Epilogue

1K 40 6
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Wedding dress delivery!"

Klik!

"Oh, thank you! Here's a few tips for you! Have a good day!"

"Thanks ma'am!"

Yaya melambaikan tangannya ke arah tukang penghantar barang yang datang ke rumah Gempa tadi. Setelah dipastikan bahawa tiada barang yang tercicir atau kekurangan, dia pun membawa pakaian pengantin tersebut masuk ke dalam rumah milik Gempa.

"Gempa, ini dia baju pengantin kau. Aku sangkut dekat sini ya?"

"O-oh... umm... o-okay..."

Setelah memandang sekilas ke arah sepupunya itu, Gempa pun kembali menoleh ke arah cermin solek di hadapannya dengan wajah yang cemberut.

"Kau nak tahu? Tadi budak hantar barang tu panggil aku 'ma'am'! Eish, aku ni nampak tua sangat ke untuk dipanggil macam tu? Tak patut betul!"

"..."

"Aku habis-habis dipuji awet muda dekat tempat kerja tapi mudah-mudah je budak tadi ingat aku dah berkahwin? Hmph! Teruk betul!"

"..."

Terasa seperti keluhannya tidak dipedulikan, Yaya pun menoleh ke arah Gempa untuk melihat sepupunya itu yang sedang duduk terbongkok di hadapan meja dan cermin solek dengan wajah yang suram. Gadis itu tertanya-tanya akan sebab kenapa sepupunya kelihatan begitu. Dan kerana prihatin ke atas sepupunya, Yaya pun terus mendekati Gempa untuk bertanya akan keadaannya.

"Hey, kenapa ni? Sakit perut ke?"

"Huh? Oh, taklah..."

"Habistu? Haih... hari ni kan hari istimewa untuk kau? Kenapa kau nampak sedih pulak ni? Hari istimewa kena lah senyum!"

Gempa tersenyum pahit setelah mendengar kata-kata semangat daripada Yaya. Entahlah, walaupun dia juga setuju dengan kata-kata itu tetapi hatinya tidak dapat menyembunyikannya perasaan gusar yang sedang dialaminya sekarang.

"Gempa? Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku. Mana tau aku boleh tolong?"

Kain nipis yang sedang dikenakannya itu digenggam erat oleh kedua-dua tangannya. Matanya tertunduk ke bawah dan apabila dilihat dari luar sesiapa sahaja boleh tahu bahawa Gempa sedang tidak gembira sekarang.

"Entahlah Yaya... aku tahu yang hari ni aku dan Halilintar akan menikah semula. Tapi hati aku rasa takut. Tak tau kenapa memori tentang kisah aku dan Halilintar waktu kahwin awal dulu tiba-tiba datang balik."

"Huh? Kenapa kau tiba-tiba teringat dekat peristiwa tu? Kau ada gaduh lagi ke dengan Hali? Hah, ke Hali curang lagi?!"

Dengan cepat Gempa menggelengkan kepalanya untuk menidakkan spekulasi Yaya. Boleh dikatakan Halilintar bersama dengannya setiap masa dalam masa 1 hari sebelum ni. Jadi mana mungkin suaminya akan curang dengannya sama seperti waktu awal dahulu. Telefon dan sebarang alat komunikasi juga tidak ada bersama-sama Halilintar kecuali sewaktu ingin menangkap gambar anak-anak mereka. Jadi Gempa sangat yakin Halilintar takkan ulang benda yang sama. Cuma saja hatinya yang rasa resah gelisah ini tidak berkaitan dengan hal tersebut melainkan hal yang lain yang dia sendiri tidak pasti.

"Halilintar takkan curang dengan aku. Dia sendiri cakap dia takkan sesekali tinggalkan aku. Tapi Yaya... kenapa aku masih takut untuk kembali ke altar walaupun ini hanya perkahwinan semula kitorang? Kenapa aku rasa masih dihantui masa lalu?"

Yaya memandang sepupu dan merangkap sahabat baiknya itu dengan simpati. Dia faham dengan perasaan Gempa sekarang. Dia faham kerana dahulu dia yang sentiasa ada dan dengar serta saksikan sendiri setiap kisah sedih rumahtangga Halilintar dan Gempa bersama.

Will You? [C]Where stories live. Discover now