Halilintar mencelikkan kelopak matanya apabila kesedaran dari tidurnya mulai terasa. Sebaik sahaja matanya terbuka, dia melihat siling bilik yang masih kelihatan redup dan tidak disinari oleh cahaya matahari lagi. Helaan nafas terlepas dari belah bibir Halilintar apabila dia merasakan bahawa masih awal pagi untuknya bangun.
"Good morning. "
Suara lembut yang kedengaran sedikit serak kerana bangun tidur itu menerpa fikiran Halilintar. Lelaki itu melirik ke bawah, atau lebih tepatnya ke arah dadanya dan mendapati isterinya iaitu Gempa sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum di atas dadanya dengan gaya bertompang dagu menggunakan kedua belah tangannya.
"Morning... Dah lama ke bangun? "
"Not really. Dalam 10 minit yang lalu? "
"What...? "
Halilintar tersenyum geli hati. Kedua-dua tangannya menyentuh dan mengusap wajah serta rambut Gempa dengan lembut tanpa memutuskan renungan mata masing-masing.
"Gem tenung abang selama 10 minit? Tak bosan ke? "
Gempa memutarkan bola matanya ke atas sambil berdengung untuk berfikir. Senyuman nakal terukir di bibirnya apabila dia memikirkan jawapan untuk pertanyaan suaminya itu.
"Mmm... Ntah? Mungkin nak cuba tengok perbezaan antara muka abang dan Halilintar a.k.a Mr. Thunderstorm? "
Halilintar tertawa sehingga menggoncangkan kepala Gempa di atas dadanya. Dia kemudian menarik tubuh kecil isterinya itu dan meletakkan kepalanya di atas lengannya untuk lagi mudah dia memeluk Gempa.
"I'm literally the same person you know? "
"Yeah... And somehow he (Halilintar) is more handsome than you. "
"Hey! "
Halilintar menghukum Gempa dengan memberikan banyak kecupan di wajah dan leher isterinya. Tidak terkecuali juga dengan hukuman menggeletek tubuh dan tempat-tempat sensitif badan Gempa sehingga ia membuatkan Gempa terpekik dan tertawa kerana geli.
"Hahaha! Okay! Okay! I'm sorry! S-stop! "
Halilintar terus berhenti selepas puas mencium dan menghukum isterinya itu. Dengan keadaan nafas mereka yang tercungap-cungap, mereka kembali memeluk tubuh antara satu sama lain sambil merenung mata masing-masing.
"Gem... I've been thinking about something lately. "
"Apa dia? "
"Ingat lagi tak janji kita yang lepas saja Blaze dan Ais lahir kita akan kembali ke negara asal semula? "
Gempa mengangguk sambil jarinya aktif bermain dan memutarkan beberapa bentuk grafik pada dada bidang Halilintar.
"Gem setuju ke? "
"Hmm... Yeah. "
"Betul ni? Maksud abang, abang tak nak paksa kalau Gem terpaksa. "
Gempa menggeleng. Dia pun membenamkan wajahnya dekat pada dada bidang Halilintar dan menghirup aroma tubuh suaminya yang membawa kepada ketagihan itu. Ah, Gempa sangat menyukai bau tubuh Halilintar. Ia seperti bau mint yang lembut dan menenangkan.
"Saya dah lama fikir tentang tu dan saya rasa tak salah untuk kita cuba buka buku baru. Terlalu banyak perkara yang terjadi dekat sini. Lagipun saya nak anak-anak kita kenal tanah air mereka yang sebenar. Tahu dari mana asal-usul mereka dan hidup di sana. Walaupun mereka lahir di negara Eropah ni, tapi tetap saja saya nak mereka tahu di sana adalah tempat Mama dan Papa mereka lahir."
"Hmm... Yeah, you're right. "
"Kita sudah menjalani apa itu keperitan di dalam hidup dan kita sudah sedar, betapa sakitnya ia kalau kita terus membiarkannya sahaja. Jadi, apa salahnya kalau kita meninggalkannya dan mula menikmati perkara yang baharu?"
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...