DDH 4: Tugasan Seterusnya

63 3 0
                                    

Sambutan parti secara ala kadar diadakan dengan penuh meriah di ruang utama asrama Gryffindor. Semua pelajar mengangkat Chanyeol yang begitu gembira sekali dengan kejayaannya mendapatkan telur emas tersebut.

"Chanyeol, cubalah buka telur tu!"kata  seorang pelajar lelaki tahun keenam.

"Yalah, kami pun nak tengok,"kata Marco.

Chanyeol cuba membuka tetapi dihalang oleh Rose.

"Tunggu!"kata Rose.

"Kau tak boleh buka kat sini!"kata Rose.

"Kenapa?"tanya Chanyeol.

"Telur tu mesti direndam dalam air,"kata Rose.

"Ah, betulkah?"tanya Marco.

"Betul,"kata Rose.

"Cuba kau buktikan,"kata Marco.

"Nantilah. Terlalu ramai orang di sini,"kata Rose.

"Yalah."

Mereka menurunkan Chanyeol lalu masuk ke dalam bilik masing-masing.

Kini, hanya tinggal Chanyeol dan Rose sahaja di ruang tersebut.

"Di mana aku patut rendam telur ni?"tanya Chanyeol.

"Aku ambilkan besen air untuk kau,"Rose terus berjalan ke ruang mandi asrama Gryffindor lalu mengambil sebesen besar air.

~~~

Tidak lama kemudian, Rose datang sambil mengangkat sebesen besar air tersebut.

"Sekarang rendam telur tu ke dalam besen ini,"kata Rose.

Chanyeol merendamkan telur emas itu ke dalam besen secara perlahan-lahan.

"Lepas tu?"tanya Chanyeol.

"Cuba buka,"kata Rose.

Chanyeol terus membuka telur emas itu. Kedengaran suara nyanyian yang merdu datang dari telur emas yang dibuka itu.

Chanyeol terpegun dan tidak mampu berkata apa-apa.

"Suara nyanyian burung ini sangat merdu,"kata Chanyeol.

"Burung?"Rose hairan.

"Yalah, burung kan?"kata Chanyeol.

"Ini bukan burunglah!'kata Rose.

"Suara nyanyiannya seakan-akan burung!"marah Chanyeol.

"Tak!"kata Rose. "Makhluk tu ialah Pixie!"

"Pixie?"Chanyeol terus mengeluarkan telur itu dari besen.

Suara merdu Pixie itu bertukar menjadi suara yang nyaring dan membingitkan.

"Aduh!"kata Chanyeol sambil merendamkan kembali telur tersebut ke dalam besen air.

"Kan aku dah cakap jangan keluarkan!"marah Rose.

Tiba-tiba, Ariana keluar dari bilik.

"Bunyi apa yang nyaring sangat tu?"tanya Ariana.

Pelajar-pelajar yang lain pun keluar dari bilik mereka masing-masing.

"Takde, takde,"kata Chanyeol. "Teruskan dengan mimpi anda semua."

Mereka pun masuk kembali ke dalam bilik mereka.

~~~

Keesokan harinya, Lily, Rose, Albus dan Scorpius sedang berjalan melalui koridor selepas habis kelas posyen. Sudah menjadi rutin harian bagi mereka apabila mereka sibuk bercerita di sepanjang koridor tersebut.

"Kau rasa bila tugasan kedua akan dijalankan?"tanya Lily kepada Rose.

"Kalau mengikut jadual dari Kementerian Sihir, tugasan kedua akan dijalankan pada hari Sabtu kedua pada bulan November,"kata Rose. "Bermakna tinggal tiga minggu dari sekarang."

"Aku dengar tugasan seterusnya lebih mencabar,"kata Scorpius. "Tugasan kedua nanti berkaitan dengan cabaran ketinggian."

Albus, Lily dan Rose melopongkan mulut mereka tanda faham.

"Kau rasa bagaimana dengan Zeenavie sekarang?"tanya Lily.

"Aku tak tahu,"kata Rose.

Dari jauh, kelihatan Billie sedang duduk sambil membaca buku di taman. Empat sekawan itu tadi terus ke tempat Billie.

"Billie!"panggil mereka sehingga membuatkan Billie terkejut dan hampir membuang bukunya.

"Korang ni!"marah Billie. "Buat aku terkejut je!"

"Maaflah,"kata Lily sambil ketawa kecil.

"Kenapa korang datang ke sini?"tanya Billie.

"Bagaimana dengan Zeenavie sekarang?"tanya Rose kepada Billie.

"Dia okey je,"kata Billie. "Tapi dia ada fobia baru."

"Apa tu?"tanya Albus.

"Fobia terhadap naga,"kata Billie. "Kalau kau sebut perkataan naga pun dia takut."

Kebetulan, Zeenavie yang melalui kawasan taman tersebut segera berlari sambil terpekik melolong kerana terlalu takut dengan perkataan naga.

"Teruknya fobia dia,"kata Rose sambil melihat Zeenavie terus berlari sehingga melanggar dinding bangunan.

"Kasihan,"kata Billie. "Tapi Profesor Keiling tetap ikutkan dia walaupun dia didiagnosis gila."

"Dia didiagnosis gila?"Lily kehairanan.

Billie mengangguk.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"tanya Scorpius.

"Fobia yang melampau,"kata Billie.

~~~

"Kau rasa buku ini tak dijampi ke?"tanya Rose kepada Jong Dae.

Jong Dae menggelengkan kepalanya.

"Buku tu aku dah tutup jampinya,"kata Jong Dae.

Rose terus membuka buku tersebut. Tiba-tiba, Albus keluar dari buku tersebut lalu melompat turun dari meja.

"Albus!"kata Rose.

Jong Dae berpaling lalu terkejut.

"Macam mana jampi tu belum ditutup?"kata Jong Dae. "Oh ya! Aku lupa. Aku sepatutnya tutup jampi buku yang kau pegang tu tapi aku salah buku pula...HAHAHAH!"

Ketawa Jong Dae itu membuatkan Rose menyampah dengannya.

"Hei kenapa kau datang ke sini?"tanya Jong Dae kepada Albus.

"Aku kena kejar dengan Hayley,"Albus cuba mengambil kembali nafasnya yang hilang. "Aku kenakan dia tadi. Tak pasal-pasal dia panas baran dan terus kejar aku."

"Mentang-mentang dia cakap aku bertulang lembik,"kata Albus lagi.

Rose dan Jong Dae ketawa.

"Memang padanlah dengan perangai dia tu!"kata Jong Dae. "Suka sangat meninggi diri."

"Aku dah dapat tahu apa yang akan berlaku pada tugasan kedua nanti!"kata Albus.

"Apa? Apa?"Rose menanti dengan perasaan yang teruja.

"Tugasan kedua akan diadakan di bukit tinggi di belakang menara Ravenclaw. Kawasan tersebut berdekatan dengan pergunungan,"kata Albus.

"Wah, tentu kawasan di sana sejuk kan?"kata Rose.

"Ya,"kata Jong Dae.

"Tambahan pula, aku dengar menara kayu sudah dibina di sana,"kata Albus.

"Jadi bagaimana dengan tempat duduk penonton?"tanya Jong Dae.

"Aku tak pastilah pula dengan tempat duduk penonton,"kata Albus.

"Mungkin disediakan,"kata Rose.

"Oh okay, faham,"kata Jong Dae.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now