DDH 2: Lari

171 17 0
                                    

Bintang di langit malam kelihatan bersinar dengan terang sekali. Suasana di London begitu senyap dan sunyi apabila semua penduduknya sudah melelapkan mata.

Di rumah keluarga Plank, Lily sedang duduk keseorangan di dalam rumah kerana ditinggalkan oleh ibu saudara dan sepupunya yang keluar bercuti ke Lisbon, Portugal.

"Mentang-mentanglah aku ni ada kuasa sihir tergamak betul korang tinggalkan aku ya? Hanat betul,"kata Lily.

Seperti biasa, Lily mengambil alat kawalan jauh dan menonton rancangan televisyen lawak merapunya itu. Tetapi tidak seperti kebiasaan, Lily langsung tidak ketawa kerana anginnya tidak baik hari ini.

Sedang Lily leka menonton rancangan itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi hon kereta dari luar.

"Lily!"satu suara memanggilnya.

"Siapa pula yang panggil aku ni? Macam kenal,"kata Lily.

Lily terus membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Rose, Marco, Albus dan James berada di dalam sebuah kereta. Marco menjadi pemandu kereta itu.

"Hei, Lily! Dengar khabar makcik kau pergi bercuti kan?"kata Marco.

"Daripada kau buang masa duduk seorang diri di dalam rumah, baik kau fly dari sini pastu bermalam dekat rumah kami."

"Betulkah ni?"tanya Lily.

Rose mengangguk.

"Terima kasih! Kosabarjap!"kata Lily lalu bergegas ke biliknya.

Dia segera mengemas bagasinya dan membawa Jackson bersama.

Lily terus menulis nota dan melekatkannya pada televisyen. Selepas itu, dia terus mengunci dan meletakkan kunci rumah ke dalam kotak kecil berdekatan dengan pintu.

Lily terus masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Marco dan lari dari 'penjara' nya itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now