Chap 118

615 55 4
                                    

"I guess his condition is getting better now. And the babies also looks pretty healthy. I'm sure the rest I could leave to both of you to take care of them. And tomorrow I can tell that you guys may be allow to go home again. "

"Yes, thank you, doctor. "

Halilintar menunduk hormat ke arah doktor yang barusan sahaja selesai memeriksa keadaan Gempa. Setelah beredar, kini hanya tinggal Gempa bersama-sama Halilintar sahaja di dalam bilik tersebut.

Halilintar melirik ke arah Gempa dan seterusnya ke arah bayi kembarnya yang sedang bergerak-gerak di dalam kain balutan mereka. Bayi kembar tersebut kelihatan begitu aktif sekali bergerak termasuk mulut mereka yang sekejap terbuka dan tertutup biarpun tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut masing-masing.

"Hi, baby... Kamu suka ya dapat gerak-gerak macam tu, hm? "

Halilintar mula berbicara dengan anak kembarnya biarpun dia tahu yang hanya dirinya sahaja yang bercakap dan menyoal. Selang beberapa minit, Halilintar sudah mula tidak tahan dan tangannya pun cepat-cepat meraih salah seorang anak kembarnya itu ke dalam dukungannya.

"Amboi... Aktifnya kamu ni! Nak jadi pemain bola ke, hm? "

Halilintar tertawa dengan jenakanya sendiri. Dia pun mula membawa anak di dalam dukungannya itu mengelilingi bilik wad yang serba putih dan ceria tersebut. Dalam lebih kurang 5 minit berjalan, Halilintar tiba-tiba teringat akan sesuatu dan mula menoleh ke arah Gempa. Melihat isterinya yang sedang melayari telefonnya tanpa sedikitpun melihat ataupun menoleh ke arahnya.

"Gempa... "

Halilintar berjalan mendekati katil Gempa dan memanggil nama isterinya dengan lembut.

"Gem. "

"..."

"Gempa? "

"Hn... "

"Gem. "

"Nak apa? "

Gempa bertanya sambil menjeling tajam ke arah Halilintar. Dia cukup benci apabila sahutannya masih tidak diterima oleh orang yang memanggil. Terutama apabila dia masih berada di dalam keadaan mood yang tidak baik.

"Uhh... Gem dah fikir ke nak namakan anak-anak kita ni dengan nama apa?

"Perlu ke untuk aku pikir? Apa kata kalau kau je yang uruskan benda tu semua? "

"Tapi... Abang rasa macam tak adil pula. Ni anak kita. Bukan anak abang sorang. Jadi Gempa pun ada hak untuk berikan nama untuk salah seorang anak kita. "

Gempa tertawa sinis. Pandangannya kini teralih sepenuhnya ke arah Halilintar dan tatapan yang tajam diberikan kepada suaminya itu.

"What did you just said? Aku ada hak? Oohh... Ye la kan, sebab diorang ni yang aku kandung dan bawa selama 9 bulan, kan? Oh, jadi kalau bukan aku yang bawa dan Yaya pula mesti kau akan buat hal yang sama, kan? "

"Gempa! I didn't cheat on you! Stop cakap yang abang bersama-sama dengan Yaya when the truth is I'm not! "

"WELL THEN STOP DOING SUCH A STUPID THING OUT OF MY LIMITS!! "

Halilintar terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya menatap wajah isterinya dengan penuh hampa.

"Tolong la! Kau ingat senang ke hati seseorang tu nak maafkan orang yang dah lukakan hati dia?! Bukan sekali kau tau tak aku kena hadap benda ni! Dah banyak kali! Mula dari perangai setan kau yang bersama dengan Ying dulu, lepastu aku diperlakukan macam sampah, then kau paksa aku untuk terima kau balik, lepas dah terima kau pergi bersama-sama dengan Vivian pulak, dah tu sekarang kau nak bersama-sama dengan sepupu aku pulak?! Eh, jantan apa engkau ni?! Kalau kau suka sangat perempuan jadi lepaskan aku and let me live my fucking happy life alone with my children!

Will You? [C]Where stories live. Discover now