DDH 4: Perasaan

70 2 0
                                    

Perpustakaan

Rose dan Chanyeol sedang mencari maklumat tentang tugasan seterusnya. Mereka meneliti setiap bait perkataan yang terdapat dalam buku yang mereka cari.

"Hurmm...aku rasa kau patut minum posyen, Richard,"kata Rose.

"Posyen?"kata Chanyeol. "Untuk apa?"

"Masa yang diambil untuk membuka ikatan tali tu sangat lama jadi kau perlu minum posyen supaya kau dapat bertahan di dalam air untuk jangka masa yang lama,"kata Rose.

"Posyen apa yang aku patut minum?"tanya Chanyeol.

"Posyen Aqua,"Rose terus mengeluarkan sebotol posyen kecil yang berwarna biru dari poket jubahnya. Dia memberikan posyen tersebut kepada Chanyeol.

"Bila aku boleh minum posyen ni?"tanya Chanyeol.

"Esok, sebelum pertandingan,"kata Rose. "Simpan posyen tu elok-elok."

"Okay,"kata Chanyeol lalu menyimpan posyen tersebut ke dalam poket jubahnya.

Jong Dae datang untuk menyampaikan sesuatu.

"Maafkan saya, di mana Roseanne Park?"tanya Jong Dae.

"Roseanne Park di asrama,"kata Rose.

"Baik,"kata Jong Dae. "Aku pergi dulu."

Jong Dae berlalu pergi.

"Aku rasa mereka dipanggil oleh McGonagall tentang tugasan tersebut,"kata Rose.

"Ya,"kata Chanyeol.

Asrama Gryffindor

Semasa mereka memasuki asrama tersebut, Flavia sedang bersantai sambil melukis lukisan yang masih belum disiapkan oleh Perempuan Gemuk yang sering duduk di dalam potret tersebut.

"Hei, Rose!"kata Flavia. "Hei, Richard!"

"Hai!"kata mereka berdua.

"Kamu dari mana?"tanya Flavia. "Dating?"

"Eh, taklah!"kata Chanyeol. "Kami dari perpustakaan."

"Oh baiklah, saya faham,"kata Flavia. "Perempuan Gemuk tu masih belum pulang agaknya."

"Dia di mana?"tanya Rose.

"Saya dengar dia dah berpindah ke lukisan lain...bukan di sini tapi di Kementerian Sihir,"kata Flavia.

"Kenapa?"kata Rose.

"Dia merajuk kot,"kata Flavia sambil ketawa. "Saya kan selalu rosakkan lukisan dia."

"Baiklah kata laluan?"tanya Flavia.

"Jelly bean,"kata Rose.

"Okay, kamu berdua boleh masuk,"Flavia mengeluarkan alat kawalan jauh lalu menekan punat sehingga membuatkan pintu asrama tersebut terbuka dengan sendirinya.

Rose dan Chanyeol pun masuk.

"Zaman sudah modenlah,"kata Chanyeol. "Alat kawalan jauh pun boleh digunakan untuk membuka pintu tu."

Lisa keluar dari bilik lalu berjumpa dengan mereka.

"Lily ada di dalam tak?"tanya Rose.

Lisa menggeleng.

"Habis tu?"tanya Rose.

"Ni lah, aku nak bagi tahu dengan kau ni,"kata Lisa. "Dia kena panggil dengan Profesor McGonagall tadi."

"Kenapa?"tanya Chanyeol.

"Katanya berkaitan tentang Triwizard,"kata Lisa.

Lisa terus berlalu pergi.

"Kalau Lily pun terlibat dalam tugasan esok, siapa yang akan selamatkan dia?"tanya Chanyeol.

"Mungkin kau,"kata Rose.

"Bagaimana dengan Chaeyoung?"tanya Chanyeol lagi.

"Bukankah William akan selamatkan dia?"tanya Rose.

"William?"kata Chanyeol. "Apa kaitan William dengan Chaeyoung?"

"William kan teman lelaki Chaeyoung,"kata Rose. "Kau yang kata hari tu."

"Eh yalah,"kata Chanyeol. "Tapi William kan ada kawan baik dia."

"Siapa?"tanya Rose.

"Si Ryan tu,"kata Chanyeol.

"Aku tak pastilah pula,"kata Rose.

Lily datang.

"Lily,"kata Chanyeol.

"Apa yang Profesor McGonagall cakapkan kepada kau?"tanya Rose.

"Aku akan terlibat dalam tugasan seterusnya esok,"kata Lily.

"Siapa yang akan selamatkan kau?"tanya Rose.

"Richard,"kata Lily.

Chanyeol terdiam.

"Tunggu...tunggu. Richard?"tanya Rose. "Kenapa Richard? Bukankah kau bersama Edison sekarang?"

"Kami berkawan saja dan aku tak tahu apa sebab Profesor McGonagall pilih aku untuk next task nanti,"kata Lily.

Chanyeol terus mendiamkan diri.

"Aku rasa mungkin pemilihan secara rawak,"kata Chanyeol.

"Yalah, mungkin,"kata Rose.

"Siapa lagi yang terlibat dalam tugasan tu esok?"tanya Rose.

"Roseanne, Valentino dan Lola,"kata Lily.

"William akan selamatkan Roseanne,"kata Lily. "Zeenavie akan selamatkan adik dia, Lola"

"Jadi, Rafaela akan selamatkan adik dia si Valentino tu lah?"tanya Chanyeol.

"Ya,"kata Lily.

"Kami akan bertahan di sana sampailah kamu semua dapat selamatkan kami,"kata Lily.

Chanyeol memeluk tubuhnya sambil berfikir. Lalu, dia memandang Lily.

"Tentu Profesor McGonagall tahu tentang perasaan aku kat dia,"kata Chanyeol dalam hati.

"Hmm,"kata Chanyeol. "Baiklah kalau begitu."

"Aku naik dulu,"kata Chanyeol. Chanyeol terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Kini, tinggal Lily dan Rose lagi yang berada di ruang tersebut.

"Kau rasa sesuatu yang ganjil tak?"tanya Rose.

Lily mengangguk.

"Sebab Profesor McGonagall tentu akan pilih orang yang mereka sayang,"kata Rose.

"Aku rasa...mungkin Richard sukakan aku,"kata Lily.

Rose membulatkan matanya.

"Macam mana kau tahu?"kata Rose.

"Ini baru andaian,"kata Lily. "Tapi jangan-janganlah dia nak-"

"Aku rasa dia sukakan kau sebagai sahabat sahaja,"kata Rose.

"Ya,"kata Lily. "Kami tak ada apa-apa pun."

"Dia pun sahabat yang baik,"kata Rose.

"Jomlah kita naik,"Lily mengajak Rose menaiki tangga menuju ke bilik mereka.

Chanyeol mendengar perbualan mereka dari celah pintu sambil menahan sebak.

"Aku cuma sahabat baik dia je,"kata Chanyeol. "Aku nak bahagiakan kau, Lily...itu sahaja"

Tao yang masih belum tidur melihat Chanyeol yang mengelap air matanya. Dia juga mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Chanyeol.

Hal ini membuatkan Tao berasa resah.

"Chanyeol nak rampas Lily?"kata Tao dalam hati. "Jangan-janganlah dia ada niat nak rampas bakal kekasih aku."

Tao terus tidur.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now