Chap 131

497 44 5
                                    

"Eh! Uncle Sai! "

Jeritan daripada suara Taufan telah memotong perbualan antara Halilintar dan Gempa. Kedua suami isteri itu menoleh ke depan dan mendapati bahawa terdapat seseorang sedang berdiri di hadapan pagar rumah Gempa sambil sedang bermain dengan telefon pintarnya.

"Sai? "

"Ckh! "

Kedua-dua suami isteri itu memberikan reaksi yang berbeza ke atas lelaki yang bernama Sai tadi. Seorang dengan reaksi yang terkejut dan seorang lagi dengan reaksi yang menyampah dan penuh benci. Sekumpulan keluarga kecil tadi serta-merta datang mendekati Sai untuk menyerdarkan lelaki itu akan kehadiran mereka.

"Oh? Hai, semua! Maaf kalau datang dengan tak bertandang macam ni! "

"Eh, takpe-takpe! Apa yang Sai buat dekat sini? Sudah lama ke menunggu? "

"Ah, takdelah. Saya baru je sampai dalam 10 minit yang lalu. Lagipun ada hal yang saya nak bagitahu dekat Gempa sebenarnya. "

"Oh... Boleh saja. Jomlah masuk-"

"Sorry, kami perlukan waktu bersama sekarang! Boleh kau blah? "

Terkejut Gempa selepas mendengar balasan ucapan daripada Halilintar. Dia pun terus menoleh ke arah suaminya dan memandang dengan hairan.

"Abang, kenapa cakap macam tu? Kan biadap tu? "

"No? Dia yang biadap! Datang rumah kita tak diundang pun! Lepastu dah tau kita baru saja balik dari keluar pun masih nak ganggu? He should have come later, Gem! "

"Hali! "

Suasana di sekitar mereka kelihatan sedikit tegang dan Taufan yang seperti menyedari ibubapanya sedang tidak baik pun terus berlari ke arah Sai dan menyorok di belakang kakinya.

Sai memandang wajah takut Taufan dan kemudiannya ke arah Halilintar dan Gempa semula.

"Uuhh... Nampak macam saya mengganggu kamu semua. Jadi disebabkan tak nak korang gaduh... Saya balik dulu, ya? "

"Eh, tak! Sai jangan hiraukan Halilintar. Awak boleh masuk. "

Halilintar segera menarik tangan Gempa dan membawa isterinya sedikit menjauh daripada Sai dan anak-anak mereka. Halilintar membuka cermin mata hitamnnya dan sedang cuba untuk menahan amarahnya dengan mengusap wajahnya dengan kasar. Dia kemudian menoleh ke arah Gempa semula dan bertanya,

"Gempa! What's wrong with you?! "

"Abang tu yang kenapa?! Sai datang atas urusan penting dan kenapa abang nak halau dia?! "

"It's because I don't like him! "

"Well, that's your problem! "

Halilintar sekali lagi meraup wajahnya dengan kasar dan mendengus sebal. Kini kedua-dua belah tangannya memegang bahu Gempa dengan erat dan Halilintar memandang isterinya dengan serius.

"Gem, listen to me. Gempa tak tau apa yang dia pernah buat dekat Gempa selama ni! Dan abang tahu jadi sebab itulah abang nak halang dia dari dekat dengan Gempa! "

"Apa yang abang merepek ni? Abang jangan nak fitnah Sai, ya? Saya kenal dia lagi lama dari abang! "

"No! Ugh, what the hell! "

Ting!

Kedua-duanya terdiam apabila mereka terdengar bunyi notifikasi masuk daripada telefon Gempa. Halilintar segera melepaskan bahu isterinya dan memberikan isyarat untuk Gempa lihat daripada siapa notifikasi tersebut. Mungkin daripada ibubapa mereka.

Namun sangkaan mereka salah. Sebaik sahaja Gempa membuka mesej tersebut, keningnya berkerut seribu melihat pemilik nombor yang tidak asing baginya naik di bahagian paling atas mesej terkini. Mesej tersebut kelihatannya baru sahaja sampai kepadanya.

Will You? [C]Where stories live. Discover now