Chap 53

796 82 8
                                    

"Wuaaaahh!! "

Begitu teruja sekali Taufan apabila dia dapat melihat sebuah taman tema yang begitu megah dibina di dalam sebuah pasar raya yang terdapat di dalam bandar Eropah itu. Dengan kaki kecilnya yang kuat, Taufan berlari-lari anak melihat pelbagai jenis permainan yang begitu mencabar dan menyeronokkan untuk dimain.

"Uncle! Uncle! Can we try that?! Oh, no! That first! Wait! That! Noooo! That one!! "

Halilintar tertawa melihat keterujaan Taufan yang begitu seronok melihat pelbagai jenis permainan di dalam taman tema itu. Dia terus mendekati Taufan dan memimpin tangan kanak-kanak itu kerana khuatir Taufan akan hilang. Biarpun sekarang bukan waktu kemuncak, tetapi Halilintar tetap khuatir jika Taufan akan hilang dari pandangannya.

"Aku akan belikan tiket. Kau bawa lah Taufan tengok-tengok kawasan dulu. "

"Ok. "

Selepas Nut beredar, Halilintar pun memimpin tangan Taufan sambil membawa kanak-kanak itu berjalan-jalan untuk melihat pelbagai jenis permainan yang menarik untuk dicuba.

"Uncle? "

Halilintar menundukkan pandangannya untuk melihat ke arah Taufan.

"Ya? "

"Kenapa uncle bawa Taufan datang shini? "

"Hm? Kenapa? Kamu tak suka ke? "

"No no! Taufan shuka! Tapi... Mama tak pernah bawa Taufan ke shini... Jadi Taufan tak tahu shangat nak main shemua... "

"Oohh... "

Halilintar duduk berlutut di hadapan Taufan untuk menyamakan tingginya dan Taufan. Kedua belah tangan kanak-kanak itu diraihnya dan dipegang dengan erat.

"Ok, Taufan dengar sini, ya? Mulai sekarang, apa pun yang Taufan minta, uncle akan bagi. Kamu cakap je apa yang kamu nak. Uncle akan bagi. "

Wajah Taufan semakin bersinar teruja. Terasa seperti impian kanak-kanaknya menjadi kenyataan. Selama ini dia sering menahan diri untuk meminta-minta apa yang dikehendakinya daripada ibunya mahupun Aunty Yaya. Kerana dia tahu, mereka berdua sudah berusaha kuat untuk menjaganya dan memberikannya makan dan minum.

Dan sekarang, apabila dia mendapat peluang untuk memperoleh segalanya, dia cukup gembira. Amat gembira.

Halilintar pula, dia sudah sedia maklum dengan perasaan kanak-kanak seperti Taufan. Jadi dia tidak akan menarik kembali kata-katanya. Dia betul-betul akan memenuhi segala keinginan anaknya asalkan segala apa yang dia tertinggal selama ini dapat ditebus semula.

"Really, uncle?"

"Yep! "

"I love you, uncle! Thank you! "

Taufan terus memeluk Halilintar dengan erat. Hari ini dia sungguh gembira.

Tetapi dalam kegembiraan itu Halilintar tiba-tiba mendapat idea. Dia pun terus melepaskan pelukan mereka dan menatap Taufan dengan senyuman.

"Ok, big boy. But can I have a payment too?"

"Ehh? Tapi tadi kata Taufan boleh dapat apa shaja? "

"Yes. Dan uncle betul-betul akan lakukannya seperti yang uncle janjikan. Cuma ada syarat! "

"Hm? Syarat apa uncle? "

"Syaratnya... Mulai hari ni kamu panggil uncle 'Papa'. Boleh? "

Terlopong mulut Taufan apabila dia mendengar syarat Halilintar. Bukan sahaja mulutnya yang membulat, matanya juga membulat.

Will You? [C]Where stories live. Discover now