Halilintar sudah tidak tahu harus menyorokkan wajahnya di mana lagi. Malunya bukan kepalang apabila dia baru sedar yang ternyata dia banyak buat silap yang menyebabkan Gempa marah kepadanya. Selama ini dia sangkakan bahawa Gempa memarahinya melakukan semua kerja adalah kerana Gempa sudah tak suka pada dirinya, tetapi kenyataannya...
"Ah... Fuck! I'm so sorry, Gem! Abang ni tak habis-habis susahkan Gempa! Haih... Abang ni suami yang tak guna... "
Gempa menepuk-nepuk belakang Halilintar sambil tersenyum geli hati. Apabila mengingat balik perbezaan antara muka Halilintar yang tak sedar akan kesilapannya pada tempoh hari dan sekarang, memang sangatlah jauh perbezaannya.
"It's alright. Biasalah buat silap dalam hal-hal macam tu. Saya tak kisah kalau Halilintar masih nak cuba di lain hari. But please... Tengok keadaan dan kesesuaian dulu, ya? Kadang-kadang kesilapan yang kecil saja dah boleh huru-harakan semua tau tak? "
Halilintar menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Seterusnya dia pun menarik tubuh Gempa dan membenamkan wajahnya pada ceruk leher isterinya itu.
"But still Gem... Macam mana Gempa boleh maafkan abang? I have done such a terrible thing to you. I am supposed to be mad from you right now... "
"Hmm... I don't think so. I mean... "
Gempa menolak Halilintar sedikit ke belakang dan menunjukkan Halilintar sesuatu di tangannya. Atau lebih tepatnya di jarinya.
"...is this what I should be mad of? "
Mata Halilintar terpaku pada sebentuk cincin yang dikenakan oleh Gempa. Dia kenal cincin itu. Cukup kenal. Itulah cincin yang pernah dia tempah beberapa minggu yang lalu pada hari kejadian dia keluar dengan Yaya. Cincin itu adalah satu rekaan khas yang dibentuk dengan peratusan perak yang banyak disertakan dengan sebuah permata yang mahal dan dilengkapi dengan ukiran nama Gempa yang khas dan sempurna.
"Ini... H-how? Abang yang sepatutnya dapat cincin ni dulu. Macam... Macam mana Gempa boleh ada dulu? This should be a surprise! "
"Well... Surprise! You did it though! Cuma... Halilintar je takde masa tu. "
"What do you mean...? Gem, Yaya ke yang bagitau semua ni? "
Gempa menggelengkan kepalanya dan mengusap cincin yang bersinar tersebut dengan lembut.
"Actually Nut yang tolong terangkan dan redakan marah saya selama ni. Dalam diam dia telefon saya dan terangkan semua yang dia tahu mengenai hari Halilintar dan Yaya keluar. Dan lepas dengar semua penjelasan Nut dan tengok sendiri cincin ni, saya percaya dan maafkan Halilintar semula. "
Mulut Halilintar terus terbuka dan tertutup walaupun tiada sepatah kata yang keluar darinya. Dia tidak tahu harus berkata bagaimana lagi. Banyak persoalan dan fikiran yang berlegar-legar di dalam kepalanya sehingga tiada satu pun yang dapat membantunya tenang.
"Please tell me everything, Gem. I need to know about it! Abang yang plan semua ni tapi... Tapi abang tak tahu pun tentang ni?! It's not fair! "
"Hahaha! Alright... Alright... Tapi sebelum tu, jom baring dulu. Saya cerita semuanya sambil kita baring, ya? "
Halilintar melihat ke arah Gempa dan seterusnya ke arah katil yang sedang mereka duduki. Tiba-tiba timbul rasa tak selesa muncul di wajah Halilintar apabila mengingat balik bahawa dia sudah tidak dibenarkan untuk tidur bersama-sama Gempa. Jadi apa yang patut dia buat?
"Halilintar... Halilintar tahu kan yang Halilintar dah boleh tidur dengan saya semula? Kenapa nak fikir lagi, hm? Besides... We're husband and wife after all. You don't have to be scared. Saya dah maafkan Halilintar, kan? "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...