DDH 2: Kembara

121 14 1
                                    

"Jom ikut aku ke Diagon Alley, cuti musim panas dah nak habis tak lama lagi,"kata Mesut sambil memakai mantel pengembaraannya.

Lily kelihatan sudah lelah kerana tenaganya habis setelah puas berjalan tadi.

"Dan aku tak tau nak beli apa,"Marco mencelah.

"Kasihannya kau Marco. Susah payah mak bapa kau kirimkan duit 500 Galleon dari Jerman untuk kau tapi kau tak pernah guna pun untuk beli barang keperluan,"kata Rose.

Marco rasa meluat dengan kata-kata Rose itu. Mahu disekeh sahaja kepala sepupunya yang disangkakan bulat itu.

Mereka terus mendapatkan kuda di kandang yang berdekatan dengan sebuah padang yang luas. Semasa Mesut menaiki kuda arabnya, ayahnya memanggil.

"Mesut! Jangan lupa ambil adik kamu tu. Tahun ni dia akan belajar di Hogwarts,"kata Sahar.

Kata-kata itu membawa kepada bunyi menggeram daripada Mesut yang sama sekali tidak mahu membiarkan adiknya yang satu itu mengikutinya.

Mesut kelihatan keberatan lalu terus membawa adiknya menaiki kuda miliknya itu. Mereka pun menunggang menuju ke Diagon Alley.

~~~

"Kau pasti ke jalanan hutan ni akan bawa kita ke Diagon Alley?"tanya Marco yang masih bengang.

"Aku kan selalu ikut jalan ni. No worry mah,"kata Mesut dengan loghat Manglishnya yang kedengaran pekat sekali.

Tentu pelik bagi yang lain tetapi bagi Mesut, dia sudah biasa untuk bertutur slang sebegitu. Bagi Tuan Sahar, slang sebegitu sangat rojak apatah lagi jika penggunaannya semakin berleluasa dalam kalangan remaja masa kini.

Kesian Tuan Sahar, menanggung malu akibat anaknya juga bercakap dalam Manglish. Ehe.

Suasana di hutan itu nampak menakutkan. Pokok-pokok yang rendang dan daun-daun kering memenuhi jalanraya. Kelihatan sebuah rumah agam yang terletak di puncak bukit di hadapan mereka.

"Siapa pemilik rumah ni?"tanya Lily.

"Auror Huang,"kata Mesut.

"Auror Huang?"tanya Lily lagi.

"Auror Huang Zi Han, bapanya Edison Huang,"kata Marco.

"Ooo..."mulut Lily terus melopong.

"Adalah yang berbapa mertuakan dengan auror nanti,"Scorpius menyindir rakan perempuannya itu.

Lily terus menyiku bahu Scorpius tanda tidak suka dengan sindirannya. Scorpius pula hanya ketawa terbahak-bahak.

Semasa dalam perjalanan, telinga Aurora bergerak dari atas ke bawah. Dia tunduk lalu termenung.

"Aurora?"tanya Mesut. Mesut terus mengoncangkan badan adiknya.

Aurora mendongak. Dia memandang abangnya lalu tersenyum girang.

"Kita nak cari unikorn,"kata Aurora sambil mencebik.

"Jangan merepeklah. Mati-mati abang ingat Aurora pengsan tadi,"kata Mesut.

Aurora terus membaringkan dirinya di bahagian belakang Mesut sehingga membuatkan Mesut berasa tidak selesa. Muka yang menjengkelkan dibuatnya. Marco melihat air muka Mesut itu sambil menahan ketawanya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now