Chap 78

850 62 5
                                    

"Eh, Halilintar, tunggu! "

Gempa menghentikan langkah Halilintar sambil memegang lengan suaminya. Halilintar berhenti dan menoleh ke arah Gempa.

"Awak tak pakai mask? "

"Hm? Buat apa? "

"Kan biasanya awak keluar pakai mask? Kenapa hari ni awak tak pakai pula? Nanti kena kejar dengan peminat? Saya tak larat nak berlari. "

Halilintar terdiam seketika. Bila difikirkan balik, dia masih lagi dikenali oleh kebanyakan orang di seluruh tempat. Dan sebelum ini pun dia memang sering keluar dengan lengkap memakai topeng serta cermin mata hitam. Jadi hari ini kenapa dia tiba-tiba bersikap seperti begitu terbuka?

"Halilintar? "

Halilintar tersedar dari fikirannya apabila suara Gempa memanggilnya. Dia menoleh ke arah Gempa yang kini sudah memandang ke arahnya dengan hairan.

'Aahh... Mungkin sebab tu kot..? '

Halilintar tersenyum. Dia kemudian menggelengkan kepalanya.

"Abang terlupa. Gem tunggu kejap, ya? Abang pergi ambil kejap. "

"Ok. "

Halilintar pun berjalan masuk ke dalam rumah semula dengan senyuman penuh bermakna di dalam hatinya.

'Nampaknya dah sampai masa untuk aku perkenalkan Gempa di mata negara lain. '

•°•°•

"Nut? "

"Ya? Ada apa? "

"Aku dan Gempa keluar pergi mall hari ni. "

"HAH?! "

Halilintar dapat mendengar suara sesuatu yang tiba-tiba jatuh di hujung talian. Halilintar dapat meneka, itu pasti Nut yang pada awalnya sedang seronok berbaring di atas sesuatu lalu terus terjatuh selepas mendengar kata-kata Halilintar tadi.

"Kau keluar?! S-sekarang kau kat mana?! "

"Uuhh... Dekat mall? "

"Kau 3 orang ke?! "

"Ah, tak... Taufan ada dekat Yaya. Aku dan Gempa je keluar sebab nak beli hadiah untuk Taufan. "

"Tapi-! Aaarghh...! Kau ni! Kalau kau kena kejar dengan peminat atau paparazzi macam mana? "

"Alah... Relaks ah. Aku pakai mask dan cermin mata kot? Mana ada orang nak cam, kan? "

"Yakinnya kamu? Haih... Ok lah. Asalkan kau tak buat hal takpe. Jangan sampai trending sudah lah kau. "

"Yaa... Aku tahu! Ok dah. Aku nak dating dengan isteri aku sekarang. Bye! "

Halilintar mematikan panggilan dan menyimpan semula telefonnya selepas dia selesai mematikan telefonnya. Dia tak nak ada sesiapa yang akan mengganggu suasana manis antara dia dan Gempa. Ditambah pula peluang keemasan sebegini sungguh jarang berlaku di dalam hidupnya sebelum ini. Jadi apa salahnya dia menikmatinya? Dia masih ingat kali terakhir dia dan Gempa keluar bersama berduaan adalah 5 tahun yang lalu. Cukup lama bukan?

"Ah, Halilintar! Halilintar! "

Halilintar menoleh ke arah Gempa. Isterinya itu nampak comel pula bila tiba-tiba sedang melompat-lompat kecil di atas lantai sambil sedang menunjukkan jarinya ke arah sesuatu dan menarik-narik lengan bajunya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now