DDH 1: Tawaran ke Satu Tempat

1.2K 102 12
                                    

Dear Miss Violette Vadrika Marmalade,

We are please to inform you that you have been accepted at the Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Students will be required to report to the Chamber of Reception upon ar-

Belum sempat Lily membaca semua isi kandungan surat itu, Rosemary merentap surat tawaran itu dan mengoyakkannya sehingga menjadi cebisan kertas.

"Makcik tak mahu kamu sekolah di sana! Lebih baik makcik sekolahkan kamu di sekolah pemulih akhlak saja!"Rosemary mula marah.

"T-tapi makcik, saya sanggup sekolah di sana daripada disekolahkan di sekolah teruk tu!"Lily mengekori ibunya yang berjalan menuju ke dapur.

"Tak boleh!"

Sekeping lagi surat masuk ke dalam rumah melalui serombong. Rosemary terus mengambil surat itu lalu dikoyakkan olehnya sekali lagi. Satu lagi surat masuk melalui tempat yang sama. Rosemary mengambil surat itu lalu bengang.

Kenapa boleh ada surat yang sama dihantar?

Matthew yang sibuk bermain permainan video terkejut dan pergi ke arah tingkap yang terbuka itu.

"Mak! Ada banyak burung hantu!"

Rosemary membuka pintu rumahnya dan membulatkan mata apabila melihat begitu banyak burung hantu yang mengerumuni kereta Chevroletnya.

"Syuh! Syuh! Pulang ke tempat kamu!"Rosemary menghalau burung-burung hantu itu.

"Mak! Banyak sampul surat masuk ke dalam rumah!"jerit Matthew.

Rosemary terus memasuki rumahnya dan segera menutup pintu supaya surat-surat yang lain tidak terkeluar dan menganggu jiran-jiran yang lain.

Lily mengambil salah satu sampul surat yang berterbangan di sekeliling rumahnya. Rosemary yang ternampak anak buahnya mengambil sampul surat itu terus mengejar Lily.

Tanpa berlengah, gadis itu terus membuka pintu dan keluar dari rumah. Sehinggalah pandangan matanya bertembung dengan seorang lelaki gergasi yang berambut kerinting dan berkot kulit yang lusuh berdiri di luar halaman rumah.

Lelaki itu seolah-olah sedang menunggu gadis itu sambil menutup payungnya.

Lily hairan lalu bertanya khabar kepadanya.

"Awak siapa?"

"Oh! Sini pun kamu cik Violette Marmalade! Saya Rubeus Hagrid, penjaga mergastua Hogwarts. Gembira bertemu dengan kamu Cik Marmalade,"kata Hagrid sambil menghulurkan tangannya kepada Lily.

Telapak tangan gergasi milik Hagrid itu direnung lama olehnya sehingga matanya membulat.

"Tak apa, saya tak akan hancurkan tangan kamu pun,"Hagrid tertawa.

"B-baiklah..."Lily menyambut huluran tangan lelaki itu dengan terketar-ketar.

Hagrid tersenyum kegirangan sambil menggoncangkan tangannya. Goncangan itu membuatkan tubuh genit Lily hampir terumbang-ambing di udara.

"Bagaimana dengan surat-surat yang terbang tu?"tanya Lily lagi

"Jangan risau tentang surat itu. Biar saya uruskan dengan payung ini,"payung merah jambu milik Hagrid diacukan ke arah pintu rumah keluarga Plank itu.

Tiba-tiba, pintu terkuak dengan sendirinya sehingga banyak kepingan surat keluar dari dalam rumah itu dengan laju sekali. Rosemary dan Matthew yang baru sahaja habis bergelut dengan surat itu keluar dari rumah dalam keadaan mereka yang agak kusut sekali.

Dengan sekelip mata sahaja, surat-surat itu lesap seperti abu di angkasa.

"Baiklah. Kalau begitu mari kita ke Diagon Alley,"kata Hagrid sambil menurunkan semula payungnya.

"D-Diagon Alley? Buat apa kita ke sana?"tanya Lily.

"Untuk membeli keperluan kamu di Hogwarts nanti. Profesor McGonagall tentu akan marah terhadap kamu jika kamu belum ada apa-apa keperluan lagi,"senyuman nipis diukir pada bibir Hagrid.

Lily hanya mengangguk faham sambil mengikuti Hagrid yang berjalan meninggalkannya. Derap langkah lelaki gergasi itu sangat kuat sehingga tanah yang dipijak terasa bergegar olehnya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now