Chap 104

639 58 7
                                    

A/N: I swear I'm gonna hate myself for this chapter... (っ˘̩╭╮˘̩)っ






Halilintar menolak masuk troli bayi kembarnya ke dalam rumah setelah memasukkan barang-barang yang lain dan mengucapkan selamat tinggal kepada Nut. Setelah menutup pintu rumah dengan rapat, Halilintar menoleh ke arah dalam rumah semula dan menemui Gempa sedang duduk di atas kerusi sofa berdekatan tanpa memandang ke arahnya.

Hati Halilintar yang pada awalnya lapang dan senang, secara tiba-tiba bertukar menjadi berat dan sakit. Tetapi seperti keadaan awal tadi, dia tidak ingin berputus asa dengan cepat. Dia akan cuba berdepan dengan situasi ini semampu yang dia boleh.

"Uhm... Gempa. B-boleh abang tahu? Kita nak letak dekat mana baby kita ni, ya? "

"..."

Halilintar terdiam dengan layanan dingin oleh Gempa.

'Mungkin letak dekat bilik Taufan sebab kali terakhir aku ingat Gempa dah beli satu lagi crib untuk Blaze dan Ais. '

"Uuhh... A-abang letak diorang dekat bilik Taufan dulu, ya? "

Dengan hati-hati Halilintar menolak troli kembarnya mendekati tangga. Tetapi mungkin kerana banyak gerakan dan bunyi daripada roda troli tersebut kedengaran, salah seorang dari kembar mula terjaga dan merengek.

"Uuuh... "

"Eh? B-Blaze! Sorry! Papa kejutkan Blaze ke?"

Dengan cepat Halilintar menghentikan troli daripada bergerak. Sejujurnya dia sangat baru tentang perkara ini. Jadi sewaktu Blaze sedang merengek, dia tidak tahu apa yang dia patut buat. Dia ingin mengangkat Blaze tapi dia takut Blaze akan mula menangis dan mengejutkan kembarnya satu lagi. Jadi dengan panik dan kelam kabut Halilintar pergi ke bahagian Blaze dan menepuk-nepuk tubuh bayi itu dengan lembut.

"Shh... Shh... Jangan nangis, Blaze. Sorry... Papa tak sengaja buat Blaze bangun...! "

"Ungg...! "

Blaze pun mula merengek kuat dan menangis. Halilintar semakin bertambah panik, dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.

"B-Blaze... Tolong jangan nangis! Shh... Shh..! "

Gempa menjeling ke arah Halilintar dengan penuh kesal.

"Tsk! Kalau budak tu menangis angkat la!! Yang kau duduk tercegat dekat situ saja dah kenapa?! "

Halilintar terkejut apabila dirinya tiba-tiba disergah dan dijerit kasar oleh Gempa. Dia pun menoleh ke arah Gempa dan mendapati isterinya itu sedang menjeling tajam ke arahnya.

"Yang kau duk pandang sini kenapa?! Angkat dia!! "

Tanpa membuang masa, Halilintar pun cepat-cepat mengangkat tubuh kecil Blaze dan menghayunkan tubuh badannya dengan lembut sambil menepuk-nepuk tubuh Blaze dengan lembut. Di dalam hatinya dia berharap sangat agar anaknya yang satu ini akan berhenti menangis dan diam dengan cepat. Dia tak nak Gempa menengking semula sehingga mengejutkan anak mereka yang satu lagi.

"Shh...! Shh... Dah sayang... Jangan nangis..."

RIINNGG
RIINGG

Gempa mendengus kesal dan berpaling dari situasi tadi. Seterusnya dia pun menjeling ke arah telefon pintar miliknya yang sedang berdering dan menyala itu lalu mengambilnya.

'Mama..? '

Perasaan ingin tahu hadir di dalam hati Gempa. Sejujurnya Gempa sedikit lega dan suka kerana ibunya sedang menelefonnya. Tetapi entah kenapa pada masa yang sama, jauh di lubuk hatinya dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak baik akan terjadi.

Will You? [C]Where stories live. Discover now