DDH 2: Agenda Tersembunyi

111 14 1
                                    

Semakin lama keretapi Express Hogwarts semakin laju bergerak. Lily duduk termenung sambil melihat pemandangan di tepi tingkap keretapi itu.

"Aku sedihlah,"kata Lily.

"Kenapa?"tanya Rose.

"Tentang portal tu. Aku ingatkan portal tu untuk kita semua rupa-rupanya limited,"kata Lily.

"Kalau semua orang gunakan portal tu, macam mana dengan ekspress Hogwarts ni? Tentu lingkuplah penghujungnya,"kata Luhan.

"Ya tak ya juga,"kata Albus.

"Tapi aku hairanlah sebab kenapa pihak Kementerian Sihir ciptakan portal sebegitu untuk ke Hogwarts. Portal tu pula hanya untuk golongan atasan saja. Sungguh menghairankan,"kata Scorpius.

"Mungkin disebabkan mereka menyanjung tinggi golongan tersebut?"tanya Lily.

"Tak,"kata Luhan.

Semua beralih pandangan kearahnya. "Saya rasa mereka ada rancangan mereka sendiri."

"Mereka bersubahat?"tanya Albus.

"Bukan bersubahat tapi ia adalah proses kemasukan,"kata Luhan.

"Apa maksud awak?"tanya Rose. Lily pula tercengang di situ.

"Pada firasat saya, Kementerian Sihir akan memasukkan golongan berpengaruh kuat ke dalam sekolah ini untuk membiarkan mereka mempengaruhi akal fikiran golongan seperti kita ini,"kata Luhan.

"Ia dipanggil brainwash?"kata Rose.

"Ya,"kata Luhan. "Saya dah agak Profesor McGonagall akan membantah tindakan ini."

Luhan terus mengeluarkan sebuah buku kosong yang tebal.

"Buku apa tu?"tanya Lily.

"Oh ini namanya buku rakaman kata-kata. Buku ni boleh mencatatkan apa yang kita cakap tadi dan percakapan orang yang jauh dari kita,"kata Luhan. "It's called as a magic book."

"Boleh saya tengok?"kata Lily.

"Boleh. Dipersilakan,"kata Luhan yang tersenyum lalu memberikan buku itu kepada Lily.

Lily terus membelek setiap helaian muka surat dalam buku. Pandangannya terhenti apabila ternampak satu dialog yang bertarikh 1 September 2018 iaitu tarikh hari ini.

1 September 2018

Tempat:Ekspress Hogwarts
Masa:3.15 petang

*Selang beberapa dialog

Lily: Aku sedihlah.

Rose: Kenapa?

Lily: Tentang portal tu. Aku ingatkan portal tu untuk kita 
semua rupa-rupanya limited.

Luhan: Kalau semua orang gunakan portal tu, macam mana dengan ekspress Hogwarts ni? Tentu lingkuplah penghujungnya.

Albus: Ya tak ya juga.

Scorpius: Tapi aku hairanlah sebab kenapa pihak Kementerian Sihir ciptakan portal sebegitu untuk ke Hogwarts. Portal tu pula hanya untuk golongan atasan saja. Sungguh menghairankan.

Lily:Mungkin disebabkan mereka menyanjung tinggi golongan tersebut?

Luhan: Tak.

Scorpius & Lily:Hah?

Luhan: Saya rasa mereka ada rancangan mereka sendiri.

Albus: Mereka bersubahat?

Luhan: Bukan bersubahat tapi ia adalah proses kemasukan.

Rose: Apa maksud awak?

Luhan: Pada firasat saya, Kementerian Sihir akan memasukkan golongan berpengaruh kuat ke dalam sekolah ini untuk membiarkan mereka mempengaruhi akal fikiran golongan seperti kita ini.

Rose: Ia dipanggil brainwash?

Luhan:Ya...Saya dah agak Profesor McGonagall akan membantah tindakan ini.

Tempat:Hogwarts
Masa:3.30 petang

McGonagall: Saya tak setuju dengan cadangan yang mengarut ini, Keiling.

Keiling: Tapi itu yang pihak kementerian beritahu saya tadi.

McGonagall: Walau apapun, saya takkan bersetuju dengan cadangan ini.

Keiling: Tapi profesor saya merayu supaya profesor dapat luluskan cadangan ini supaya orang yang layak dapat masuk ke dalam portal tu.

McGonagall: Bukankah itu tindakan yang tak adil? Saya ulangi lagi bahawa saya akan membantah projek kementerian ini!

Keiling: Profesor! Profesor! Tunggu dululah!

Tempat:Pejabat McGonagall

McGonagall: Aku hairanlah kenapa pihak kementerian sanggup buat begitu.

McGonagall mengeluh.

McGonagall: Aku mesti ingatkan Keiling...dia tak tau ada satu lagi buku Hogwarts yang tertinggal di Bilik Rahsia. '100 Rahsia Hogwarts' yang belum pernah dibaca oleh sesiapapun kecuali Salazar sendiri.

*Berjalan

McGonagall:Tapi...bilik itu masih dikunci sebab masih ada seekor lagi Basilisk di dalam bilik tu. Ahh, tak apalah aku akan gunakan segala kebijaksanaan aku untuk menentang pelaksanaan ini.

Lily tersentak semasa membaca dialog di dalam buku milik Luhan itu. Seolah-olah dia tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh McGonagall itu tadi.

Seekor lagi Basilisk dalam bilik itu? Mustahil!

"Awak dah tau?"tanya Luhan.

"McGonagall memang membantah tapi dia perlukan bukti untuk membantah pelaksanaan itu,"kata Lily.

"Ya...bukti. Sebuah buku yang menyimpan seribu satu rahsia lama yang disimpan oleh Salazar selama berabad-berabad lamanya di dalam ruang peribadinya sendiri,"kata Luhan.

"Jadi apa yang patut kita buat?"tanya Rose.

"Kita tak boleh terlibat dalam hal ini...ini urusan pentadbiran dan pelajar sama sekali tidak dibenarkan untuk masuk campur,"kata Luhan.

"Tambahan pula, pelajar akan digantung sekolah jika mengetahui hal yang sebenar."

Lily terus merenung memikirkan sesuatu. Pemandangan di luar tingkap itu semakin pudar kerana wap air hujan yang melitupi tingkap itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now