Hari pertama bagi sesi persekolahan baharu di Hogwarts berjalan dengan lancar. Lily yang dipanggil oleh McGonagall terus datang ke pejabatnya. Selepas memberikan kata laluan tangga dan mengetuk pintu, Lily terus masuk ke dalam pejabat McGonagall sambil menyapa beliau.
"Selamat pagi, profesor,"kata Lily.
"Selamat pagi,"kata McGonagall.
"Kenapa profesor panggil saya ke sini?"kata Lily.
"Saya nak kamu tolong saya untuk berikan buku-buku kerja Transfigurasi ini,"McGonagall terus mengambil buku-buku pelajar yang bertimbun di atas mejanya.
"Untuk tidak membebankan kamu, kamu hanya berikan sebahagian buku ini kepada pelajar Gryffindor sahaja,"kata McGonagall.
"Dari tahun kedua sampai tahun terakhir?"tanya Lily.
McGonagall mengangguk."Oh ya, saya ada tujuan lain untuk memanggil kamu ke sini."
"Apa tujuan lain tu profesor?"tanya Lily.
"Berkenaan dengan kes tahun lalu tu, saya mahu berikan medal penghargaan kepada kamu semua yang berjaya membantu auror menyelesaikan kes tersebut,"McGonagall memberikan sebuah kotak yang berisi medal-medal tersebut.
"Dalam medal tu ada tertulis nama kamu,"kata McGonagall sambil tersenyum.
"Terima kasih profesor,"kata Lily sambil tersenyum.
"Sama-sama,"kata McGonagall. "Apa khabar abang kamu sekarang?"
"Dia baik-baik saja. Lama juga dia berkelana di Romania tu,"kata Lily.
"Harap sahaja dia tidak dipanggang hidup-hidup oleh naga di sana,"kata McGonagall sambil membelek helaian akhbarnya.
~~~
Suasana ruang utama asrama Gryffindor riuh rendah sekali apabila ramai pelajar yang sibuk bercerita tentang Triwizard.
"Hei, had umur penyertaan nanti akan diturunkan kepada 15 tahun! Jadi, pelajar yang mengambil O.W.L pun boleh ikut!"kata Jennie Kim, pelajar tahun kelima yang berbangsa Korea.
"Jadi kau nak ikutlah ni, Jennie?"tanya Ariana.
"Err...aku takutlah,"kata Jennie yang tersipu malu.
"Tapi hanya ada seorang peserta dari setiap rumah yang boleh ikut acara ni kan?"tanya Lisa.
Semua pelajar mengangguk laju.
"Korang rasa siapa yang layak dari rumah kita?"tanya Jong Dae.
Semua menudingkan jari mereka ke arah Chanyeol yang sibuk bermain gitar. "Richard!"
"Apa?"tanya Chanyeol.
"Saya rasa awak layaklah ikut pertandingan tu,"kata seorang pelajar lelaki tahun pertama kepada Chanyeol.
"Saya? Acara apa ni?"tanya Chanyeol yang masih hairan.
"Apa lagi kalau bukan Kejohanan Triwizard,"kata Tao. "Aku setuju kalau Chanyeol yang ikut. Siapa lagi yang setuju?"
Semua pelajar mengangkat tangan mereka.
"Hei, Huang Zi Tao! Hari tu kau kata kat aku yang aku ni tak layak ikut. Tapi kenapa sekarang kau dah nak sokong mereka ni hah?"marah Chanyeol.
Tao terus ketawa. "Itu dulu tapi sekarang dah lain dah."
"Tapi aku rasa ada seorang lagi pelajar yang layak untuk mengikuti kejohanan ini,"kata Lisa.
"Siapa?"semua pelajar mahukan kepastian.
"Bagaimana dengan kau, Tao?"tanya Lisa kepada Tao.
"Aku?"kata Tao.
"Yalah dia pun layak ikut,"kedengaran suara pelajar yang lain berbisik mengenai Tao. "Dia kan anak auror."
"Kamu semua harapkan saya ke ni?"kata Tao lagi.
Lisa mengangguk laju.
"Err...tak naklah,"kata Tao.
"Kenapa?"tanya Jennie.
"Nanti awek aku risau,"kata Tao.
"Ni mesti Lily Marmalade kan,"kata Lisa.
"Ehhh!"kata semua pelajar sambil menudingkan jari mereka ke arah Tao.
Chanyeol terus beredar dan menaiki tangga menuju ke bilik.
"Eh, Chanyeol!"kata Ariana. "Kau nak pergi mana tu?"
"Huh?"kata Chanyeol. "Takdelah. Nak tidur je. Penat."
"Ke kau cemburu ni?"kata Jong Dae. "Sebab kan kau belum ada kekasih."
"Ehhh!"Mereka terus menudingkan jari ke arah Chanyeol.
"Takdelah!"kata Chanyeol dengan muka yang marah. Chanyeol terus masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.
"Kesian Chanyeol,"kata Ariana.
"Kenapa?"tanya Marco.
"Belum ada kekasih,"kata Ariana. "Adik dia yang tahun kedua tu dah ada kekasih dah."
"Chaeyoung?"Jong Dae terkejut. "Dengan siapa?"
"Aku tak tahu pula siapa nama dia tapi yang aku tahu dia dengan seorang lelaki British,"kata Ariana.
"Whoa,"kata Marco.
"Tambahan pula dia tu memang berdarah tulen. Seluruh keluarga dia berdarah tulen,"kata Ariana.
"Wow!"kata Jong Dae.
Tiba-tiba, Lily datang bersama Rose yang membantunya.
"Penghantaran percuma!"kata Lily. "Buku kerja transfigurasi dan medal pengawas!"
Buku-buku kerja tersebut terbang menuju ke arah pemilik mereka masing-masing.
"Medal pengawas?"kata Ariana.
"Medal untuk pengawas yang berjaya menyelesaikan kes Venom tahun lalu,"kata Rose. "Oh, tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar yang terlibat! Kamu tidak dipinggirkan."
"Kalau aku terlibat dalam kes ni, tentu aku pun dapat medal,"kata seorang pelajar perempuan tahun kelima.
Rose dan Lily terus memberikan medal kepada pelajar yang terlibat dalam menyelesaikan kes Venom pada tahun lalu. Semua pelajar mendapat medal kecuali Chanyeol.
"Mana Richard?"tanya Lily kepada Tao.
"Dia di dalam bilik,"kata Tao.
"Tak apa, biar aku berikan medal tu kepada dia,"kata Sehun lalu mengambil medal Chanyeol tersebut.
"Terima kasih, Stephen,"kata Lily.
"Tak ada masalah,"kata Sehun.
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...