Chap 2

1.1K 101 19
                                    

Klik!
Klik!

"Baik, sekarang kau buat pose macam ni pula. Ok, good! "

Klik!
Klik!
Klik!

Begitu banyak sekali pancaran cahaya kamera keluar untuk menangkap gambar yang sempurna model di hadapannya. Jurukamera yang profesional itu begitu bersungguh-sungguh sekali dalam membuat kerjanya. Dia inginkan hasil kerjanya memuaskan hati setiap orang yang akan melihat hasil gambarnya. Terutama model yang sedang dia gambarkan sekarang adalah salah seorang selebriti terkenal di sana.

Halilintar.

"Ok, done! Thanks for your hard work today guys! "

Semua para pekerja menarik nafas lega sebaik sahaja kerja mereka akhirnya diumumkan tamat untuk hari itu. Setelah tu, masing-masing pun mula berkemas dan bersiap-siap untuk balik dari kerja masing-masing.

Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Walaupun jadual kerja seharusnya tamat pada pukul 6 petang, tetapi kerana due date, mereka terpaksa bekerka lebih masa bagi menyiapkan tugas masing-masing. Kerana tidak mahu kalut di hari hantarnya tugasan, semua bersepakat untuk menyiapkannya pada hari itu juga. Dan syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan sudah selesai.

"Terima kasih banyak, Hali. Kau memang membantu menyenangkan kerja kitorang."

Salah seorang pengurus kumpulan syarikat majalah menyapa Halilintar dengan senyuman ramahnya. Halilintar hanya mengangguk dan tidak lupa untuk memberikan senyuman nipisnya yang bagi orang lain sudah cukup mesra.

"Jadi kiranya lepasni kau akan teruskan balik misi kau? "

Halilintar terdiam seketika. Dia memandang ke arah pengurus tadi dengan wajah berkerut. Apa maksudnya?

"Maksud tuan? "

Pengurus itu tersenyum.

"Misi cari isteri kau lah. Kan dah satu negara tahu tentang berita ni? "

Akhirnya Halilintar dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh pengurus tadi. Dia pun hanya tersenyum kelat sahaja.

"Ya... Nampaknya macam tu lah. "

Halilintar menggaru-garu belakang lehernya kerana kekok. Sebenarnya dia sendiri tidak sangka, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah memulakan misinya untuk mencari isterinya. Iaitu Gempa.

Ya, Halilintar sudah 4 tahun tidak bertemu dengan Gempa. Kalau ditanya tentang borang perceraian yang diberikan oleh Gempa itu, Halilintar sama sekali tidak menandatanganinya. Tidak, dia tidak akan melakukannya sehinggalah dia dapat menemui isterinya semula.

Peristiwa yang terjadi 4 tahun lalu amat mengejutkan Halilintar. Termasuk ahli keluarganya (walaupun mereka sudah tahu tetapi mereka tidak sangka Gempa akan ambil pilihan sebegitu). Dan perkara itu juga tidak tertinggal oleh pengetahuan masyarakat. Mereka sempat mendengar kekecohan itu yang mana Halilintar, selebriti terkenal negara ditinggalkan oleh isterinya. Mereka tahu serba sedikit tentang kisah itu tetapi atas beberapa faktor, mereka tidak dapat tahu siapa nama dan bagaimana rupa Gempa. Mungkin pihak atasan telah bertindak untuk menghalang berita itu daripada tersebar luas demi privasi Halilintar.

Gempa adalah isteri pertama dan terakhirnya. Halilintar sedar yang selama perkahwinan mereka awal 4 tahun yang lalu dia telah menyiksa dan menyakiti Gempa. Dia telah melukakan orang yang selama ini mencintainya dengan penuh tulus dan ikhlas. Berbeza dengan kisahnya dengan Ying. Selama bersama-sama dengan Ying Halilintar tidak pernah merasai perasaan itu. Dan hal itu juga lah yang membuatkan Halilintar berazam yang dia akan tebus segala kesalahannya atas segala yang telah dia lakukan ke atas Gempa.

Will You? [C]Where stories live. Discover now