DDH 2: Pergaduhan

107 11 2
                                    

"Maksudnya ayah kau dah lama mati?"tanya Scorpius.

"Ya,"kata Lily.

"Death Eater yang bunuh? Ke ayah kau mati sebab masuk dalam perangkap binatang buas? Yalah manalah tau kan,"kata Albus.

"Kan dia dah cakap yang Death Eater bunuh ayah dia,"kata Rose. "Jadi, Flavia tu memang kawan ayah kau?"

Lily mengangguk.

"Patutlah dia kenal kau,"kata Albus.

"Flavia telah diseksa kerana menyebarkan maklumat tentang rahsia Death Eater. Sangat kejam,"kata Rose.

"Flavia ada bagitau kat aku. Dia suruh aku cari azimat itu supaya tak jatuh ke tangan Death Eater sendiri,"kata Lily.

"Azimat?"tanya Rose.

"Kan aku ada cerita kat korang semua yang aku pernah termimpi berjumpa dengan Delphini sendiri dan dia telah menyeksa aku dengan Basilisk tu,"kata Lily.

"Basilisk?"Scorpius terkejut.

"Dan Delphini memang dalam keadaan terdesak pada masa tu,"kata Lily.

"Delphin memang jahat,"kata Albus.

~~~

Mereka berempat berjalan menuju ke taman sekolah. Semasa mereka sibuk bercerita, tiba-tiba Hayley dan Merula datang.

"Ewah ewah siapa yang ada azimat teragung tu?"tanya Hayley.

Merula menendang kaki Lily.

"Sakitlah!"jerit Lily. "Ikut sedap kaki kau je kan nak tendang kaki aku?"

"Sakit?"Merula ketawa sinis.

"Sudahlah!"marah Albus sambil menolak tubuh Hayley.

"Kau siapa nak halang aku?"tanya Hayley.

"Kau sendiri yang buli dia!"kata Scorpius.

"Hek eleh, kami bukan bulilah! Kami suka!"kata Merula.

"SUKA KAU KATA?"Lily terus menumbuk muka Merula.

Lily membuang Merula dengan kuat ke atas tanah. Lily menumbuk muka Merula dengan sekuat hatinya. Pelajar yang lain terus menyokong Lily.

Merula terus menarik rambut panjang Lily dan memukul Lily sekuat hati. Lily hampir menangis kesakitan tetapi dia terus menerajang Merula sehingga Merula cedera.

"Hayley, mari kita keluar dari sini!"kata Merula.

Pelajar yang lain mengebu Hayley dan Merula yang menyerah kalah.

"DIAMLAH!"kata Merula. Merula dipapah oleh Hayley.

Rose terus mendapatkan Lily.

"Lily, kau tak apa-apa?"tanya Rose.

"Tak,"Lily cuba untuk bangun tetapi dia terjatuh.

Rose segera memapah Lily sehingga ke asrama Gryffindor.

~~~

"Cedera di tangan kau masih belum sembuh tapi kau masih nak bergaduh,"kata Ariana. "Degil lah kau ni."

"Merula yang cari pasal dengan aku,"kata Lily.

"Haih...apa nak jadi ni?"Ariana terus mengambil tongkat sihirnya. "Biar aku sembuhkan kau."

Ariana terus menyembuhkan Lily dengan manteranya. Lily terus berasa segar dan cergas kerana disembuhkan oleh Ariana.

Selepas Lily sembuh, dia dan Rose bersiar-siar di sekeliling Hogwarts. Semasa mereka melimpasi Dewan Besar, mereka ternampak Chanyeol yang melompat kegembiraan.

"Kenapa ni Richard?"tanya Lily.

"Aku lulus ujian percubaan mantera!"kata Chanyeol sambil tertawa riang.

"Tahniah!"kata Rose. "Macam mana dengan Mesut?"

"Dia lulus dengan cemerlang,"kata Chanyeol.

"Tahniah juga kepada dia!"kata Rose.

"Marco?"tanya Lily.

"Marco pun lulus juga tapi tak cemerlang lah,"kata Chanyeol.

"Wah! Okaylah kami pergi dulu!"kata Lily.

"Okay, bye!"kata Chanyeol.

"Bye!"kata Lily dan Rose.

~~~

"Kesian aku tengok si Jasper tu,"kata Mesut.

"Kenapa?"tanya Chanyeol.

"Kau tak tau ke yang dia gagal dalam ujian percubaan tadi?"tanya Mesut.

"Dia gagal?"Chanyeol terkejut.

Marco mengangguk. Tiba-tiba,mereka terdengar bunyi tangisan dalam bahasa Parseltongue.

"Tu Jasper tengah menangis lah tu,"kata Marco.

Mereka ternampak Jasper Min Yoongi, pelajar tahun kelima Slytherin yang menangis kesedihan sambil bercakap dengan ular peliharaannya.

"Kenapa saya jadi macam ni, Ursula?"

Chanyeol, Marco dan Mesut berasa simpati dengan Yoongi.

"Kasihan Jasper. Sudahlah dia tak ada kawan, gagal lagi tu,"kata Marco.

Mesut menyiku bahu Marco.

"Tak baik cakap macam tu!"kata Mesut.

Marco terdiam lalu meminta maaf dari Mesut.

"Kalau nak minta maaf, pergi cakap kat Jasper bukan aku,"kata Mesut.

"Tapi aku tak beranilah,"kata Marco."A-a-aku pergi dulu!"

Marco terus lari dari mereka. Mesut hanya menepuk dahi.

"Biarlah dia tu,"Chanyeol memegang bahu Mesut.

Mesut menggeleng kesal.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now