Chap 59

648 66 13
                                    

Keesokan harinya, di balai lapangan terbang. Hati Halilintar terasa begitu suram dan dingin seiring dengan keadaan cuaca yang berada di luar sana. Hati Halilintar terasa seperti dipijak-pijak oleh sesuatu yang berat sehingga ia membuatkan dirinya kadang-kadang kesukaran untuk bernafas. Bukan ini yang Halilintar minta sebelum dia terbang dan berpisah dengan orang yang dikasihinya.

Gempa.

Entah apa yang telah berlaku sehingga ia membuatkan isterinya itu diam seribu bahasa dan langsung tidak mempedulikannya. Halilintar berasa sedih. Amat sedih.

'Padahal hari ni aku kena berpisah dengan dia... '

Halilintar tidak mahu berpisah dengan isterinya dalam keadaan serba tidak kena. Jangan ditanya adakah Halilintar tidak bertanya kepada Gempa sedangkan segala persoalannya hanya dibiarkan begitu sahaja oleh isterinya itu.

•°•°Flashback°•°•

Malam itu jam sudah hampir menunjukkan pukul 12 malam. Halilintar akhirnya pulang ke rumah dalam keadaan serba tidak kena dan berharap agar dia dapat segera masuk ke dalam biliknya dan tidur di atas katil yang empuk.

Tetapi siapa sangka? Sebaik sahaja Halilintar selesai mengunci pintu rumah, tiba-tiba dia terserempak dengan Gempa yang kelihatannya baru keluar dari dapur. Mata mereka saling bertemu seketika tetapi Halilintar sempat perasan akan perubahan yang dialami oleh isterinya pada malam itu.

"Gempa-"

"Selamat pulang. Yaya ada pesan untuk ingatkan kau tentang penerbangan kau esok pukul 8 pagi. "

"Ouh... Uhm... Thanks? Eh, tapi-"

"Aku dah tolong kemaskan barang-barang dan baju-baju kau. Jadi kau boleh naik dan tidur. "

Halilintar terdiam apabila ucapannya sering dipotong oleh Gempa. Seketika Halilintar berasa hairan dan ingin bertanya sebab kenapa isterinya menjadi begitu. Tetapi mengingatkan bahawa mungkin Gempa sedang mengalami masalah perubahan perasaan sewaktu mengandung, Halilintar hanya mengabaikannya sahaja.

"Uhm... Gempa dah makan? "

"..."

Soalan Halilintar diabaikan begitu sahaja dan Gempa terus menaiki tangga untuk masuk ke dalam biliknya.

Halilintar berdiri di tempat dengan keadaan tercengang. Fikirannya berkata bahawa mungkin isterinya sedang serabut akan sesuatu tetapi entah kenapa hati dan perasaannya menyatakan bahawa Gempa sedang dilanda oleh satu masalah.

'Aku ada buat silap ke...? '

•°•°•

Halilitar fikir yang segala perkara malam semalam akan berlalu begitu sahaja dan keesokan harinya dia dan Gempa dapat berbual seperti biasa. Tetapi malangnya, sangkaannya jauh meleset sama sekali.

Pagi itu, Halilintar baru sahaja selesai mandi dan membuat keputusan untuk makan sarapan terlebih dahulu sebelum dia bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Sebaik sahaja dia turun ke bawah, dia dapat melihat Gempa sedang memasak di dapur dan Taufan pula sedang bermain dengan permainannya di ruang tamu.

Halilintar berjalan mendekati anaknya dan mengusap kepala Taufan dengan lembut.

"Hey, big boy! Kamu sudah sarapan? "

Will You? [C]Where stories live. Discover now