DDH 3: Hadiah Hari Jadi

86 9 2
                                    

Selepas selesai kelas mantera, Lily dan Rose berjalan ke Dewan Besar. Semasa perjalanan, Chanyeol dan Grayson mengekori mereka berdua.

"Rose Weasley!"Grayson terus berjalan rapat bersama dengan Rose.

"Budak ni lagi,"Rose terus mendekatkan dirinya dengan Lily.

"Rose sayang, jom jalan-jalan!"ajak Grayson kepada Rose.

Rose tidak memberi sebarang respon.

"Rose, kenapa awak bisu je ni?"tanya Grayson.

"Terima je lah,"bisik Lily kepada Rose.

Rose dengan pasrah terus menerima ajakan Grayson. Lily melambai ke arah Rose.

Rose dan Grayson berjalan bersama ke koridor menuju ke taman.

"Grayson, awak betul-betul cintakan saya ke?"tanya Rose.

"Pfft! Cinta? Taklah. Tapi...saya sukakan awak,"kata Grayson sambil mencuit hidung Rose.

"Janganlah,"Rose terus menjauhkan diri dari Grayson.

"Haha...maafkan saya, Rose,"kata Grayson.

"Gray, awak tau tak tentang haiwan-haiwan di Hutan Larangan?"soalan Rose kepada Grayson membuatkan Sehun tersentak.

Habislah aku. Aku tak tau pun tentang Haiwan Ajaib! Gumam Grayson dalam hati.

"Hmm...Hippogriff...Cen-err..Cen-cintau-cin-cin..."

"Ahah, Centaurus! Haha, awak dah salah! Maknanya tak ada peluang awak nak date dengan saya,"kata Rose sambil tergelak.

Rose meninggalkam Grayson di situ.

"Rose! Wait!"Grayson mengejar gadis itu.

~~~

Lily sedang duduk sambil berbual bersama Chanyeol di Dewan Besar.

"Maknanya semua ni adalah kerana mereka mahukan azimat tu?"tanya Chanyeol kepada Lily.

Lily mengangguk.

"Kau tau kan Delphini tu tamakkan kuasa dan tidak mahu sesiapa menandinginya. Sama seperti ayahnya, Lord Voldemort,"kata Lily.

"Ya...tapi kau tak pernah tahu sebenarnya Delphini tu kanak-kanak yang tidak bersalah,"kata Chanyeol.

Lily yang sedang meminum jus oren terus tersedak.

"Apa maksud kau?"tanya Lily.

"Delphini Lestrange-Riddle dilahirkan pada tahun 1996. Ayahnya ialah Tom Marvolo Riddle dan ibunya ialah Bellatrix Lestrange. Ibu bapa Delphini sebenarnya tak berkahwin pun dan membuat hubungan terlarang. Selepas Delphini dilahirkan, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya dan Bellatrix hampir membunuh Delphini pada ketika itu,"kata Chanyeol.

"Bellatrix hampir bunuh Delphini? Kenapa pula?"tanya Lily.

"Kau tau kan apa akan jadi kalau sepasang kekasih membuat hubungan terlarang dan melahirkan anak? Pastilah itu akan menjadi beban untuk mereka,"kata Chanyeol.

"My dear..."kata Lily. "Lepas tu?"

"Delphini ditinggalkan di sebuah rumah anak yatim,"kata Chanyeol. "Sehinggalah umurnya 11 tahun, Delphini mula hidup sendiri dan gunakan nama keluarga Diggory sebagai surname dia."

Lily menggeleng kesal.

"Selepas tamat pengajian, apa yang dia buat pula?"tanya Lily.

"Dia hidup merempat. Dia selalu buat jenayah di kawasan setempat sampailah dia kena tangkap oleh auror dan dihantar ke Azkaban. Semasa dia berada di Azkaban, Dolohov adalah orang pertama yang menyapa Delphini dan menjadikannya sebagai penerus legasi Death Eater,"kata Chanyeol. "Selepas Death Eater ditubuhkan semula, 100 orang pertama menyertai kembali pertubuhan tersebut. Salah satu dari 100 orang itu ialah Sarah Bouttle."

"Benar apa yang dikatakan oleh Flavia,"kata Lily.

Tao dan Jong Dae datang lalu duduk di bersebelahan dengan Chanyeol.

"Yeol, kau tau tak hari ini hari apa?"tanya Jong Dae.

"Tak tau,"kata Chanyeol sambil mengangkat bahunya.

Jong Dae terus memberikan sekotak hadiah kepada Chanyeol.

"Selamat hari jadi, Park Chanyeol!"kata Jong Dae.

"Wah, untuk aku ke ni?"kata Chanyeol.

Jong Dae mengangguk.

Chanyeol terus membuka kotak hadiah itu dengan berhati-hati.

"Rasa-rasanya, apa hadiah aku ya?"kata Chanyeol.

Tiba-tiba, Kyungsoo keluar dari kotak hadiah itu sekaligus membuatkan Chanyeol menjerit lalu terjatuh dari tempat duduknya. Semua pelajar menoleh ke arah Chanyeol lalu ketawa terbahak-bahak.

"Kyungsoo! Kau buat aku terkejut je!"marah Chanyeol.

"Suprise! Amacam suka tak?"kata Kyungsoo.

"Tak!"kata Chanyeol.

Mereka semua terus ketawa melihat telatah Chanyeol itu.

"Maaf Chanyeol sebab kejutkan kau di pagi yang serba indah ini. Huish,"kata Jong Dae lalu memberi satu lagi bungkusan hadiah yang panjang.

"Apa ni?"tanya Chanyeol.

"Buka je lah,"kata Kyungsoo.

Chanyeol terus mengoyakkan bungkusan hadiah itu dan berasa sungguh teruja apabila melihat sebuah gitar berjenama Fender dihadiahkan kepadanya.

"Wah, gitar Fender! Di mana kau beli ni?"tanya Chanyeol kepada Jong Dae.

"Hehe. Aku beli di kedai abang Shim di Diagon Alley,"kata Jong Dae. "Itupun Tao yang tolong bayarkan."

"Terbang 250 Galleon aku,"kata Tao.

"Haha!"Kyungsoo ketawa. "Chanyeol, cuba main!"

Chanyeol cuba bermain gitar baharunya. Semua pelajar kagum dengan kehebatan Chanyeol bermain gitar sehingga dia diberi pujian.

"Ramai yang puji kau Richard,"kata Lily.

Chanyeol tersengih.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now