DDH 2: Mimpi Ngeri

102 11 2
                                    

Lily membuka matanya. Dia menyedari dia berada di lorong yang agak gelap. Lampu dari tongkat sihir terus dinyalakan.

"Hello? Ada orang tak?"kata Lily.

Seekor ular datang lalu berubah bentuk menjadi seorang perempuan berambut platinum blonde yang agak kebiruan di situ.

"Kau ni mesti Violette Marmalade kan?"kata perempuan itu.

"Siapa kau dan macam mana kau tau nama aku?"tanya Lily.

"Macam mana aku tau nama kau? Sebab aku boleh baca fikiran kaulah,"katanya dengan sinis.

"Untuk pengetahuan kau, nama aku ialah Delphini Riddle atau kau boleh panggil aku Delphin sahaja."

Mata Lily membundar. Delphini? Anak Voldermort?

"Kau ialah anak kepada Lord Voldemort?"tanya Lily.

Delphini mengangguk.

"Jadi kau memang ada kebolehan macam ayah kau?"tanya Lily.

"Sama hebat, sama jahat,"kata Delphini.

Senyumannya semakin sinis dan agak menyeramkan di situ. Lily hanya terdiam.

"Kau sama je macam bapa kau, terlalu lurus dan perasaan ingin tahu menguasai diri,"kata Delphini.

Perempuan itu sudah tertawa sinis apabila Lily memandangnya sambil menggenggam kuat penumbuk pada tangannya.

"Berapa umur kau?"tanya Lily.

"20 tahun. Kenapa kau nak tau?"tanya Delphini.

Lily tersengih. Rancangannya untuk membalas sindiran itu sudah ligat bermain dalam mindanya.

"Sebab perangai kau macam budak-budak,"kata Lily.

Delphini terus terdiam. Perasaan amarahnya semakin meningkat dan terus mengeluarkan tongkat sihirnya.

"Kalau kau cuba berjenaka yang bukan-bukan dengan aku, sekali mantera disebut nyawa kau yang akan melayang,"kata Delphini.

Lily dengan muka takutnya terus mengeluarkan tongkat sihirnya tanpa teragak-agak. Delphini mula mengerutkan keningnya.

"K-k-kenapa tongkat kau sama dengan aku?"tanya Delphini.

"Entah, aku pun tak tahu,"kata Lily.

"Huh, tak kisahlah sama ke tak yang penting kau akanku bunuh malam ini juga!"kata Delphini.

"Sectumsempra!"

Walaubagaimanapun, Lily sempat mengelak dan menjerit mantera ke arah lawannya.

"Locomotor Mortis!"

Kedua kaki Delphini terkunci. Dengan berangnya, Delphini terus memanggil Basilisknya.

"Accio Basilisk!"

Basilisk yang besar itu tiba-tiba sahaja datang dan menerkam Lily. Dia terus bergelut dengan Basilisk sebelum dia menjadi semakin lemah dan tidak berdaya untuk berlawan dengan makhluk itu.

"Baru kau rasa macam mana yang ayah kau pernah rasa kan?"kata Tom.

Lily membulatkan matanya.

"Kau suruh Basilisk makan ayah aku?"kata Lily sambil menahan lelahnya.

Delphini hanya terdiam.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now