DDH 4: Luahan Chanyeol

74 5 0
                                    

Sehun membuka pintu bilik lalu melihat Chanyeol duduk sambil merenung ke luar tingkap. Sehun datang menghampiri Chanyeol yang kelihatan sayu.

"Hyung,"panggil Sehun.

Chanyeol tidak menoleh.

"Hyung, kenapa ni? Kalau ada masalah hyung patut beritahu kepada aku,"kata Sehun.

Chanyeol mengeluh kasar. Dia menyapu rambutnya ke belakang lalu meletakkan dagu di atas tangannya.

"Hyung,"kata Sehun. "Profesor McGonagall bagi kau medal. Tahniah!"

"Letakkan medal tu di atas katil aku,"kata Chanyeol dengan nada suara yang lemah.

Sehun terus meletakkan medal tersebut di atas katil Chanyeol.

"Sehun,"Chanyeol menoleh. "Aku nak cakap sesuatu."

"Apa yang kau nak cakapkan?"tanya Sehun.

"Sehun,"kata Chanyeol. "Semua orang layak untuk dicintai kan?"

Sehun mengangguk.

"Semua orang layak untuk disayangi kan?"kata Chanyeol.

"Ya,"kata Sehun. "Tapi apa yang berlaku dengan kau sampai kau bercakap pasal hal ni?"

"Aku rasa aku memang gagal dalam percintaan,"kata Chanyeol. "Aku memang manusia yang tidak berguna."

"Hyung!"kata Sehun yang mula risau.

"Aku memang pengecut,"Chanyeol mula menitiskan air mata.

"Kenapa dengan kau, Chanyeol? Kenapa kau tergamak cakap macam ni?"kata Sehun lalu memegang bahu Chanyeol.

"Tiga tahun yang lalu. Masa kita mula-mula jumpa Lily dan Rose,"kata Chanyeol. "Lily macam baik je dengan aku."

Sehun terdiam.

"Sejak hari tu, aku mula pendam perasaan dengan dia. Setiap kali aku nampak dia dengan Tao, aku mula cemburu,"kata Chanyeol lagi.

Sehun tergamam.

"Jadi kau sukakan Lily?"kata Sehun.

"Lebih daripada suka,"kata Chanyeol. "Aku sayangkan dia."

Sehun mendiamkan diri lagi.

"Aku sayang dia seperti tak ada hari esok. Setiap hari aku mesti tanya keadaan dia macam mana...dah makan ke belum, dah belajar ke dan banyak lagi,"kata Chanyeol sambil mengesat air matanya.

"Hyung menjaga dia seperti hyung menjaga Chaeyoung sendiri,"kata Sehun.

"Kalau dengan Chaeyoung, aku jaga dia seperti menatang minyak yang penuh,"Chanyeol tersenyum nipis.

"Tapi mesti sedih kan bila kau nampak Lily dengan Tao,"kata Sehun.

"Lebih-lebih lagi bila mereka hampir bercium,"nada suara Chanyeol berubah menjadi garang.

Sehun mula mendiamkan diri.

"Aku tak simpan dendam dengan Tao tapi aku selalu perhatikan dia sepanjang masa,"kata Chanyeol.

"Dan aku rasa...Tao patut putuskan hubungan dengan Lily,"katq Chanyeol.

"Why?"Sehun membulatkan matanya.

"Kau tak ingat perjanjian Death Eater terhadap Tao dulu? Kau tak ingat macam mana ibu dia kena bunuh oleh kumpulan tu?"tanya Chanyeol.

Sehun hanya diam.

Chanyeol membetulkan susunan pasu bunga hiasan lalu menyambung kembali percakapannya, "Tapi bunga bukan sekuntum kan?"

"Ya,"kata Sehun. "Tapi kalau kau betul-betul mahukan dia, kau kena berusaha."

"Kalau aku berusaha pun saya tetap gagal,"kata Chanyeol."Aku tahu aku tak layak untuk dia."

"Tapi...aku takut kalau dia dalam bahaya,"kata Chanyeol lagi.

"Kenapa pula?"kata Sehun.

"Lily mungkin akan terlibat dalam perjanjian tu. Ada kemungkinan Death Eater akan bunuh dia,"kata Chanyeol lagi.

Chanyeol mengeluh.

"Lily tu cantik dan comel. Tao pula kacak dan muka dia persis kucing,"kata Chanyeol. "Aku pula...makhluk yoda yang tak berguna."

"Tapi kau pun apa kurangnya. Kacak dan bergaya!"puji Sehun.

Walaubagaimanapun, cubaan Sehun untuk menceriakan Chanyeol tetap gagal. Sebaliknya, Chanyeol menekupkan mukanya pada bantal.

"Aku nak tidur,"kata Chanyeol. "Tinggalkan aje aku di sini."

Sehun perlahan-perlahan beredar dari bilik itu. Dia berjalan turun lalu kembali semula ke ruang utama asrama Gryffindor. Kelihatan suasana menjadi lengang selepas sesi berbual secara riuh-rendah selesai.

Kelihatan Lily, Tao dan Jong Dae sedang duduk menghadap unggun api. Tao sedang memegang bahu Lily sambil membelai rambut panjangnya. Sehun memandang mereka dengan perasaan bersalah.

Mengingatkan dia kembali terhadap luahan Chanyeol yang memendam perasaan terhadap Lily selama tiga tahun dan perasaannya yang bercampur-baur apabila berjumpa dengan Tao.

Hati Sehun juga semakin gelisah kerana sepupunya itu pernah mengalami kemurungan pada usia 12 tahun. Disebabkan banyak tragedi yang dilalui oleh Chanyeol, dia akan menyendiri pada masa-masa tertentu.

Perkara tersebut juga semakin membuatkan Sehun bimbang. Bimbang jika Chanyeol bertukar menjadi seseorang yang begitu jahat sehingga membahayakan nyawa bukan sahaja orang sekeliling tetapi diri Chanyeol sendiri.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now