Chap 89

788 71 3
                                    

"Agak mengejutkan bila dengar apa yang Taufan tanya tadi. "

Gempa terkekeh-kekeh ketawa mendengar keluhan daripada Halilintar sebaik sahaja suaminya itu selesai menidurkan Taufan di dalam biliknya. Gempa membaringkan tubuhnya di atas katil dan memandang ke arah Halilintar sambil tersenyum.

"Tak boleh nak buat apa. Dia kan kanak-kanak yang sedang membesar? Mestilah dia nak tahu macam mana adik-adik dia boleh keluar dari perut. "

"True. Haih... Mungkin ini kot perasaan parents yang sudah ada ramai anak bila salah seorang daripada anak-anak mereka tu tanya pasal ni. Nak explain dalam versi mudah untuk mereka tu memang susah. "

Halilintar berjalan mundar-mandir sambil memikirkan tentang perkara-perkara yang sering dia dengar akan berlaku apabila sudah menjadi ibubapa. Salah satunya adalah apa yang pernah Taufan tanyakan sebelum ini. Dia tahu anaknya itu akan bertanya lagi tentang perkara tadi (Taufan tak sempat dapat jawapan sebab Gempa dan Halilintar cepat-cepat ubah topik). Jadi Halilintar perlu bersiap sedia dengan jawapan yang terbaik untuk anaknya.

"Patut tak kita kasi dia tengok Boss Baby? "

Halilintar bertanya seraya memandang ke arah isterinya.

Mengingat tentang jalan cerita di dalam cerita animasi tersebut, Gempa terus menggelengkan kepalanya dengan wajah yang berkerut.

"No? Takkan lah nak anak kita fikir yang baby tu diperbuat daripada kilang? That's impossible! Habis nanti macam mana kalau dia tanya tentang perut saya?

Biar jelah kalau Taufan tanya. Sekiranya soalan dia tu susah untuk dijawab, alihkan sahaja perhatiannya dengan benda lain. Kadang-kadang tak semua persoalan kanak-kanak ni kita kena jawab. Mereka akan belajarnya sendiri bila dah besar nanti. "

Halilintar mengangguk setuju dengan akur. Dia kemudiannya beralih ke arah satu sudut bilik dan mengangkat sebuah beg yang terdapat di situ. Perbuatan Halilintar itu membuatkan Gempa memandangnya hairan.

"Kenapa angkat beg tu? "

"Huh? Oh... Kan Mommy dan Daddy dah takde? Jadi abang kena lah tidur dekat bilik tamu semula, kan? "

Mendengar sahaja jawapan daripada Halilintar, Gempa terus turun dari katil walaupun sedikit susah kerana perutnya yang besar itu. Gempa mendekati Halilintar dan mengambil beg yang dipikul oleh suaminya tadi untuk diletakkan di tempat asal semula.

"No. You don't have to. "

"Why? "

"Sebab... M-mulai hari ini... Halilintar boleh tidur di sini... "

Gempa mengalihkan pandangannya daripada bertentang mata dengan Halilintar. Agak segan untuk dia menyatakan perkara tersebut dan Halilintar pula seolah-olah tidak ingin memberikan kerjasama apabila dia mula berpura-pura seolah-olah tidak dengar apa yang diberitahu oleh Gempa tadi.

"Apa? Abang tak dengarlah. "

Gempa menggigit bibirnya bagi melepaskan rasa geram.

'Pura-pura tak dengar pula dia ni... '

Tetapi Gempa tak nak mengalah dan dipermalukan di hadapan suaminya. Jadinya dia memusingkan badannya dan bergerak ke arah katil semula.

"Tak dengar sudah. Malas nak ulang balik. Dah lupa apa yang saya cakap tadi. "

Halilintar tersenyum dan sebelum Gempa pergi jauh dia sudah terlebih dahulu menarik tangan Gempa dan memeluk isterinya dari belakang.

"Heheh... Sorry. But thanks so much, My Heart. You don't know how happy I am right now after I heard you said that. "

Will You? [C]Where stories live. Discover now