DDH 1: Hari Pertama

758 69 7
                                    

[Lily's POV]

Keesokan harinya, aku dan Rose keluar dari Asrama Gryffindor pada pukul 6:30 pagi lagi. Kelas Transfigurasi menjadi destinasi pertama kami untuk memulakan tahun baharu di dalam bangunan istana ini. Sesampainya kami di sana, pintu kelas belum terbuka lagi.

Rose mengeluh.

"Nampaknya kita awal,"katanya.

"Ya, kita awal,"aku menoleh di sekeliling kawasan bangunan istana ini.

Boleh tahan besar juga ya.

"Kita bergabung dengan Slytherin, kan?"tanyaku.

"Tak, semua rumah,"kata Rose.

Tidak lama kemudian, McGonagall datang sambil membawa bukunya.

"Awalnya kamu,"kata McGonagall kepada mereka berdua.

"Lagi awal lagi bagus,"aku hanya tersengih.

Pintu kelas dibuka dengan lafaz mantera Profesor McGonagall sendiri. Kami terus masuk ke dalam kelas itu lalu meletakkan buku di atas meja. Pelajar-pelajar yang lain pula sudah datang termasuk Albus dan Scorpius. Mereka berdua duduk bersebelahan dengan kami.

McGonagall memulakan sesi pengajarannya.

"Baiklah, pertama sekali saya mahu kamu tahu apa itu Transfigurasi. Transfigurasi ialah proses penukaran objek dari mati ke hidup dan sebaliknya. Sesuatu objek itu juga boleh bertukar kepada bentuk yang berbeza seperti sebuah cawan emas yang boleh ditukarkan kepada bentuk haiwan."

"Kita boleh buat untuk prank nanti,"Scorpius berbisik kepada Albus.

"Scorpius, jangan bercakap semasa saya bersyarah,"McGonagall memberi amaran kepada Scorpius.

Scorpius terdiam sambil menahan senyum.

"Dalam proses ini, kamu kena tumpukan perhatian sepenuhnya supaya objek yang ditransfigurasi itu berhasil. Lafaz mantera juga penting. Mari kita berlatih dulu. Bermula dengan objek yang mati kepada objek yang mati."

Semua pelajar berlatih dengan mantera transfigurasi mereka masing-masing.

~~~

Kelas posyen pun bermula. Seorang lelaki gemuk dan berambut botak datang sambil membawa buku-buku posyennya.

"Pelajar tahun pertama Hogwarts. Apa khabar?"kata lelaki tua itu.

"Khabar baik,"kata kami semua.

"Saya Horace Slughorn. Guru posyen kamu. Boleh panggil saya Profesor Slughorn,"Profesor Slughorn memperkenalkan dirinya.

Pandangan matanya bertembung denganku."Oh, anak Adam Marmalade!"

Slughorn berjabat tangan dengan aku sambil tersenyum.

"Kamu tentu Lily Marmalade kan?"tanya Slughorn.

"Ya profesor,"kataku.

Gembira rasa hati bila ada juga yang tau nama panggilan aku.

"Dan kamu...Rose Weasley?"

Rose berjabat tangan dengan Profesor Slughorn.

"Ya, profesor."

"Oh, anak Harry Potter!"Slughorn teruja apabila memandang Albus. "Siapa nama kamu? Maaflah saya tak tau pula."

"Albus Potter,"kata Albus.

"Dan budak di sebelah kamu?"tanya Slughorn kepada Albus apabila terpandang Scorpius.

"Scorpius Malfoy,"Scorpius terus bersalam dengan Slughorn.

"Kamu anak kepada Draco Malfoy dan cucu kepada Lucius Malfoy kan?"tanya Slughorn.

"Ya,"kata Scorpius.

"Baiklah, saya tak mahu buang masa. Mari kita mulakan dengan posyen kita yang pertama. Keluarkan buku kamu dan pergi ke muka surat yang pertama sekali,"kata Slughorn yang terus memulakan sesi pengajarannya.

~~~

Waktu rehat menjelang, semua pelajar menikmati makanan mereka di Dewan Besar. Begitu juga dengan aku dan Rose yang duduk di tempat pelajar Gryffindor.

Semasa kami sedang menikmati makanan kami, seorang pelajar lelaki yang bertelinga capang duduk di hadapan kami sambil diikuti oleh dua orang kawannya yang lain.

"Kalau kau nak tau, penyapu jenis Firebolt memang tinggi kualiti tau!"kata lelaki bermata panda itu.

"Mahal gila,"kata lelaki yang berkulit pucat pula.

"Apa yang nak dirisaukan? Aku kan kaya. Boleh beli macam-macam. Tak gitu?"kata lelaki mata panda itu lagi.

Mereka hanya menggeleng lalu memandang kami berdua.

"Siapa diorang ni?"tanya Rose kepada aku.

"Tak kenal,"balasku dengan laju.

Malas aku nak ambil tau pasal orang lain.

Mereka tersenyum manis ke arah kami.

"Maafkan kitorang kalau kitorang ganggu,"kata lelaki kulit pucat itu.

"Saya Stephen Oh Sehun, pelajar tahun ketiga Gryffindor. Orang di sebelah kiri saya ni nama dia Edison Huang Zi Tao, sama tahun dengan saya."

"Sebelah kanan?"tanyaku kepada lelaki yang bernama Stephen itu.

"Richard Park Chanyeol,"kata lelaki yang bertelinga capang itu.

Kami hanya mengangguk sahaja lalu tersenyum ke arahnya.

"Selamat berkenalan...saya Violette Marmalade,"kata aku sambil bersalam dengan mereka bertiga.

"Saya Rose Weasley,"Rose tersenyum ke arah mereka sekali lagi.

"Kami pelajar tahun pertama,"katanya lagi.

"Oh...I see,"kata Edison lalu memandang ke arah Richard.

"Boleh panggil saya Lily,"kataku.

"Lily dan Rose. Korang kawan baik?"tanya Richard sambil menyilangkan tangan pada dadanya.

Aku dan Rose mengangguk.

"Kawan baik dari semalam lagi,"kataku.

Mereka hanya tergelak kecil.

"Macam mana hari pertama korang kat sini?"tanya Stephen.

"Seronok,"kata Rose.

"Hogwarts memang seronok setiap hari,"kata Richard sambil tersenyum.

"By the way, saya dan Richard sepupu. Edison ni kawan kami,"Stephen menepuk bahu Edison.

"Oh, begitu,"kataku.

Richard pula mengerling ke arah jam tangan pada tangan kirinya.

"Kami nak ke library dulu,"kata Richard sambil mengajak Stephen dan Edison untuk turut serta.

Mereka terus melambai ke arah kami."Bye!"

"Jangan lupa nombor telefon tau!"sempat lagi Edison mengenyitkan matanya ke arah aku.

Rose membalas lambaian tiga sekawan itu sambil tersenyum simpul. Aku pula sudah lama menahan mual yang semakin berkumpul di tekak. Geli apabila mendengar kata-kata Edison itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now