Chap 44

1.2K 94 7
                                    

Gempa sedar dalam keadaan mamai. Dia langsung tidak ingat apa yang telah terjadi malam semalam. Dan dia tidak ambil peduli. Apa yang dia peduli sekarang adalah dia ingin segera ke bilik mandi dan mencuci mukanya kerana dia yakin yang wajahnya amatlah teruk sekarang.

'Ahh... Malam semalam aku terlebih pula. Nampaknya kena-'

Langkah Gempa serta-merta terhenti apabila dia dapat merasakan hawa dingin menyapa kakinya selepas sahaja dia membuka selimut. Gempa terdiam. Dirinya yang pada awal tadi masih berasa mengantuk perlahan-lahan mula mengumpul kesedaran semula.

Gempa menunduk ke bawah. Mendapati dirinya kini sedang mengenakan baju t-shirt berwarna merah. Ingat, hanya baju. Dan selebihnya iaitu kakinya langsung tidak ditutup oleh apa-apa.

Gempa cuba mengumpul kesedarannya. Cuba memanggil dan mengingat kembali akan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku malam semalam.

"Tunggu... "

Dan nampaknya Gempa seperti telah mengingat sesuatu.

Ya, akhirnya Gempa telah ingat.

Kisah malam semalam antara darinya dan Halilintar.

Gempa segera memusingkan badannya dan baru dia sedari, Halilintar tiada di atas katil.

'Dia pergi ke..? '

Gempa agak sedikit kecewa memikirkan berkemungkinan besar Halilintar akan pergi meninggalkannya. Gempa fikir mungkin Halilintar telah menyesal kerana memilih untuk bersama dengan Gempa sedangkan Gempa secara terang-terangan menolak lelaki itu.

Tetapi Gempa tidak salah sepenuhnya. Sebenarnya dia masih terkejut kerana setelah 4 tahun berlalu, Halilintar akhirnya berjaya menemuinya.

Gempa ingin berputus asa dan menganggap bahawa Halilintar sudah bosan dengannya. Tapi satu bau asing yang menyapa indra baunya menghentikan niatnya.

"Tunggu... Halilintar? "

Cepat-cepat Gempa berlari mendekati pintu bilik untuk keluar dan melihat sendiri sama ada adakah perkiraan fikirannya adalah benar?

'Adakah Halilintar masih ada? Kalau dia masih ada jadi itu bermaksud yang dia tidak pergi, kan? Dia tidak menyesal, kan? '

Baru sahaja Gempa tersenyum dan hendak meluru mencari suaminya sebelum dirinya serta-merta mengingat semula akan rancangan asalnya.

'Kan aku berlakon yang aku mabuk? Ahh.. Mestilah aku kena berpura-pura tak ingat! Ckh! '

Jadi dengan terpaksa Gempa menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Sengaja ingin membuat Halilintar (kalau betul itu adalah Halilintar) peka bahawa dirinya sudah bangun.

BANG!!

"Ok, relax, Gempa. Kau boleh. Just buat muka marah dan tengking saja. Don't say anything more. Fuh... Ok! "

Tetapi apa yang dirancang tidak sepenuhnya akan berjalan dengan lancar, kan?

•°•°•

Gempa masih setia memasang wajah masamnya setelah sebaik sahaja dia menemui Halilintar yang kini sedang berada di kawasan dapur. Dan dapat dia lihat, Halilintar juga sedang memandang ke arahnya.

Mata mereka saling bertemu buat seketika sebelum Gempa terus mendekati Halilintar dan menghentak meja makan dengan kuat.

BANG!

"Bagitau aku! Apa yang kau dah buat dekat aku semalam! "

"A-apa? Gem-"

"JUST FUCKING TELL ME!! "

Will You? [C]Where stories live. Discover now