DDH 4: Pertandingan Bermula

62 5 0
                                    

Pusingan pertama bagi pertandingan Triwizard telah pun bermula. Pada tugasan pertama, peserta perlu berhadapan dengan naga untuk mendapatkan telur emas yang dijaga oleh naga tersebut.

Dengar khabar, naga-naga yang diimport dari Romania ini sangat liar dan ganas. Mampukah para peserta menghadapi cabaran dari naga ini?

Suasana di kawasan stadium di luar Hogwarts sangat meriah dengan kehadiran semua warga Hogwarts.

~~~

Khemah Gryffindor

Chanyeol yang memakai jaket Gryffindor duduk sambil menghela nafas panjang untuk menghilangkan rasa takutnya.

Sehun masuk ke dalam khemah sambil membawa sebotol air minuman untuk diberikan kepada Chanyeol.

"Aku tahu kau takut,"kata Sehun. "Minumlah."

Chanyeol mengambil botol air tersebut lalu meminumnya.

"Terima kasih,"kata Chanyeol.

"Kau dah sedia?"tanya Sehun.

Chanyeol mengangguk. Dia terus mengeluarkan tongkat sihirnya lalu berjalan keluar dari khemah.

Suasana di stadium begitu meriah sekali dengan sorakan dari setiap rumah.

Tao meneropong ke arah Chanyeol yang baru keluar dari khemah Gryffindor itu.

"Itu Chanyeol lah!"kata Tao.

"Di mana?"Mesut terus merampas binokular Tao.

Tao memandang Mesut dengan penuh amarah kerana binokularnya dirampas tanpa pengetahuan Tao sendiri.

Chanyeol memerhatikan keadaan di sekeliling lapangan tersebut. Kelihatan beberapa ekor naga yang sedang berehat dan menjaga telur emas tersebut.

"Selamat datang kepada semua warga Hogwarts. Pada hari ini, kita akan menyaksikan pusingan pertama bagi pertandingan Triwizard."

"Pusingan ini memerlukan peserta untuk berhadapan dengan naga kerana terdapat sebiji telur emas yang diletakkan di dalam sarang naga itu."

"Walaubagaimanapun, naga-naga di sini tidak sejinak yang kamu sangka. Cubalah cari jalan supaya kamu semua mendapat telur tersebut. Semua peserta dipersilakan untuk masuk ke gelanggang. Selamat berjaya!"

Chanyeol, Rafaela, Zeenavie dan William memasuki gelanggang dengan tongkat sihir mereka masing-masing.

Naga-naga tersebut sudah ditandakan dengan nama setiap peserta.

"Habislah Richard,"kata Rose.

"Kenapa?"tanya Lily.

"Dia dapat naga yang paling ganas,"kata Rose. "Pak cik Charlie ada cakap yang mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk menangkap naga ni. Naga ni tinggal di dalam gua yang sangat besar dan tidak pernah keluar selama 200 tahun!"

Lily membeliakkan mata.

"Aku harap dia tak apa-apa,"kata Lily.

"Aku pun,"kata Rose.

~~~

Pertandingan pun bermula. Setiap peserta masing-masing mencari jalan untuk mendapatkan telur emas tersebut. Naga-naga tersebut mula mengganas dan menyerang mereka.

William bersembunyi di sebalik bongkah-bongkah batu yang besar sambil mengintai gerak geri naga Romanianya yang berwarna merah kekuningan itu.

William terus mengacungkan tongkat sihirnya ke arah naga tersebut.

"Confundus!"

Naga tersebut hilang akal buat sementara waktu. Peluang tersebut diambil oleh William untuk mendapatkan telur emasnya.

William berlari dan mengambil telur emas itu lalu segera keluar dari gelanggang. Semua pelajar Ravenclaw bersorak gembira apabila William menjadi orang pertama yang menamatkan cabaran itu.

