DDH 4: Acara Penghujung Tahun

65 3 0
                                    

"Baiklah semua pelajar. Pada penghujung tahun ini, kita akan adakan majlis makan malam,"kata McGonagall. "Ataupun lebih dikenali sebagai malam Yule."

"Malam Yule adalah sambutan yang wajib sepanjang Triwizard. Jadi apa yang saya mahu kamu buat sepanjang malam itu adalah pilihlah pakaian yang cantik dan carilah teman kamu kerana kita akan ada malam tari-menari,"kata McGonagall.

"Sudikah kau menjadi teman aku nanti?"tanya Stuart kepada Rose.

"Errr...tengok dulu macam mana,"kata Rose.

~~~

Lily yang memakai gaun berwarna putih salji sehingga menampakkan bahagian bahunya sedang menggayakan rambutnya dengan gaya braid ala Perancis.

Rose yang kelihatan anggun dengan gaun merah jambu milik ibunya itu sedang berdiri sambil memerhatikan Lily yang masih menggayakan rambutnya.

"Kau nampak cantiklah,"kata Rose.

"Terima kasih,"kata Lily selepas selesai menyiapkan diri.

Solekan yang ringan di wajahnya juga menampakkan kecantikan semula jadi yang ada pada dirinya.

"Kau dah pakai kasut?"tanya Rose.

"Eh, belum!"Lily terus mengambil kasut tumit tingginya yang diperbuat daripada kaca dan berwarna jernih.

"Untunglah,"kata Rose sambil tersenyum.

"Aku dapat semua ni daripada Profesor McGonagall,"kata Lily. "Profesor beli di Paris semasa cuti musim panas. Dia mahu hadiahkan pakaian ini kepada aku."

"Baiknya profesor,"kata Rose. "Oh ya, aku tahu macam mana nak tambahkan lagi kecantikan kau!"

"Macam mana?"tanya Lily.

Rose terus mengeluarkan tongkat sihirnya lalu menghalakan tongkat tersebut ke arah pakaian Lily. Dengan serta-merta, pakaian Lily yang putih salji itu berkilau dengan beberapa butir permata putih yang ada pada gaunnya.

"Wah! "Lily tergamam.

Rambut braidnya juga dihiasi dengan kilauan permata putih yang begitu cantik.

"Sekarang kau lakukan ini untuk aku pula,"kata Rose.

Lily terus mengeluarkan tongkat sihirnya lalu menghalakan tongkat tersebut ke arah Rose.

Dengan serta-merta, Rose kelihatan sungguh cantik dengan gaun merah jambunya yang kini dihiasi dengan kilauan merah sherbet dan dan potongan gaun tersebut juga telah berubah. Gaun Rose kelihatan sedikit kembang pada bahagian bawah sehingga menjadikan Rose seperti puteri diraja.

"Kau sungguh cantik, Rose!"Lily memuji Rose.

"Tak, kau yang cantik,"kata Rose. "Lihatlah pakaian kau yang bersinar tu."

Lily melihat dirinya di cermin. Dirinya kelihatan seperti puteri diraja yang tinggal di kerajaan salju.

"Aku juga begitu cantik,"kata Lily. "Jom kita keluar dari asrama ni."

"Jomlah,"kata Rose.

"Oh ya!"kata Lily. "Siapa teman kau nanti?"

"Aku tak tahu,"kata Rose. "Mesti Edi kan yang akan temankan kau?"

Lily mengangguk sambil tersenyum.

"Aku tak sabarlah nak tunjukkan pakaian ini kepada yang lain!"kata Rose.

Mereka berdua terus keluar dari bilik mereka dan menuju ke ruang utama asrama Gryffindor.

Kelihatan Ariana yang tampak begitu jelita dengan gaun biru muda ala puteri Cinderella dan rambut ponytailnya sedang menyembur minyak wangi pada dirinya sendiri.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now