Chap 116

713 55 8
                                    

WARNING!
TW - Trigger Warning!
MC - Mature Content!
ST - Suicidal

A/N: Let's cry together... 〒▽〒











Malam itu, tepat pukul 2 pagi, berdirinya susuk tubuh seseorang di dalam kawasan dapur. Tiada sebarang ayat ataupun sepatah kata keluar dari mulutnya. Bunyi deruan nafasnya juga turut tidak kedengaran. Kakinya seolah-olah kaku berdiri di hadapan kawasan alatan dapur. Matanya yang bengkak itu menatap dalam ke arah salah satu alatan dapur yang bersinar dan tajam yang disimpan di tempat yang selamat.

"..."

Kakinya terasa sejuk. Seluruh tubuh badannya juga terasa seperti kaku tiba-tiba. Degupan jantungnya langsung dia tidak pedulikan kerana renungannya ke atas alatan dapur yang bersinar dan tajam itu lebih menguasai dirinya.

Dan tanpa sedar dan seolah-olah sedang berada di luar kawalan, tangan kirinya terangkat dan mencapai alatan dapur tersebut. Biarpun wajahnya kelihatan seperti tiada perasaan dan sepatah kata pun tidak kedengaran, tetapi sebenarnya jiwanya sedang meronta-ronta dan menjerit kuat di dalam fikirannya. Jiwanya sedang menangis dan meraung dengan kuat sekali. Perlahan-lahan ia menguasai dirinya dan mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tiada sesiapapun terfikir ia akan berlaku pada saat itu.

Shriinng..!!

•°•°•

Langkah tapak kakinya terasa semakin lama semakin berat tatkala jaraknya dengan sebuah bilik di hadapannya semakin kecil dan dekat. Seperti seekor zombie yang hidup, kakinya berjalan longlai mendekati pintu bilik dan memulas tombolnya dengan perlahan-lahan.

Kreeaaakk...

Matanya mengintip suasana gelap dan sunyi di dalam bilik tersebut. Dengan menggunakan biasan cahaya samar-samar daripada lampu bilik mandi, matanya dapat menemukan seseorang yang sedang tidur lena di atas katil dan tidak menyedari kehadirannya langsung.

Benda tajam yang dipegangnya itu digenggam erat.

"Gulp... "

•°•°•

Selangkah demi selangkah dia berjalan mendekati katil yang sedang ditiduri oleh orang tadi. Matanya yang redup dan kosong itu menatap sedih ke arah orang yang sedang tidur itu. Dan dengan perlahan-lahan namun pasti, perasaannya mula mengambil alih dirinya dan dia pun mula menangis mengalirkan air mata.

"Isk... Gempa... "

Mulutnya terucap memanggil insan yang sedang tidur itu. Matanya yang sedang berair menatap hampa wajah lena yang manis dengan penuh perasaan yang bercampur-baur.

"Halilintar... "

"..."

'What am I doing...? Why did I do this? Stop... Stop... Stop! '

Kakinya bergerak dan berundur ke belakang selangkah demi selangkah. Badannya yang sedari tadi terasa seperti hilang kawalan tiba-tiba seolah-olah mencapai kesedaran semula.

"Gempa... Isk... Gempa... Gempa...! "

Thud!

"Ugh... "

"Gempa..! Gempa..! "

Tidur Gempa mula terganggu apabila dia mula terdengar bunyi-bunyi asing menyapa. Matanya yang terpejam mula perlahan-lahan terbuka semula. Pandangannya yang pada awalnya kabur kerana kegelapan pun mula berubah jelas secara perlahan-lahan dan menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang terduduk.

Will You? [C]Where stories live. Discover now