Chap 117

610 50 2
                                    

"Sakit lagi ke? "

"Tak dah. Isteri abang yang tolong rawat, mestilah takkan sakit. "

Halilintar berseloroh sambil tersenyum gatal. Sengaja dia mengusik kerana ingin menghiburkan hati Gempa namun daripada mendapat ketawa atau senyuman, Halilintar hanya mendapat rasa sakit di tangannya apabila Gempa tiba-tiba menekan pada bahagian lukanya tadi.

"Aahh! Aduh duh! Sakit la...! Nak bunuh abang ke?!"

"Ya! Dah gatal sangat! Orang tengah serius ni tahu tak?! "

Wajah Gempa kelihatan begitu kesal dan sedih sekali. Biarpun dia dan Halilintar sudah dapat bercakap seperti normal sekarang, namun perasaan serba salah yang bercampur-baur masih menguasai dirinya.

"I'm so sorry for everything... Aku tak patut cakap semua tu dekat Halilintar. Aku tak patut hukum Halilintar sampai macam tu. You've done a lot to me but I didn't give anything back but a hell... "

Halilintar menggelengkan kepalanya dengan cepat dan memegang wajah Gempa dengan lembut. Matanya menatap dalam mata Gempa yang masih berkaca-kaca itu.

"Gem... It's okay. Semua orang buat silap. Abang buat silap dan Gempa pun buat silap. And what you've done to me indeed were too much but still... I deserve it! Sebagai seorang suami, abang tak sepatutnya memainkan perasaan Gempa macam tu! Jadi jangan salahkan Gempa sebab apa yang Gempa buat dah sedarkan abang apa yang patutnya abang buat!

And please don't say that! You give me so many happiness, you know? You see our kids? That's the proof of it. Gem buatkan abang jadi suami yang paling bahagia tau? Dapat melihat dan berada dengan Gempa dan anak-anak di sisi... I guess I won't ask anything more. "

Gempa menjadi terharu mendengarnya. Dia kemudian menundukkan wajahnya semula dan sedikit mengeluh sedih.

"Still... I'm sorry. Aku tak patut lepaskan marah dekat orang yang salah... "

"Dekat orang yang salah? Maksud Gempa? "

"Well... "

•°•°Flashback°•°•

Sakit, penat, pedih, lelah, sesak dan segala rasa terseksa Gempa dapat rasakan pada waktu itu menguasai dirinya. Nafasnya terasa seperti tidak berada dalam keadaan yang teratur dan dadanya rasa cukup berat untuk bernyawa.

"Mr. Quake? Are you okay there? "

Gempa tahu yang dia perlu membalas soalan doktor itu untuk meneruskan perjuangannya untuk bersalin. Namun mulutnya rasa cukup lelah untuk bergerak dan badannya rasa cukup terseksa untuk memberikan sebarang pergerakan. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah memejamkan mata dan berdoa untuk meminta kekuatan.

"Oh no... This won't do! He's in critical! "

Mata Gempa terbuka semula seolah-olah dirinya disedarkan dengan kenyataan yang perit. Kritikal? Dia sedang dalam keadaan kritikal? Adakah itu bermaksud peluang untuknya hidup hanya tipis? Adakah dia akan mati? Bagaimana pula dengan keadaan anak-anaknya? Bagaimana pula dengan Taufan? Dia masih belum sempat memegang, melihat dan memeluk anak-anaknya. Adakah dia akan mati tanpa sempat melakukan kesemuanya?

"Keep doing! I'll ask for an emergency surgery permission! "

Gempa dapat mendengar salah seorang doktor yang sedang menguruskannya mula beredar dari sana dan menemui Halilintar, Nut dan Yaya di luar. Dia dapat mendengar suara sayup-sayup doktor tadi yang sedang menerangkan tentang keadaan dirinya dan suara terkejut mereka bertiga.

Will You? [C]Where stories live. Discover now