DDH 2: The Sacred Book of Marmalade

96 11 2
                                    

Lily masih bertahan di dalam mulut Basilisk itu. Dia terus keluar dan mengambil Tao lari dari terowong itu. Basilisk itu terus mengejar sambil mengerang kesakitan. Darah hitam pekat terpancut keluar dari mulutnya.

"Jasper, panah sekarang!"arah Lily.

Yoongi terus mengeluarkan busur dan panah lalu memanah bahagian mata Basilisk itu.

Basilisk itu terus mengerang kesakitan dan mengoyangkan kepalanya. Lily mengambil peluang untuk memancung kepala Basilisk itu. Basilisk kedua peliharaan Salazar yang diwariskan kepada Delphini akhirnya tumbang selepas sekali hayunan pedang daripada Lily berjaya memisahkan kepala dan badan Basilisk itu.

Delphini memandang bangkai Basilisk itu dengan wajah yang tergamam. Kemarahan mula membuak dalam dirinya sekaligus mengambil Aurora dan menghalakan tongkat sihirnya pada kepalanya.

"Basilisk aku dah tak ada. Tapi aku masih ada bakal korban aku!"kata Delphini.

"Jangan sesekali apa-apakan dia!"kata Lily.

Delphini terus mencanpakkan Aurora ke lantai dan menghalakan lagi tongkat sihir ke arahnya. Aurora kini dalam keadaan tenat dan mukanya menjadi pucat.

"Aurora! Aurora!"Lily segera mendapatkan Aurora dan membiarkan Yoongi menjaga Tao yang semakin tenat.

"Kalau dia mati, azimat keluarga kau akan jadi milik aku,"kata Delphini sambil memegang azimat itu.

"Sanggup kau taruhkan orang lain demi warisan keluarga aku, bodoh!"jerkah Lily.

Delphini hanya tertawa sinis.

"Dan aku akan biarkan sesiapa sahaja dari korang bertiga untuk bunuh aku...cabarlah aku kalau kau semua berani,"kata Delphini.

Lily terus mencari cara untuk membunuh Delphini. Matanya melilau melihat di sekeliling ruang itu. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah buku kulit kambing di sebelahnya.

~~~

"Apa ni?"tanya Lily. "Ie tortuk nie kortumn akrifat de adamme nir marmalade"

"Sebuah buku berisi azimat dan makrifat daripada Keluarga Marmalade,"kata Yoongi. "Buku azimat yang asli!"

"Jadi buku yang Delphini pegang tu?"bisik Lily.

Yoongi memandang ke arah buku yang dipegang Delphini itu.

"Buku tiruan, maybe"bisik Yoongi. "Mari lihat apa yang ada dalam buku ni."

Mereka terus membelek ke halaman pertama buku tersebut.

"Mie di kortumn si que ya,"kata Lily.

"Azimat yang tidak akan diubah,"kata Yoongi.

Mereka terus membaca satu persatu halaman tersebut.

"Qi eusta mie ya zher.Ra'ern dast ta nawa bensan tras tar Yann,"kata Lily.

"Apa yang jahat akan sentiasa jahat,apa yang baik akan sentiasa baik,"kata Yoongi.

Mereka terus membelek buku tersebut.

"Ada 9 halaman dalam bahasa Sta,"kata Lily. "Susah sangat nak baca."

"Mari kita cari jawapan dalam buku ni,"kata Yoongi.

"Kejap,"Lily berhenti membelek bukunya apabila dia ternampak satu perenggan sebuah esei yang panjang pada halaman ke 225 buku tersebut.

"Apa ni?"tanya Yoongi hairan.

"Jika seorang yang jahat itu memang jahat, dunia ini akan sengsara. Jika yang jahat itu sebenarnya terlahir dari seorang yang tidak bersalah maka pengampunan akan dikenakan terhadapnya dan jika pengampunan dilakukan maka buku ini perlu digunakan untuk menghalau semangat jahatnya. Pada bahagian belakang buku ini, ada sehelai halaman buku yang kosong dan tidak ada cacat cela. Tikamlah bahagian tersebut dengan tongkat sihir maka semangat yang jahat akan hilang,"kata Lily. "Mengarut."

"Hm kau rasa darah akan keluar tak?"kata Yoongi lagi.

Lily hanya mengangkat bahunya. Lily terus membelek halaman belakang buku itu lalu mengambil tongkat sihirnya.

"Apa kau nak buat tu! Aku belum sedia untuk pengampunan!"kata Delphini.

Lily segera menikam halaman itu. Darah hitam pekat keluar dari halaman itu.

Satu cahaya terpancar keluar dari tubuh badan Delphini. Dia menjerit merayu kepada Lily untuk berhenti.

"T-T-Tolong aku!"kata Delphini.

"THIS IS WHAT YOU DESERVE, YOU B*TCH!"jerit Lily. "KAU SANGGUP GUNAKAN HARTA KELUARGA AKU DEMI KEPENTINGAN KAU!"

"KAU SEMUA MEMANG TAK PEDULI DENGAN AKU! TAK APA! AKU AKAN KEMBALI SATU HARI NANTI! KAU TUNGGU MARMALADE! KAU TUNGGU! AKU AKAN BUATKAN KAU SENGSARA!"jerit Delphini.

Dengan serta-merta tubuh badannya mula bercerai satu persatu dan bertukar menjadi cebisan-cebisan halus yang terbang melayang ke udara.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now