DDH 4: Petunjuk

60 2 0
                                    

"Ada tak apa-apa petunjuk yang kau jumpa?"tanya Rose.

Chanyeol menunjukkan lukisan yang dilekatkan pada batang bendera tersebut.

"Aku kelirulah dengan lukisan ni,"kata Chanyeol.

Rose mengambil lukisan tersebut lalu menelitinya.

"Bentuk lukisan ini kelihatan seperti pagar sesat,"kata Rose.

"Mungkin tugasan seterusnya berkaitan dengan pagar sesat,"kata Chanyeol.

Rose menggeleng.

"Habis tu?"tanya Chanyeol.

"Aku nampak ada piala di tengah-tengah,"Rose terpandang lukisan piala yang dilukis di pertengahan pagar tersebut.

"Mungkin aku boleh lukis laluan aku di atas kertas ini,"kata Chanyeol.

"Tak,"kata Rose. "Laluannya rumit."

"Rumit?"Chanyeol mengambil semula lukisan tersebut.

"Lihatlah laluannya,"kata Rose.

Laluan pagar sesat yang dilukis itu sangat rumit dan menyakitkan mata. Chanyeol meletakkan semula lukisan itu di atas meja.

"Aku tak fahamlah,"kata Chanyeol."Macam mana aku nak sampai ke penamat kalau laluannya rumit sebegini?"

"Aku tak tahu,"kata Rose."Oh ya! Aku baru sahaja mendapatkan petunjuk tentang telur emas yang kau buka hari tu."

"Apa lagi petunjuk yang kau dapat?"tanya Chanyeol.

"Aku rasa telur emas itu membawa petunjuk terhadap tugasan seterusnya,"kata Rose. "Aku baru dapat tahu daripada Flavia."

"Apa yang Flavia beritahu dengan kau?"tanya Chanyeol lagi.

"Tugasan seterusnya berkaitan dengan air,"kata Rose. "Kau akan selamatkan orang yang paling kau sayang di dalam air."

"Maksudnya, aku akan menyelam?"kata Chanyeol sambil membulatkan matanya.

Rose mengangguk.

"Tapi siapa orang yang aku patut selamatkan?"tanya Chanyeol.

"Mungkin antara adik kau ataupun Sehun,"kata Rose.

"Oh begitu rupanya,"kata Chanyeol. "Senang je tu."

"Taklah,"kata Rose.

"Habistu?"kata Chanyeol lagi.

"Pixie-pixie dalam telur ini akan ganggu kau semasa kau selamatkan orang tu,"Kata Rose.

"Tentu suara mereka merdu kan?"kata Chanyeol.

Rose menggeleng lagi. "Mereka hanya bersuara merdu bila mereka berjauhan dengan kau je. Kalau mereka datang dekat...suara mereka itu akan membingitkan telinga kau."

"Macam mana boleh jadi macam tu?"tanya Chanyeol.

"Pixie-pixie tu dah disihir,"kata Rose.

Chanyeol tergamam seketika.

"Eh! Tunggu, tunggu, tunggu...macam mana kau tahu tentang tugasan ketiga ni?"tanya Chanyeol.

"Ibu aku kan bekerja di Kementerian,"kata Rose sambil senyum. "Dahlah, aku nak pergi keluar dengan adik aku."

Chanyeol melopongkan mulutnya tanda faham.

"Tapi kan..."belum Chanyeol bercakap, Rose sudah meninggalkannya bersama Hugo di situ.

"Eh, dia dah pergi!"kata Chanyeol. "Baik aku kaji semula petunjuk ni."

Kelihatan Ariana sedang masuk ke dalam ruang utama asrama Gryffindor.

"Hi, Ari!"kata Chanyeol.

"Oh, hi!"Ariana memandangnya sambil tersenyum.

Chanyeol dapat melihat senyuman Ariana yang sangat manis itu sehingga menampakkan lesung pipitnya setelah sekian lama.

Ariana datang menghampirinya.

"Bagaimana dengan petunjuk tu?"tanya Ariana.

"Aku dah jumpa dah,"kata Chanyeol. "Lukisan yang rumit ni membawa petunjuk untuk tugasan yang terakhir."

"Bagaimana dengan telur emas tu?"kata Ariana.

"Petunjuk untuk tugasan seterusnya,"Kata Chanyeol.

"Aku baru dapat tahu yang tugasan seterusnya akan dijalankan pada minggu hadapan,"kata Ariana.

"Hari?"tanya Chanyeol.

"Hari Khamis,"kata Ariana yang terus berlalu pergi. "Oh ya, jangan lupa cari teman!"

"Kenapa?"tanya Chanyeol.

"Kita akan ada malam Yule,"kata Ariana. "Pada hujung tahun nanti kalau aku tak silap, profesor McGonagall yang beritahu."

"Aku malaslah nak ikut malam tarian waltz ni,"kata Chanyeol.

"Ikut jelah,"kata Ariana. "Mungkin kau boleh jumpa jodoh kat sana."

"Kalau aku tak nak?"kata Chanyeol.

"Wajib,"Ariana menekankan perkataan tersebut.

"Yalah. Tapi siapa teman aku untuk tari menari nanti?"tanya Chanyeol.

"Kalau aku boleh jadi teman kau, aku sanggup,"kata Ariana.

"Dengan kau?"Chanyeol memandang Ariana sambil membuat ekspresi muka yang jelek sekali.

"Habis tu dengan siapa lagi?"kata Ariana. "Kau nak jadi teman Frennie Hoggs yang gemuk tu?"

"Eh,tak lah!"kata Chanyeol. "Yalah, kau boleh jadi teman aku."

"Hah, kan bagus!"kata Ariana.

Chanyeol tersenyum.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now