Chap 18

832 89 8
                                    

Keadaan di dalam kereta sangat sunyi apabila Halilintar berniat untuk menghantar Gempa dan Yaya pulang ke rumah Gempa. Tambahan pula kereta milik Yaya sedang berada di rumah Gempa. Begitu juga dengan kereta Gempa. Ini kerana, sewaktu mereka keluar untuk menjemput Taufan, mereka berdua hanya berjalan kaki bersama sambil-sambil ingin menikmati suasana bandar negara Eropah.

Nut dan Yaya mengambil tempat duduk di bahagian depan. Nut berada di bahagian memandu manakala Yaya di sebelahnya. Mereka berdua berbual dengan rancak sekali sehingga tidak sedar terdapat suasana yang tegang di belakang.

"Mama, eshok Taufan cuti, kan? "

"Yup. "

"Jadi boleh Taufan duduk dengan Mama? "

"Kenapa, hm? Bukan ke kalau cuti kamu selalu nak ke rumah Kak Pipi? "

Taufan mengangguk setuju dengan kata-kata ibunya tadi. Tetapi wajah kanak-kanak itu sama sekali tidak menunjukkan sebarang keceriaan di wajahnya. Dia kelihatan lebih kepada risau dan runsing akan sesuatu.

"Betul.. Tapi Taufan nak duduk dengan Mama... "

Entah kenapa Gempa seperti dapat merasakan satu perkara yang tidak kena ada pada anaknya. Kanak-kanak itu begitu hebat dalam menunjukkan emosinya. Kadang-kadang kalau Taufan marah, kanak-kanak itu akan mengigit bibir bawahnya dan sering menundukkan kepalanya ke bawah. Kalau gembira pula dia akan lebih sering melihat wajah orang-orang di hadapannya dan tersenyum senang. Di juga akan sering ketawa sehingga kadang-kadang perkara yang ke sahaja boleh membuatnya ketawa. Walaupun agak sukar tetapi sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak membantu Gempa untuk lebih mudah mengecam apa yang ada di dalam fikiran anaknya itu.

"Kamu takut Mama sakit lagi, ya? "

Taufan hanya membalas dengan anggukan.

Gempa pun tersenyum. Tahu benar dengan sifat baik anaknya ini. Kadang Gempa sering tertanya. Betulkah kanak-kanak di hadapannya ini adalah anaknya? Kerana Taufan terlalu sempurna. Kanak-kanak itu tidak pernah membuat hal kepadanya. Ada juga memprotes sekiranya tidak dapat apa yang diingini tetapi selebihnya, Taufan menjadi budak yang baik.

"Baiklah Mama faham. Kita spend holiday sama-sama, ya? "

Taufan mendongakkan wajahnya. Melihat wajah ceria ibunya yang dihiasi dengan senyuman bahagia. Melihat betapa gembiranya ibunya itu, Taufan pun ikut tersenyum.

"Hm! Taufan tak nak jauh-jauh dengan Mama! "

Taufan memeluk Gempa dengan erat. Menyalurkan perasaan bahagia kerana dapat bersama dengan ibunya.

"Heheh, Mama juga, sayang. "

Gempa membalas pelukan hangat anaknya. Kelihatan begitu bahagia sekali mereka berdua di dalam dunia masing-masing sehingga tidak sedar ada orang lain sedang memerhatikan mereka.

Halilintar. Lelaki itu hanya diam dan terus melihat komunikasi mesra antara ibu-anak tersebut. Timbul rasa cemburunya terhadap mereka berdua apabila Halilintar mengingat kembali bahawa zaman kecilnya hanya diisi dengan rasa kelam dan kecewa.

Bukan salah ibunya juga kerana pernah berat sebelah kepada abangnya. Salah Halilintar juga, tidak pernah mengambil inisiatif untuk memperbaiki dirinya yang lemah dulu.

Halilintar menghela nafas panjang. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Melihat suasana bandar Eropah yang begitu mewah dengan bangunan-bangunan yang tinggi seperti pencakar langit. Tidak sedar ada tangan kecil mendekatinya dan menyentuh tangannya.

Halilintar berpaling apabila dia dapat merasakan tangan tersebut. Dan dari situ dia mendapati, kanak-kanak yang sedang bersama-sama dengan Gempa tadi kini sedang melihat ke arahnya dengan pandangan yang risau.

Will You? [C]Where stories live. Discover now