DDH 4: Portkey

63 2 0
                                    

Lily sampai di satu kawasan perkuburan. Perkuburan tersebut sama dengan apa yang ada dalam mimpinya.

Lily berada di dalam sebuah pondok kayu yang usang lalu memerhatikan kawasan sekeliling. Kawasan tersebut sangat berkabus dan sejuk.

Dari jauh, seorang lelaki yang berselubung hitam sedang berjalan di hadapan sebuah kubur. Lelaki itu memerhatikan kubur tersebut yang dipercayai milik ayahnya.

Tiba-tiba, Chanyeol dan Rafaela muncul bersama piala mereka.

"Apa yang berlaku?"tanya Chanyeol.

"Kenapa kita di sini?"tanya Rafaela.

"Aku tak tahu,"kata Chanyeol.

"Kalau kita di sini, maknanya piala ini ialah-"Chanyeol terus memotong percakapan Rafaela.

"Portkey,"kata Chanyeol.

"Adakah ini bermakna...kita dalam bahaya?"tanya Rafaela.

"Kita dalam rancangan jahat seseorang,"kata Chanyeol.

"Ya, memang pun,"lelaki yang berselubung itu berpaling.

Chanyeol dan Rafaela memandang lelaki itu.

"Siapa kau?"tanya Chanyeol kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut membuka selubungnya. Maka terpamerlah wajahnya yang pucat dan tampan itu.

"Kau tak kenal aku?"tanya lelaki itu. "Akulah Tom Jr."

Chanyeol membulatkan matanya.

"Apakah ini betul?"tanya Chanyeol.

"Aku yang sabotaj Triwizard ini,"kata Tom.

"Kau!"Chanyeol mengacungkan tongkatnya ke arah Tom.

Tom menghalakan tangannya ke arah Chanyeol sehingga menyebabkan Chanyeol terbuang jauh ke dalam pondok usang itu.

Ternyata kuasa yang dimiliki Tom Jr sangat kuat. Dia mampu melawan musuhnya tanpa menggunakan tongkat sihir.

Kuasa yang ada pada dirinya diwarisi daripada Voldermort iaitu ayahnya.

"Kau adalah orang yang aku cari selama ini, Richard,"kata Tom Jr.

Tom terpandang Rafaela, seorang gadis berdarah tulen kelahiran Sepanyol yang berambut pendek paras bahu berwarna hitam dan bertubuh kecil.

"Oh, jadi inilah Rafaela Ramez,"kata Tom. "Kau tahu tak yang selama ini aku geram dengan ayah kau."

"Kenapa?"kata Rafaela dengan nada suara yang keras.

"Sebab ayah kau juga selalu membocorkan rahsia tentang aku,"kata Tom. "Dia mahu aku dihapuskan."

"Baguslah,"kata Rafaela.

Perasaan Tom mula berubah. Dia memandang Rafaela dengan pandangan yang tajam lalu duduk di hadapannya.

Dia mengangkat dagu Rafaela sambil tersenyum.

"Kau nak buat apa dengan aku?"kata Rafaela.

"Aww...sayang. Gadis secantik kau ini perlu dilatih untuk menjadi ahli sihir yang kuat,"kata Tom. "Kelincahan yang kau ada boleh membuatkan kau menjadi ahli yang penting dalam Death Eater."

"Tetapi, aku nampak sifat-sifat yang ada pada diri kau...kau ialah orang yang tidak boleh dipercayai,"kata Tom dengan nada suara yang garang.

Tom berdiri semula lalu menghela nafas dengan panjang. Chanyeol kelihatan berusaha untuk berdiri.

"Hei, Chanyeol!"bisik Lily.

Chanyeol memandang Lily lalu terperanjat.

"Macam mana kau boleh ada di sini?"tanya Chanyeol kepada Lily.

"Aku cari kasut untuk jadikan Portkey...aku dapat petanda buruk daripada mimpi aku yang kau dan Rafaela akan ke sini jadi aku ambil keputusan untuk selamatkan kau berdua,"kata Lily.

"Kau dah gila ke?"tanya Chanyeol.

"Apa pula yang gila ni?"tanya Lily.

"Bagaimana dengan Tao?"tanya Chanyeol.

"Aku tipu dia,"Lily tersenyum.

Chanyeol mencebikkan mukanya.

"Jadi apa kita nak buat?"tanya Lily.

"Avada Kedavra!"

Sumpahan yang tidak boleh dimaafkan itu membuatkan mereka berdua terkejut. Tiba-tiba, Rafaela jatuh tersungkur ke tanah.

Chanyeol terus bangun dan berlari untuk mendapatkan Rafaela.

"Rafaela!"jerit Chanyeol.

"Sudah terlambat Richard! Kawan kau dah mati!"kata Tom.

Chanyeol terus mengeluarkan tongkat sihirnya lalu mengacungkan tongkat itu ke arah Tom.

"Kau nak apa daripada aku?"kata Chanyeol dengan wajahnya yang mula menjadi garang.

"Aku mahukan kuasa daripada kau,"kata Tom dengan nada yang sinis. "Aku mahukan nyawa kau untuk aku tambahkan kuasa aku."

"Dasar tamak kuasa!"Chanyeol terus mengacungkan tongkat sihirnya ke arah Tom.

Tom membalas kembali dengan mengeluarkan tongkat sihir yang diwarisi daripada ayahnya lalu mengacungkan tongkat sihir itu ke arah Chanyeol.

Berlaku pergelutan di kawasan tersebut kerana masing-masing menunjukkan kuasa mereka yang begitu kuat itu.

"Arghh!!"Chanyeol menjerit.

"Kau akan kalah...tengoklah,"kata Tom.

Tiba-tiba, Lily datang lalu mengacungkan tongkat sihirnya ke arah Tom sehingga terjadinya letupan yang besar. Letupan tersebut menyebabkan mereka terbuang jauh. Begitu juga dengan Tom.

Kepulan asap biru mula kelihatan di kawasan perkuburan tersebut. Chanyeol terbatuk manakala Lily terus menepuk belakangnya.

"Terima kasih,"kata Chanyeol.

"Tak ada masalah,"kata Lily.

Tom berdiri lalu mengibaskan selubungnya.

"Kurang ajar! Siapa yang bertindak merosakkan kuasa aku?"Tom mula meradang lalu dia terpandang Chanyeol bersama Lily.

"Oh, kau rupanya Marmalade!"marah Tom.

"Sedikit pengajaran untuk kau pada tahun ini, Riddle,"kata Lily.

Tom mula marah lalu menyerang mereka dengan kuasa sihirnya. Lily terus menarik tangan Chanyeol dan membawa mayat Rafaela lalu berlari untuk melindungi diri.

"Kembali ke Portkey!"kata Chanyeol. "Piala tu!"

Mereka terus berlari ke arah piala Triwizard tersebut. Piala tersebut membawa mereka ke kembali ke tempat pertandingan.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now