Chap 24

866 87 12
                                    

Gempa menelan ludahnya dengan payah. Dia betul-betul rasa seperti ingin lari dan pergi dari keadaan seperti ini sekarang.

"Gem... Answer me. "

Gempa tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan jawapannya. Dia tahu. Sangat tahu jawapannya. Ia sangat mudah. Ya atau tidak. Tetapi Gempa tidak tahu harus mengungkapkannya bagaimana.

Gempa dapat membayangkan setiap perkara yang akan berlaku jika dia menjawab antara 2 pilihan tersebut.

Tidak. Halilintar pasti akan hairan. Halilintar akan semakin ingin tahu dan pada akhirnya Halilintar akan mencari tahu tentangnya sendiri. Dan selepas Halilintar tahu, lelaki itu akan marah. Dia akan mempersoalkan kenapa Gempa sanggup menipunya.

Ya. Halilintar akan marah juga. Halilintar akan mempersoalkannya. Kerana Gempa sanggup menyembunyikan anak itu daripada ayahnya. Membiarkan mereka berdua berpisah selama 4 tahun. Membuatkan Halilintar terlepas daripada merasai perasaan menjadi seorang ayah.

"Gem? "

"Ya. Itu... Itu adalah anak kau. A-anak kita. "

Tak kiralah apa pun Halilintar akan katakan selepas ini, Gempa akan cuba mempertahankan Taufan.

Suasana menjadi hening. Gempa tidak tahu apa yang sedang terlintas di dalam fikiran Halilintar sekarang. Dia dia rasa sangat ingin mengetahuinya.

"Oh... Baiklah. "

Dan selepas itu Halilintar pun memusingkan badannya. Keluar dari rumah dan meninggalkan Gempa dengan keadaan terpinga-pinga.

"A-apa yang..? "

Gempa terkedu. Dia tidak sangka bahawa Halilintar akan pergi begitu sahaja selepas dia mendapat jawapannya.

•°•°•

Di dalam hotel, Nut ternampak Halilintar seperti baru sahaja pulang dan tiba di dalam biliknya. Pada awalnya dia tidak berniat untuk menegur artisnya itu kerana dia sudah sedia tahu bahawa Halilintar pasti akan lelah kerana seharian bekerja. Tetapi Halilintar yang tiba-tiba datang mendekatinya membuatkan niat Nut terus terbatal.

"Yo, Nut! "

"Yo..? Kau dah kenapa? Kepala terhantuk dekat mana-mana tempat ke? Tiba-tiba tegur aku macam tu? "

Halilintar hanya mengabaikan jenaka hambar Nut. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah biliknya dan memandang ke arah Nut semula.

"Kalau kau ada apa-apa hal dulu, kau buat lah terlebih dahulu. Lepas tu datang jumpa aku, eh? "

"Huh? Tak boleh cakap dekat sini je ke? "

Halilintar menggeleng.

"Nope. Cannot. Ingat tau! Aku tunggu! "

Nut terkebil-kebil jadinya selepas melihat Halilintar hilang di sebalik pintu bilik hotelnya. Beberapa persoalan mula timbul dalam kepala Nut.

"Dah kenapa dengan mamat tu? "

•°•°•

Tok! Tok!
Klik!

"Hali? Apahal kau nak jumpa aku? "

Kepala Nut keluar dari celah pintu bilik Halilintar setelah 15 minit kemudian. Halilintar yang baru sahaja selesai menukarkan pakaiannya kepada baju tidur pun menoleh ke arah Nut.

Will You? [C]Where stories live. Discover now