Sai sedar yang dia hanya orang luar dan dia juga bukan sesiapa untuk masuk campur dalam urusan keluarga Gempa. Tetapi dia rasa dia patut beritahu Gempa bahawa apa yang dia ceritakan tentang kisah perkahwinannya itu seperti tidak masuk akal. Entah kenapa melalui apa yang Sai dengar daripada Gempa, lelaki manis itu seperti tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang kisah 'bekas' suaminya itu kepadanya. Memang, Gempa kedengaran seperti sudah menceritakan segalanya. Tapi bagi Sai, masih ada yang kurang.
'No, Sai. Not now. You will find out later.'
"Baiklah kalau macam tu. Saya rasa saya boleh balik sekarang?"
Gempa mengangguk sekadar ingin menghilangkan rasa canggung antara dirinya dan Sai. Dia tahu yang sebaik sahaja dia membukakan kisah rumahtangganya kepada Sai, lelaki itu akan rasa aneh dan simpati terhadapnya.
'Kau dah ceritakan tentang keburukan Halilintar, Gempa. Syabas. '
Biarpun itu kata hati Gempa sendiri, tetapi dia langsung tidak dapat menemui kepuasan hatinya.
Gempa berjalan mengiringi Sai untuk menuju ke arah pintu utama. Sempat dia menjeling ke arah jam dinding rumahnya dan melihat waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
'Wah, aku bercerita terlalu lama sampai tak sedar yang sekarang sudah lewat. '
Sebaik sahaja Sai selesai memakai kasut, dia pun mencapai tombol pintu rumah dan berpaling ke arah Gempa semula.
"Thanks a lot for today, Gempa. I really appreciate that you want to share your story with me. "
"It's nothing. Thanks to hear them out too."
"Bukan perkara yang besar. Kan aku juga pernah cakap sebelum ni? Kalau kau ada masalah dan perlukan seseorang untuk bercerita, aku sedia mendengarnya. Walaupun aku orang luar... "
Gempa cepat-cepat menggeleng bagi menafikan apa yang dikatakan oleh Sai tadi.
"Tak! Mana ada! Saya dah tak anggap Sai sebagai orang luar. Bagi saya, Sai juga seperti salah seorang keluarga saya. "
Sai tersenyum.
"I'm happy to hear that. "
Klik!
Sebaik sahaja pintu terbuka, Sai pun mula melangkah keluar dari rumah Gempa sebelum pandangannya tiba-tiba bertemu pada sepasang mata merah di hadapannya.
Sai tergamam. Melihat seorang lelaki yang paras tingginya tiada beza dengannya sedang berdiri di pagar rumah Gempa dengan begitu... Entahlah, hairan?
"Uhmm... Tak tau pula Gempa ada tetamu selepas saya? "
"Huh? Tetamu-"
Sebaik sahaja Gempa muncul dari belakang Sai untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh lelaki itu, Gempa serta-merta terdiam. Melihat wajah yang amat dikenalinya walaupun dia sering ingin melupakannya.
"Halilintar... "
Sai melihat ke arah Gempa dengan kening yang berkerut. Ada sesuatu yang aneh dia perasan pada waktu itu.
'Halilintar? '
Gempa berjalan mendekati pintu pagar rumahnya. Melihat ke arah Halilintar dengan pandangan yang tidak mesra.
"Apa? "
Gempa bertanya dengan nada yang sedikit kurang sopan. Biarkan. Dia memang ingin lelaki itu pergi dari rumahnya secepat yang boleh.
"G-Gempa... Boleh masuk kejap tak? "
Halilintar cuba untuk bercakap dengan baik. Dia tahu. Dia sangat tahu yang Gempa takkan terima dia kembali. Takkan bukakan pintu hatinya kembali untuknya.
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...