Chap 90

729 72 4
                                    

"Good morning Mama! Good morning Papa! "

Taufan menyapa Gempa dan Halilintar beserta dengan senyuman cerianya apabila sebaik sahaja dia dapat melihat wajah kedua ibubapanya keluar dari bilik. Gempa dan Halilintar memandang antara satu sama lain dan menunduk ke arah Taufan semula.

"Good morning, Taufan. Awalnya kamu bangun? Kamu boleh tidur tak semalam? "

Gempa, yang sudah sedia maklum bahawa anaknya yang satu ini sungguh liat untuk bangun awal di pagi mula terasa hairan. Bagaimana Taufan boleh bangun tanpa perlu dikejutkan? Dan dia kelihatan begitu ceria pula? Demam ke?

"It's nothing, Mama! And don't worry! Taufan boleh tidur dengan lena shekali shemalam! Cuma hari ni... Hehehe! Taufan rasya bershemangat pula untuk bangun awal!"

"Oh? Kamu nampak gembira betul bila dapat bangun awal. "

Halilintar duduk berlutut di hadapan Taufan dan menarik tangan anaknya itu supaya lebih dekat dengannya. Wajah ceria Taufan ditatapnya dengan senyuman.

"Boleh Papa tahu kenapa kamu begitu ceria, hm? "

Senyuman Taufan semakin mekar. Dia pun memandang ke arah Gempa dan kemudian kembali ke arah Halilintar semula.

"Hehe! Taufan gembira shebab akhirnya Papa pulang lah!

Papa tahu tak? Shebelum ni Taufan shelalu berharap agar Papa cepat balik! Taufan nak main dengan Papa tiap pagi! Nak syarapan dengan Papa dan Mama! Nak belajar dengan Papa juga! Tapi shebab Papa busy jadi Taufan tak boleh lakukannya...

Tapi! Tapi! Shekarang Papa dah ada! Jadi bolehlah Taufan buat shemua tu dengan Papa, kan? "

Gempa menatap dengan penuh terkejut sekali apabila dia mendengar anaknya begitu celoteh dalam berbicara. Dia pun menoleh ke arah Halilintar. Reaksinya bertambah terkejut pula apabila dia melihat Halilintar kini sudah mencebikkan bibirnya terharu.

"Isk... Papa pun rindu Taufan dan Mama! Papa minta maaf ya sebab tak dapat nak berada bersama-sama Taufan dan Mama selama ni? "

Taufan menggelengkan kepalanya dan menggunakan tangan kecilnya untuk mengusap air mata Halilintar.

"Walaupun lambat tapi Papa tetap muncul, kan? Itu shudah cukup, Papa! "

"Nooo...! My son! Why are you so pure? I'm so proud! "

"Papa! "

Gempa memandang drama pagi antara 2 beranak itu dengan tatapan yang datar. Dia tidak sangka kemahiran berlakon Halilintar juga ada di dalam diri Taufan.

Lihatlah wajah mereka berdua itu. Kedua-duanya menangis dan saling berpelukan antara satu sama lain. Tidak ubah seperti keluarga yang bertemu semula setelah berpisah sekian lamanya. Walaupun bahagian 'berpisah lama' itu adalah betul, tapi tak perlulah kan sampai menangis drama sebegitu?

"Haih... Kalau dah sudah drama tu, meh tolong Mama masak breakfast. "

Lalu Gempa pun pergi dengan begitu sahaja. Meninggalkan Duo Anak dan Ayah itu teruskan drama percuma mereka di tingkat atas.

"Korang berdua jangan ikut perangai Papa dan abang korang tu bila lahir nanti. Kalau tak pengsan Mama jadinya... "

Gempa berkata sendirian sambil mengusap dan menatap ke arah perutnya yang hampir genap 9 bulan itu. Biarpun tidak pasti sama ada anak kembar di dalam kandungannya itu dengar ataupun tidak, tapi Gempa betul-betul memaksudkan apa yang dia katakan itu.

•°•°•

"Gem, nanti bersiap, ya? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now