Chap 95

601 68 16
                                    

Gempa merenung ke arah luar tingkap wadnya yang besar itu sambil melihat pemandangan suasana hospital yang sedang dia duduki. Wad dia berada di tingkat 6 hospital dan dari atas dia dapat melihat terdapat sebuah taman kecil yang ada di kawasan tengah-tengah hospital. Dari tempatnya, dia juga dapat melihat beberapa orang jururawat sedang menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh pesakitnya. Ada juga beberapa dari jururawat yang lain sedang memapah pesakitnya dan berbual di atas kerusi bangku yang disediakan di sana.

Gempa tersenyum. Tiba-tiba perasaan rindu terhadap kerjanya yang menjadi seorang doktor pakar psikologi hadir di dalam hatinya. Suasana di mana dia perlu mendengar segala cerita dan curahan hati daripada pesakit-pesakitnya. Kadang-kadang ada yang mudah dirawat dan dibantu, tetapi kadang-kadang ada juga yang agak di luar kawalan. Seperti beberapa orang yang jenis sukar menerima perubahan dan perkara yang baharu. Ataupun tidak boleh terima kenyataan atau kesalahan sendiri.

Bila diingat balik tentang semua itu, Gempa serta-merta terlintas akan dirinya sendiri.

'Aku jadi doktor yang arif dalam psikologi, tapi dulu aku sendiri yang ada masalah nak kawal emosi aku... '

Gempa menundukkan kepalanya dan mula mengimbas kembali akan memori tentang Halilintar selepas mereka bertemu buat kali pertamanya selepas 4 tahun berpisah.

.
.
.

"I met with someone special today. I was really happy to meet that person. I feels like... I was born again. "

"Oh wow! That was so fantastic! This person must be really important to you, right? "

"Absolutely. "

"So now you met this person. What is your plan now? "

Halilintar diam.

"I... I want to do something that.. That I have been want to do it for such a long time. Now this person is right in front of my eyes... I will do it. "

Halilintar melihat ke arah kamera yang sedang menunjukkan wajahnya. Dia pun kemudiannya tersenyum.

"I will do it. It's now or never. "

.
.
.

"Idiot... "

Gempa bermonolog sendirian sambil tersenyum kecil.

'Engkau sanggup lakukan apa saja untuk orang macam aku. Orang yang pelik dan tak sempurna macam aku. Apa yang kau dapat bila kau sukakan aku? '

Lalu seluruh memori tentang apa yang telah dia lakukan terhadap Halilintar terlintas di dalam fikirannya.

.
.
.

"Uhmm... Tak tau pula Gempa ada tetamu selepas saya? "

"Huh? Tetamu-"

Sebaik sahaja Gempa muncul dari belakang Sai untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh lelaki itu, Gempa serta-merta terdiam. Melihat wajah yang amat dikenalinya walaupun dia sering ingin melupakannya.

"Halilintar... "

Gempa berjalan mendekati pintu pagar rumahnya. Melihat ke arah Halilintar dengan pandangan yang tidak mesra.

"Apa? "

Gempa bertanya dengan nada yang sedikit kurang sopan. Biarkan. Dia memang ingin lelaki itu pergi dari rumahnya secepat yang boleh.

Will You? [C]Where stories live. Discover now