"Halilintar... Are you sure it's going to be ok? "
Gempa bertanya kepada Halilintar sembari menatap suaminya yang sedang tersenyum-senyum itu. Mereka kini baru sahaja keluar dari kedai yang menjual pakaian dan sedang bersedia untuk pulang. Sejak kejadian tentang isu ayah Taufan, Halilintar tiba-tiba sahaja mendapat satu idea dan memutuskan untuk melakukannya pada hari lahir Taufan esok. Dan Gempa pula, hanya mampu tergamam dan ragu-ragu dengan pilihan idea Halilintar itu.
"Don't worry, My Heart. Abang yakin Taufan akan gembira dan kita akan hidup bahagia sebagai keluarga yang sebenar. "
Gempa menundukkan kepalanya dan menatap lantai dengan pandangan yang kosong. Bukan bermaksud dia tidak mempercayai Halilintar. Dia cuma khuatir Taufan akan mempersoalkan kenapa dirinya tergamak menyembunyikan rahsia daripadanya. Gempa tahu Taufan hanyalah kanak-kanak kecil. Tapi pemikiran kanak-kanak itulah yang membuatkan Gempa kadang-kadang takut untuk berdepan dengan realiti.
Realiti yang berkemungkinan Taufan akan mula membencinya.
"Gempa? "
"Huh? "
Gempa menoleh ke sisi kirinya dan menemui Sai sedang memandang ke arahnya dan Halilintar. Gerak langkah mereka berdua terhenti dan Gempa pun tersenyum ramah ke arah Sai.
"Sai! Apa awak buat dekat sini? "
"Ah, saya datang sebab nak cari barang sikit. Apa... Yang Gempa buat dekat sini? "
"Oh, saya datang sebab nak belikan hadiah untuk Taufan! "
"Hadiah untuk Taufan? "
"Ya. Eh, maaf! Saya terlupa nak beritahu Sai! Esok sebenarnya adalah hari jadi Taufan. Dan kalau tidak keberatan, Sai jemputlah datang ke majlis tu juga! "
"Ohh... Boleh! Boleh! Buat majlis tu dekat mana? "
"Dekat rumah saya saja. Sai datang, ya? Taufan mesti suka! "
"Ok! Kalau takde kekangan saya akan datang! Terima kasih atas jemputannya! "
"Yup! Sama-sama! "
"Ekhem! "
Sedang rancak Gempa dan Sai berbual, mereka tidak sedar yang sedari tadi lagi Halilintar sedang menjeling tajam ke arah mereka. Atau lebih tepatnya ke arah Sai.
"Gem, we better hurry up. "
"Eh..? Uhmm... Ok. Eerr... Sai. Kami pergi dulu, ya? "
"Oh, ok. By the way, saya tengok korang seperti sudah bahagia. Sudah berbaik, ya? "
"Hehe! Ya! Bye, Sai! "
Gempa tersenyum malu sembari melambaikan tangannya ke arah Sai sambil mengikuti Halilintar dari belakang. Perlahan-lahan mereka berlalu pergi dan meninggalkan Sai untuk keluar dari pasar raya tersebut.
•°•°•
"Halilintar, tunggu! "
Gempa cuba untuk berhati-hati sambil mengikuti Halilintar dari belakang. Memang sukar untuk dia bergerak bila sudah mengandung sebegini. Tapi nasib baik Halilintar faham dengan keadaan Gempa dan berhenti seketika untuk menunggu Gempa mendekatinya sebelum mereka mula berjalan beriringan semula.
"Halilintar... Kenapa tergesa-gesa ni?"
"It's nothing. "
"Tipu. "
"I'm honest. "
"Jadi kenapa Halilintar tiba-tiba masam? Beritahulah... Saya ada buat silap ke? Minta maaf kalau ya... "
YOU ARE READING
Will You? [C]
FanfictionLove Me Like You Do (Season 2) Setelah Gempa pergi meninggalkan Halilintar sendirian, Halilintar mula bertekad untuk mencarinya semula. Dan dalam tidak sedar, sudah 4 tahun berlalu dan pencariannya masih belum berakhir. "Tapi Hali, apa yang kau nak...