Chap 28

824 78 12
                                    

Nut mengusap wajahnya buat kesekian kalinya. Sekarang dia sudah buntu. Amat buntu.

Selepas mendengar cerita Yaya serta sebab dan alasan kenapa dia ingin Gempa berpisah dengan Halilintar sebelum ini, Nut betul-betul rasa lebih elok kalau dia membiarkan sahaja keadaan antara Halilintar dan Gempa begitu sahaja. Tetapi Nut telah berjanji kepada Halilintar semalam. Yang dia akan bantu Halilintar untuk mendapatkan Gempa semula.

Tapi segala kata-kata Yaya ada betulnya. Nut sendiri tidak mahu orang yang dia sayang disakiti oleh orang lain. Dan kena bersama dengan orang yang pernah sakitinya sekali lagi? Sudah tentu Nut akan membantah!

Tapi ini melibatkan Halilintar dan Gempa. Nut sudah tentu sayang juga pada Gempa. Dia sudah anggap Gempa seperti adiknya juga. Dan Nut juga tidak mahu Gempa tersakiti. Tapi Halilintar pula macam mana?

"Aarghh... Stress nya... "

Yaya melihat sahaja Nut yang kini sedang terbaring lemah di atas sebuah katil yang ada di dalam pejabat Yaya. Katil itu memang disengajakan disediakan di dalamnya kerana takut-takut ada orang pengsan dalam kawasan terdekat di pejabat Yaya. Pejabat Yaya tidaklah jauh dari lorong utama, ia juga dilengkapi dengan alat-alat khas untuk rawatan, jadilah katil pun ikut ada. Hebat bukan?

"Kau masih fikirkan tentang Halilintar dan Gempa? "

"Hm... "

"Kau betul-betul nak tolong Halilintar ke? "

"Mestilah... "

Nut memusingkan badannya menghadap ke arah Yaya yang kini sedang berada di meja kerjanya. Gadis itu pun kini sedang menghadap ke arah Nut juga.

"Aku rasa bodoh pun ada sebenarnya. Sebab aku dah janji dengan Hali untuk tolong dia. Padahal Gempa dah terang-terang tak nak dekat dia, kan? "

Yaya tidak membalas apa-apa melainkan hanya diam.

"Jadi sekarang apa patut aku buat? Ah... Menyesal pula rasanya. "

Yaya menghela nafas. Dia pun bangun dari kerusinya dan mula mengeluarkan telefon pintarnya di dalam jubah putihnya. Gadis itu membuka satu aplikasi sambil berjalan mendekati Nut.

"Lama mana korang akan ada dekat sini? Untuk lakonan maksud aku. "

"Hm? Uhm... 2 bulan lebih?"

"Ok, kalau macam tu kita kena bertindak cepat. "

Berkerut kening Nut selepas mendengar kata-kata Yaya tadi. Lelaki itu bangkit semula dari baringnya dan melihat ke arah Yaya dengan pandangan hairan. Tapi perkara itu langsung tidak diberikan respon oleh Yaya kerana gadis itu lebih sibuk menaip sesuatu di dalam telefonnya.

"Apa maksud kau? Kau ada plan ke? "

"Hm. Lebih kurang? Tapi kita berdua kena memainkan peranan yang penting dalam hal ni. "

"Well... Kalau ia tak melibatkan duit aku tak kisah. Tapi boleh kau beritahu apa plan kau? Wait, kau nak pisahkan Hali dengan Gempa semula ke? "

Yaya menggeleng sambil matanya masih fokus menatap layar telefonnya.

"Nope. Lebih baik dari itu. "

"Lebih baik? "

Yaya menyimpan semula telefonnya dan kembali menatap ke arah Nut. Seulas senyuman kecil terukir.

"Kita akan satukan mereka semula. "

"What?!"

Nut segera turun dari katil dan mendekati Yaya. Dia menatap ke arah gadis yang serba-serbi sentiasa berpakaian merah jambu itu. Sejujurnya, Nut tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana. Dia kini sedang berada di antara perasaan gusar dan gembira selepas mendapat tahu bahawa Yaya ingin turut membantunya mendekatkan Halilintar bersama-sama Gempa semula.

Will You? [C]Where stories live. Discover now