DDH 1: Seeker Baru

724 64 3
                                    

"Selamat tengah hari, semua pelajar Hogwarts!"kata seorang wanita berambut pendek berwarna putih yang berjalan di hadapan barisan pelajar rumah Gryffindor, Ravenclaw dan Slytherin.

"Saya Rolanda Hooch, guru kelas terbang kamu."

Scorpius merenung ke arah penyapu Nimbus 2020 miliknya. Senyum kambingnya membuatkan Albus berasa pelik manakala Hayley terus memukul bahu Scorpius.

"Kau ni dah gila ke?"tanya Hayley.

"Apa kau cakap ni Glitch?"Scorpius menjongket kening sebelah kiri.

"Senyum-senyum sendiri. Macamlah dia ada Firebolt,"kata Hayley dengan nada menyindir.

Scorpius terus membuat ekspresi muka jeleknya.

"Baiklah, pelajar. Saya mahu kamu duduk seperti menunggang seekor kuda di atas penyapu kamu...tapi sebelum itu, panggil penyapu kamu dengan perkataan 'naik!',"Puan Hooch memberi arahan kepada mereka.

Semua pelajar sibuk memanggil penyapu terbang mereka. Ada yang menjerit, ada yang berang dan ada juga yang terus bersabar. Albus menjadi pelajar pertama yang mendapat penyapunya disebabkan ketenangannya semasa memanggil penyapu itu. Begitu juga dengan Scorpius. Rose mengalami kesukaran kerana penyapunya teragak-agak untuk naik.

"NAIK!"Rose mula menjerit.

"Panggil dengan penuh perasaan Cik Weasley,"kata Hooch.

Lily? Lagi teruk! Penyapu Nimbus 2019 miliknya terbang ke sana sini mengelilingi dataran kelas terbang itu. Lily cuba untuk menangkap penyapu terbangnya dengan mengejar penyapu itu sehingga pening lalat. Mujurlah Hooch sempat menangkap penyapu Lily apabila dia terus mengambil penyapu terbang itu dan terus mengejarnya.

Selepas semua pelajar mendapat penyapu mereka, mereka pun duduk di atas penyapu dan bersedia untuk terbang.

"Bila kamu sudah duduk di atas penyapu tu, saya mahu batang penyapu dihalakan ke atas dan sebut terbang,"kata Hooch.

Tiba-tiba, Stella terus terapung bersama penyapunya.

"Profesor, macam mana ni?"Stella mula risau.

Penyapu itu terus terbang dengan pantasnya sehingga membuatkan mata Stella terbeliak. Dia berpusing-pusing dari atas ke bawah mengelilingi seluruh bangunan Hogwarts. Hooch terus mengejar Stella.

"CIK LAURDEN! BERTENANG!"Hooch menjerit sambil menenangkan Stella yang kelihatan panik.

Stella terus mendarat tetapi tidak dengan selamatnya. Gadis itu jatuh berguling-guling di atas bumbung Menara Ravenclaw sehingga tersembam ke tanah dan tangan kirinya patah. Stella mengerang kesakitan.

Hooch segera berlari meluru ke arah Stella lalu mendukungnya.

"Saya nak hantar Stella ke hospital dulu. Jangan ada seorang pun pelajar yang saya nampak terbang dengan penyapu masing-masing,"kata Hooch lalu meninggalkan kelas terbang untuk menghantar Stella ke hospital.

Hayley terus terbang dengan penyapunya.

"Hayley! Kau tak ingat ke apa Profesor Hooch cakap?"kata Albus.

"Ah, tak kisah! Aku nak cabar si Marmalade dulu...tengok kalau dia ni memang pro dalam hal terbang,"kata Hayley sambil menyeringai ke arah Lily.

"Kalau itu yang kau nak,"Lily terus mengambil penyapu terbangnya tetapi dihalang oleh Rose.

"Kau tak ingat ke tak ada seorang pun daripada kita boleh terbang secara suka-suka masa Puan Hooch tak ada?"kata Rose kepada Lily.

"Tapi cabaran tidak boleh ditolak Rose,"kata Lily yang terus terbang ke udara.

Rose menepuk dahinya.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now