DDH 2: Pelajar Pintar

114 15 0
                                    

Ekspress Hogwarts

Lily bersama rakan-rakannya duduk di dalam sebuah petak yang berdekatan dengan petak-petak khas untuk pengawas.

"Kau rasa ada tak senior yang nak menumpang satu petak dengan kita?"tanya Scorpius.

"Mungkin kot,"kata Lily.

"Tapi Edi dan Charles sekarang dah jadi pengawas. Diorang tak dapatlah nak lepak dengan kita sekarang,"kata Albus.

"Kasihannya,"kata Lily.

"Apa pula yang kasihan?"tanya Albus.

"Tak adalah,"kata Lily lalu tersengih macam kerang busuk.

Albus hanya mampu menggeleng. Aneh betul kelakuan kawannya yang satu ini.

Pintu petak dibuka lalu menampakkan seorang lelaki bertubuh tinggi dan berambut perang tua sedang memandang ke arah mereka. Lelaki itu ialah Lu Han, pelajar tahun ketujuh Ravenclaw berada di luar petak.

"Oh...erm hai. Boleh saya menumpang di sini tak?"tanya Luhan.

"Boleh,"balas Scorpius dengan ringkas.

"Eh, hai Luhan! Baru hari ini saya dapat jumpa awak!"kata Rose.

"Err...apa maksud awak?"tanya Luhan.

"Saya minat dengan awak. Yalah awak kan pandai, hensem, bergaya. Awak ni pengawas ke?"tanya Rose.

"Soalan bodoh apa dia tanya ni?"bisik Scorpius kepada Albus. Albus mengangkat bahunya.

"Eh, taklah. Saya pernah dapat tawaran dari profesor
McGonagall tapi saya tolak sebab saya rasa terbeban,"kata Luhan.

"Tapikan awak memang sesuai kalau jadi pengawas tau! Lihatlah wajah awak tu yang suci murni lagi bersih berseri,"kata Rose.

"Hmm...mula dah,"kata Scorpius sambil menggulingkan matanya.

"Apa masalah kau ni?"Rose memukul bahu Scorpius.

"Adei! Tak adalah!"kata Scorpius.

Luhan terus duduk bersebelahan dengan Albus.

~~~

"Jadi, awak kenallah dengan Edison Huang?"tanya Lily.

"Ya sebab saya abang angkat dia. Family dia mula jaga saya masa saya tiga tahun lagi. Saya ni hidup sebatang kara, ibu bapa dah lama meninggal,"kata Luhan.

"Kesian,"Albus menunduk.

"Tapi kenapa aku jarang nampak korang berdua ya?"tanya James.

"Sebab aku jarang ada bersama dengan dia. Masa aku banyak dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran dan melihat pemandangan di puncak Menara Ravenclaw,"kata Luhan.

"Lagipun Edi kan Gryffindor, jadi susahlah nak tengokkan dia hari-hari. Tapi nasib baik Richard dan Stephen ada. Taklah dia sunyi,"katanya lagi.

"Oh, jadi awak ni pencinta alam sekitar?"tanya Lily yang sama sekali tidak kena mengena dengan kata-kata lelaki itu tadi.

Yang lain memandangnya dengan aneh.

"Eh, maksud saya...awak ni memang sukakan pemandanganlah gitu? Macam spesies introvert gitu, ke saya yang silap?"kepala digaru.

"Betullah,"Luhan mengangguk.

"Bukan setakat tu saja.Saya selalu melihat pemandangan di sana semata-mata untuk melepaskan tekanan yang saya alami,"kata Luhan.

"Semasa saya berumur 13 tahun,saya pernah terkena kemurungan tapi nasib baik ada Charles yang tolong ceriakan saya waktu tu."

"Awak tak ada kawan?"tanya James.

Luhan menggeleng.

"Ramai yang jauhkan diri dari saya sebab saya terlalu pendiam,"kata Luhan.

"Saya simpati,"kata Rose.

"Tapi sekarang bila ada ramai kawan saya pun gembira,"riak wajah Luhan yang sedih itu bertukar girang.

"Syukurlah,"kata Rose.

"Sebenarnya saya sangat mengenali Lily. Masa umur saya 5 tahun, saya mula mengikuti perkembangan berita kehilangan orang tua dia dan bagaimana dia boleh selamat,"kata Luhan.

"Tapi ianya konspirasi,"Luhan merendahkan suaranya.

"Konspirasi? Kehilangan ibu bapa saya dulu ada konspirasi?"kata Lily yang kehairanan.

Luhan mengangguk. "Ramai ahli sihir kata."

Mereka terpegun.

"Eh, kalau dalam usia sebegitu awak dah pandai macam genius yang lain lah?"tanya Albus.

Luhan mengangguk.

"Mak ayah angkat saya yang kata,"kata Luhan.

"Wah, patutlah keputusan O.W.L cemerlang 100%!"puji Rose.

Luhan tersengih.

"Kau ada kebolehan yang lain tak?"tanya James.

"Ada. Aku boleh ramal apa yang akan jadi pada masa hadapan,"kata Luhan. "Cuba hulurkan tangan kau."

James terus menghulurkan tangannya. Luhan meneliti setiap garis pada kedua belah telapak tangan James.

"Apa yang aku temukan pada setiap garis pada telapak tangan kanan kau, kau akan menjadi seorang Chaser sama seperti mak kau. Pada tapak tangan kiri kau pula, kau telah dianugerahkan kebijaksanaan, kebahagiaan dan kesihatan yang baik yang sentiasa bersama dengan kau sepanjang hayat,"kata Luhan.

"Wah pandainya kau!"kata James.

Luhan tersengih lagi.

"Tak adalah pandai sangat pun,"kata Luhan.

"Eh pandailah tu,"kata James.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now