DDH 2: Bilik Bawah Tanah

126 14 0
                                    

Mesut menuruni tangga bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka pun segera ke bilik bawah tanah yang terletak di dapur.

Lelaki itu terus membuka pintu bilik bawah tanah dan menuruni tangga sekali lagi memuju ke ruangan yang agak gelap dan terpencil itu.

"Jauhnya tempat tu,"kata Marco.

"Tak jauh pun,"Mesut terus mengeluarkan tongkat sihirnya.

"Lumos!"

Cahaya keluar dari tongkatnya.

"Uish lawa siak tempat ni,"kata Scorpius sambil meneliti setiap barangan antik di dalam bilik bawah tanah itu.

"Aku nak tunjukkan korang semua peta ni,"Mesut terus mengambil segulung kertas dan membentangkannya di atas meja.

"Bilik Rahsia Salazar? Like seriously?"kata Marco yang membaca tajuk peta itu.

"Inilah bilik rahsia Salazar Slytherin yang selama ini dia sembunyikan. Godric, Rowena dan Helga tak tahu pun tentang benda ni,"kata Mesut.

"Tambahan pula, bilik ni  merupakan tempat Salazar mendapatkan kuasanya."

"Dan bilik ini jugalah yang menempatkan Basiliks iaitu haiwan peliharaan Salazar,"kata Rose.

"Bukan Basiliks dah mati ke?"tanya Albus yang sememangnya tahu tentang kematian Basiliks itu kerana dibunuh oleh ayahnya.

Apatah lagi dengan Lily yang malas mengambil tahu akan benda itu kerana dia sudah banyak kali mengkhatamkan buku Lagenda Harry Potter tahun lalu. Buku itu begitu laris dijual di Diagon Alley. Nasib baik si Marmalade ni sempat beli, kalau tak melepaslah dia nak baca buku idola dia tu.

"Dengarnya dalam bilik tu ada satu lagi Basiliks yang tinggal,"kata Rose.

Lily membulatkan matanya.

"Ouh...wow! Oh wow! Jadi selama ni kita ditipu oleh akhbar Daily Prophet lah ni?"kata Marco.

Yang lain pun mengangguk perlahan. Semasa mereka khusyuk meneliti peta itu, seorang budak perempuan bermata bundar, berkulit cerah, berambut hitam ikal mayang dan bentuk telinganya yang kelihatan seperti elf sedang mengintai mereka.

Budak itu berjalan terjingkit-jingkit dan memperlahankan pergerakan agar tidak diketahui oleh mereka. Tiba-tiba, tangannya terlanggar sebuah pasu kaca dan pasu itu hampir pecah. Namun sempat diselamatkan olehnya.

Mesut dan yang lain pun menoleh ke arahnya.

Mesut membuat pandangan tajam ke arah budak perempuan itu.

"Aurora!"katanya. "Berapa kali abang dah pesan jangan intip abang kalau abang ada kerja."

"Apa kerja yang abang buat ni?"tanya Aurora, adik kepada Mesut.

"Tak payah nak taulah!"Mesut terus menolak adiknya sehingga menyebabkan adiknya terjatuh.

Aurora hampir menangis. Dia terus berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Budak tu sampai sekarang belum berubah,"Mesut mengeluh.

"Adik kau?"tanya Lily kepada Mesut.

Mesut mengangguk.

"Dia tu degil. Degil plus bodoh. Entah macam mana nak insafkan dia,"Mesut menggeleng.

"Tak baiklah kau cakap macam tu dekat adik kau,"tegur Marco. "Sian dia."

"Apa boleh buat?"balas Mesut dengan selamba.

Yang lain hanya mampu mendiamkan diri.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now