa merenung ke arah Halilintar dan seterusnya beralih ke arah Blaze. Kemudian, Gempa melihat ke arah Halilintar semula.
"Dah cuba dodoi? "
"Dah. "
"Ok lah. Biar dia tidur dengan aku malam ni."
"O-ok. Selamat malam. "
"Hm. "
Selepas Blaze berada di pangkuannya, Gempa pun memusingkan badannya dan terus menutup pintu.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanficLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...