A/N: Sempena kita dah capai chapter yang ke-100, author akan belanja 2/3 chapter extra untuk korang semua. (*¯︶¯*) Ia taklah extra sangat. Cuma beberapa scene dalam cerita yang seeloknya ada untuk menambahkan lagi kemanisan pasangan kita tetapi malangnya terpaksa dibuang untuk menjimatkan masa. ヾ(*´∀`*)ノ
Baik, tak perlu lengahkan masa lagi. Jom! Jom! Jom!
A/N: Kalau ada yang masih ingat, chapter ini adalah chapter sewaktu Halilintar pulang kembali ke negara asal dan tinggalkan Gempa dan Taufan selama 2 bulan. Dan kejadian di dalam chapter ini berlaku sewaktu mereka berada di dalam jarak pemisah jauh antara satu sama lain.
Riingg riinngg
Gempa menjeling telefonnya yang sedang berdering itu untuk kesekian kalinya lalu mendengus kasar. Hari ini, sudah masuk 3 dia terima panggilan dari nombor dan orang yang sama. Dan ketiga-tiganya Gempa biarkan ia berdering dan memutuskan panggilan.
"Kacau betul orang nak buat kerja! Telefon hari minggu tak boleh ke?! "
Gempa membebel dan merungut sambil meneruskan menggerakkan jarinya di atas papan kekunci laptopnya. Lebih kurang 2 minit berlalu selepas panggilan ketiga tadi berakhir, dia pun mendapat mesej dari bunyi notifikasi telefonnya.
Ding!
Gempa mencapai telefon pintarnya dan membuka aplikasi chat untuk melihat siapakah yang barusan sahaja menghantarkan mesej kepadanya. Yang disangka adalah mungkin dari Yaya, MamaZila atau cikgu Taufan, tetapi malang sekali ia adalah dari suaminya. Dan apa yang lagi membuat dia semakin kesal adalah dia sudah terbuka bahagian chat tersebut tanpa sengaja.
(A/N: Mohon abaikan tempoh waktu yang terdapat di dalam gambar ruangan chat tersebut. Dan ya, itu adalah gambar baby Taufan masa kecil. (*^▽^)/)
Gempa memutarkan matanya dengan menyampah.
"Pakai emoji sedih bagai. Dia ni dah lupa ke yang kita masih perang dingin? "
Gempa ingin meletak semula telefonnya. Namun belum sempat dia melakukannya, satu lagi mesej telah masuk.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...