DDH 3: Penemuan

79 8 0
                                    

Semasa Lily sedang berbaring di atas katil, dia sedang ligat memikirkan tentang kehilangan abangnya. Selain itu, sifatnya yang agak aneh juga membuatkan dirinya bertambah hairan.

"Apa sebenarnya yang menyebabkan dia menjadi begitu?"monolog Lily.

Tiba-tiba, idea Peta Marauders terus muncul dalam mindanya.

Lily memetik jari. "Peta Marauders tu! Mungkin aku boleh kesan di mana Adner!"

Lily terus bangun dan mengambil Peta Marauders dari beg galasnya.

"I solemnly swear that I'm up to no good,"kata Lily sambil menghalakan tongkat sihirnya pada peta itu.

Peta itupun terus dibuka. Kelihatan lakaran bangunan Hogwarts bersama nama-nama setiap pelajar dan staf muncul pada peta itu. Lily terus mencari nama Adner pada peta tersebut.

Lily membentang luas peta tersebut apabila dia masih belum menemui nama lelaki itu. Nama Adner tidak ada di kawasan bangunan Hogwarts. Lalu Lily meneruskan pencariannya di kawasan Hutan Larangan.

Tiba-tiba, pandangan mata Lily bertumpu pada nama yang dicari-cari olehnya. Nama itu tertulis Adner Marmalade yang berada di kawasan pedalaman hutan itu.

Lily bingkas bangun dari katilnya dan berlari keluar dari asrama untuk mencari Luhan. Lily ternampak sekumpulan auror sedang duduk sambil bercerita di kawasan laluan keluar sekolah itu.

"Maafkan saya, di mana auror Luhan?"tanya Lily kepada sekumpulan auror itu.

"Dia ada di pondok Hagrid sekarang,"kata salah seorang auror perempuan itu.

"Terima kasih,"Lily terus berlari ke arah pondok Hagrid.

Sesampainya di pondok Hagrid, Lily memanggil nama Luhan berkali-kali.

"Luhan! Luhan!"panggil Lily.

Luhan yang sibuk bercerita dengan Hagrid terus menoleh ke arah Lily.

"Kenapa Lily?"tanya Luhan.

"Saya dah tahu di mana abang saya sekarang,"kata Lily lalu terus membentangkan Peta Marauders itu kepada Luhan dan Hagrid.

"Sekarang dia di kawasan pedalaman Hutan Larangan. Tempat banyak centaurus tinggal,"kata Lily.

"Kita dah jumpa di mana dia. Bagus saya panggil kawan-kawan saya sekarang,"kata Luhan lalu berlari ke arah kawan-kawannya.

"Jauh sangat Adner lari. Hm, dari mana kamu dapat peta ni?"tanya Hagrid kepada Lily.

"Er...saya dapat daripada Albus. Katanya peta ni kepunyaan datuknya...hehe,"kata Lily dengan sedikit gelabah.

Hagrid menggeleng.

"Peta Marauders. Wormtail, Moony, Padfoot dan Prongs,"kata Hagrid. "Hm peta ni memang banyak kegunaannya pada kamu."

"Ya pak cik,"kata Lily.

~~~

"Kumpulkan semua pasukan auror! Kita akan ke Hutan Larangan dengan penyapu terbang masing-masing!"arah Harry kepada semua auror yang mengawal.

Semua auror terus mengambil penyapu terbang masing-masing lalu bersedia untuk terbang ke kawasan yang ditanda.

"Luhan, kamu akan pegang alat pengesan ni,"Harry memberikan alat pengesan itu kepada Luhan.

"Baik, tuan!"kata Luhan.

Mereka semua terus terbang ke kawasan pedalaman hutan itu.

Semasa mereka sedang mencari Adner, tiba-tiba salah seorang auror menemui sarang ular itu di kawasan tengah Hutan Larangan.

"Tuan, kami ada nampak sebuah sarang ular yang besar di bawah ni!"kata auror lelaki itu.

"Mari kita turun dan siasat,"kata Harry lalu mengajak semua auror turun ke bawah.

Mereka sedang memeriksa sarang itu lalu menemukan beberapa ekor anak ular yang telah mati. Lalu mereka pun mula buntu.

Tiba-tiba, Luhan ternampak satu jejak tapak kaki berdekatan dengan sarang itu.

"Tuan,"Luhan memanggil Harry. Harry menoleh ke arah Luhan. "Kita dah jumpa jejak tapak kaki Adner."

"Kita ikut jejak tu,"Harry terus mengetuai kumpulan auror itu.

~~~

McGonagall dan Keiling sedang menunggu di perkarangan Dewan Besar. Semua staf Hogwarts juga berada di situ. Mereka menunggu dengan hati yang gusar.

"McGonagall, saya rasa perkara ini perlu dibincangkan selepas Adner ditemui,"kata Keiling.

"Tapi Lily tidak membuat kesalahan dan Peta Marauders itu telah menyelamatkan abang dia,"kata McGonagall.

"Bukan soal peta tu. Tentang Adner. Rancangan dia untuk membunuh adik dia,"kata Keiling. "Kita kena bawa Adner untuk berbincang."

Kebetulan pula, Lily, Albus, Rose dan Scorpius berjalan di belakang mereka. Mereka berempat mendengar perbualan itu.

"Lily, kau dah bantu auror tu,"kata Rose.

"Macam mana dengan peta tu?"kata Lily kepada Albus.

"Ayah aku tak marah,"kata Albus.

"Nasib baik..."kata Lily sambil mengusap dadanya.

"Haha ya,"kata Albus.

~~~

Akhirnya, mereka menemui Adner di kawasan tengah hutan yang tebal itu.

"Kita dah masuk ke kawasan Hutan Darkshire,"kata Harry. "Itu dia, Adner!"

Adner kelihatan terbaring lemah. Pakaiannya koyak rabak dan dipenuhi dengan kotoran lumpur. Rambutnya yang kusut masai membuatkan dirinya kelihatan sungguh kasihan.

Harry terus mendukung Adner yang tidak sedarkan diri dan pulang bersama penyapu terbangnya. Auror-auror yang lain pun mengikuti mereka.

Perkarangan Dewan Besar

Mereka telah sampai pada waktu malam bersama Adner. McGonagall dan Keiling bergegas mendapatkan Adner.

"Adner tak sedarkan diri. Kita patut bawa dia ke Sayap Hospital,"kata Harry kepada McGonagall.

Adner terus dibawa ke Sayap Hospital.

"Mereka dah bawa abang aku ke bilik rawatan,"kata Lily.

"Selepas dia pulih, dia akan disoal siasat,"kata Rose.

"Kenapa dia kena soal siasat?"tanya Albus.

"Mungkin mereka mahu tahu apa yang telah menyebabkan Adner dilarikan ke sana,"kata Rose.

"Ramai orang yang tak faham apa yang tersirat dalam dirinya,"kata Lily. "Termasuklah aku...aku tak tau kenapa dia nak bunuh aku."

Rose dan yang lain hanya menundukkan kepala mereka ke bawah.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now