DDH 1: Hutan Larangan

540 50 1
                                    

[Lily's POV]

"Ya ampun! Kok gelap sih?"kataku dengan bulu roma yang meremang.

"Kenapalah kau terhegeh-hegeh sangat nak tengok kitorang berlawan tadi?"tanya Edison.

"Seperti yang dinyatakan, aku tak dapat nafikan yang korang hensem...itu aje,"kataku dengan nada memberi ceramah kepada Edison.

"Perang tanding tak sesuai untuk budak hingusan 11 tahun macam kau ni,"sindir Mesut lalu dahinya terkena balingan batu daripada aku.

"Sh*t!"marah Mesut lagi sambil mengusap dahinya.

Aku ketawa terbahak-bahak. Lagi hensem kalau kau marah Mesut!

Hagrid datang lalu mendahului kami.

"Kita akan cari Unikorn malam ini,"katanya.

"Lampu ayam untuk kamu...satu untuk Edison dan satu lagi untuk Mesut."

"Maksudnya kitorang kena berpecah?"tanya Mesut.

Hagrid mengangguk.

"Okay,"Mesut mula takut.

"Jadilah berani, kau tu masih lagi trauma dengan insiden dulu,"kata Ryan kepada Mesut.

"Apa yang aku trauma betul?"tanya Mesut.

"Kau tak ingat? Masa tahun pertama kau hampir mati kena serang Dementor? Sampaikan kau kena tahan di Hospital St.Mungo tiga minggu,"kata Ryan yang membuatkan mata Mesut membundar.

"I...i...ingat,"kata Mesut dengan lidah yang terketar-ketar.

Kami berlima pun berpecah. Masing-masing mencari di mana gerangan makhluk unik yang menyerupai kuda itu. Aku yang mengikut kumpulan Edison dan Charles sedang sibuk memerhati keadaan di sekitar kawasan tasik.

"Ada tak unikorn?"tanya Edison.

"Tak adalah,"kataku.

"Kawasan ni memang jarang kita dapat jumpa unikorn,"kata Charles sambil bermain-main dengan air tasik berdekatan.

"Tapi, di sini mungkin ada Dementor."

"Dementor?"aku mulai risau.

Aku amat mengenali makhluk itu daripada hasil pembacaanku mengenai dunia sihir tempoh hari.

Charles mengangguk.

"Ada bangkai rusa jantan yang sudah kering di situ. Mungkin dihisap Dementor,"Charles menuding jarinya ke arah bangkai seekor rusa jantan yang kurus kering itu.

Aku membuat eksperesi muka jelek. Bangkai itu amat mengerikan. Apatah lagi dengan baunya yang boleh membuatkan sesiapa sahaja pengsan.

~~~

Kami melalui sebuah kawasan yang dipenuhi dengan semak samun. Setelah itu, kami menuju ke kawasan banyak pokok yang ditanam tinggi. Begitu tinggi sekali sehingga kepala orang yang melihatnya terus terjatuh ke belakang. Sakit mata aku dibuatnya.

"Hei aku nampak unikorn!"aku segera menuding jari telunjukku ke arah seekor unikorn putih itu.

Kami terus berlari ke arah unikorn itu.

Apa yang kami lihat begitu menghairankan. Unikorn itu langsung tidak memberi sebarang respon kepada kami.

"Kenapa dia diam aje?"kata Edison penuh hairan.

"Entahlah,"kata Charles.

Tiba-tiba, unikorn itu bertukar kepada satu bayang-bayang berwarna hitam. Kami bertiga bertiga mula cemas.

"MAK DEMENTOR!"jerit Edison.

Kami cuba melepaskan diri namun gagal. Sekawanan dementor datang menghalang kami dan cuba mencium kami.

Ketakutan itu jelas terasa sehingga jantungku hampir tercabut. Aku cuba melindungi diri apabila makhluk mengerikan itu semakin datang menghampiri kami.

"TOLONG! DEMENTOR NAK BUNUH KAMI!"jerit aku dengan kuat sekali.

Hagrid, Mesut dan Ryan datang ke tasik itu. Mesut mula takut manakala Ryan terus mengeluarkan tongkatnya.

"EXPECTO PATRONUM!"jerit Ryan.

Satu cahaya biru keluar dari tongkatnya. Namun, belum cukup untuk menumpaskan dementor yang terus menyerang kami bertiga.

Edison yang terbaring dengan lemah segera mengeluarkan tongkat sihirnya. Dengan perlahan-lahan dia berdiri lalu menghalakan tongkat itu ke arah makhluk tersebut.

"EXPECTO...PATRONUM!"jerit Edison lalu satu cahaya biru yang begitu besar sekali terpancar.

Patronus serigalanya keluar dari cahaya biru itu lalu menghalau dementor-dementor yang mengacau mereka.

~~~

Apabila suasana menjadi tenang kembali, Charles mengesat peluh di dahinya. Aku pun menarik nafas lega apabila semuanya sudah berakhir.

Tiba-tiba, Edison yang kepenatan terus rebah sehingga suasana menjadi kecoh semula.
Hagrid pula terus mendukung lelaki itu dan menghantarnya ke Hospital.

~~~

Bunyi esakan semakin kuat kedengaran daripada mulutku. Tangan Edison kugenggam dengan kuat sehingga Mesut mengusap lembut belakang tubuhku.

"Sabar Lily...sabar,"kata Mesut kepadaku.

Aku terus meraung sehingga Puan Pomfrey yang sibuk merawat pelajar lain terloncat sehingga wanita itu mengetuk kepalaku.

"Jaga adab sikit. Sini hospital!"marah Puan Pomfrey.

Aku terus mengesat air mataku lalu memandang Edison yang tidur dengan tenang sekali.

"Kalau aku cium dia, dia bangun tak?"tanyaku kepada Mesut.

Mesut terdiam sambil menepuk dahinya perlahan-lahan.


(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now