"Nampaknya William berjaya mengambil telur emasnya,"kata Tao sambil meneropong ke arah William.

~~~

Wakil dari Hufflepuff, Zeenavia Tangs masih kelam-kabut mencari tempat perlindungan. Dia menjerit sekuat hati apabila naga tersebut mula mengeluarkan api.

"TOLONG! TOLONG!"jerit Zeenavia yang mula menangis.

"Alamak, Zee. Fikirkan sesuatu,"kata Stella dari jauh.

Semua pelajar Hufflepuff menumpukan perhatian kepada Zeenavia yang masih menangis teresak-esak kerana terlalu takut dengan naga tersebut kecuali Taehyung yang sibuk menyikat bulu Stuart.

"Taehyung!"marah Stella.

"Apa?"kata Taehyung.

"Orang lain sibuk nak bagi sokongan kepada Zee tapi kau pula sibuk dengan Puff Pigmi kau tu,"kata Stella.

"Biarlah,"kata Taehyung.

Stella mendengus geram.

~~~

Rafaela Ramez yang merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Sihir iaitu Rodrigo Ramez sedang melompat di atas bongkah batu yang tersusun secara tertunggang-terbalik itu.

Pergerakannya yang lincah itu mengaburi mata naga Romania hitam yang begitu malas untuk menyerang mangsanya itu.

Dengan serta-merta, Rafaela terus terjun dari bongkah tersebut dan menuju ke arah sarang naga tersebut untuk mengambil telur emasnya.

Rafaela terus melompat keluar dari gelanggang tersebut disertai dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar Hogwarts.

~~~

Chanyeol yang masih terpinga-pinga segera mengeluarkan tongkat sihirnya. Tangannya yang menggeletar itu tidak dihiraukannya. Chanyeol terus menarik nafas dalam-dalam untuk meredakan ketakutan yang dihadapi olehnya kerana naga yang berada di hadapannya sangat liar.

"Chanyeol,"kata Sehun yang mula risau dengan keadaannya.

Pada ketika itu, semua orang menumpukan perhatian mereka terhadap Chanyeol walaupun tangisan Zeenavie semakin kuat kedengaran.

Chanyeol hanya terus berdiri dan mengacungkan tongkatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Suasana menjadi bising apabila kedengaran beberapa orang pelajar yang mengejeknya dengan nama panggilan, 'Makhluk Yoda' kerana Chanyeol memiliki sepasang telinga yang besar dan runcing seperti orang kenit.

Namun, Chanyeol tidak mempedulikan semua ejekan dan sindiran daripada mereka kerana dia yakin dia boleh mengatasi cabaran tersebut.

"Saya tak sangka anak mendiang Christopher dan Michelle ini dapat berlawan dengan baik,"kata Harry kepada McGonagall.

"Dia gunakan kemahiran perang tanding dengan baik,"kata McGonagall.

"Saya mahu serap dia menjadi auror pada tahun hadapan,"kata Harry. "Prestasi akademik Richard juga sangat bagus."

"Ya, betul kata kamu Potter,"kata McGonagall. "Saya harap dia dapat mencari keadilan bagi kematian ibu bapanya."

"Stupefy!"Chanyeol mengacungkan tongkatnya kearah naga tersebut.

Naga itu jatuh tersungkur ke tanah.

Chanyeol segera berlari namun naga itu bangun lalu menyerangnya. Chanyeol terus bersembunyi di celah batu yang besar lalu mengeluarkan tongkat sihirnya.

"Accio NYX-Apollo!"Chanyeol memanggil penyapu terbangnya yang sangat laju itu.

NYX-Apollo terus datang dan berjaya ditangkap oleh Chanyeol.

Chanyeol terus menaiki penyapu terbangnya dan terbang ke arah sarang naga tersebut. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada sebagai Chaser bagi pasukan Quidditch Gryffindor, Chanyeol terus memperdayakan naga tersebut dan berjaya mengambil telur emas lalu keluar dari gelanggang.

Semua pelajar bersorak gembira dengan kejayaan Chanyeol mendapatkan telur tersebut. Tidak kurang juga yang masih tergamam dengan kehebatannya dalam melawan naga Romania yang sangat liar itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now