[Lily's POV]
Sesampainya di Diagon Alley, kami terus meletakkan kuda di dalam sebuah bangsal kuda yang dibina berhampiran dengan sebuah kedai makan. Bangsal yang direka dengan rekaan zaman koboi dahulu itu dipenuhi dengan daun-daun yang menjalar di tiang tersebut. Mungkin sudah lama tidak dibersihkan oleh penjaganya ataupun pihak Kementerian Sihir tidak mengambil peduli tentang hal ini.
Selepas meletakkan kuda di dalam kandang itu, kami pun terus berjalan menuju ke Diagon Alley. Semasa dalam perjalanan, aku merasakan yang aku hampir terkucil.
"Aku nak pergi tandas kejap,"kataku lalu jalan menyimpang dari mereka.
"Jangan sesat pula,"kata Mesut.
"Apasal?"aku memberhentikan langkah di laluan yang membawa aku ke tandas itu.
"Jaga-jaga termasuk kat KnockTurn Alley,"Mesut merendahkan suaranya.
Aku mengangguk dan terus berjalan menuju ke tandas. Papan tanda menunjukkan tandas terletak bersebelahan dengan sebuah kedai menjual artifak misteri yang terletak di sempadan Diagon Alley Dan KnockTurn Alley.
Borgin and Burkes
Katanya kedai ini ada jual banyak barangan ilmu hitam seperti yang diceritakan Mesut sepanjang perjalanan tadi.
Oleh kerana suara hatiku meronta-ronta untuk membuang buangan bertoksin di dalam tubuh badan, aku pun terpaksa masuk ke dalam tandas itu.
~~~
"Fuhh, leganya,"kata Lily selepas keluar dari tandas itu.
Semasa Lily keluar dari tandas, seorang wanita sihir berjubah hitam dan berhidung runcing datang kepadanya.
"Ikut aku"kata wanita itu sambil memegang tangannya.
"Aku tak nak,"kata Lily.
"Aku kata ikut aku."
Sempat Lily meronta-ronta meminta diri untuk dilepaskan. Namun genggaman tangan wanita itu semakin dikuatkan sehingga mencengkam seluruh kulit lengannya.
Lily menjerit kerana sakit. Kesakitan yang dirasa itu bagaikan kuku yang tajam menusuk ke dalam daging. Hampir sahaja wanita itu menyerangnya, seekor arnab datang lalu menggigit kaki wanita tua itu.
"Argghh! Arnab tak guna! Meh sini aku tunjukkan kau macam mana nak diamkan kau!"belum sempat wanita itu mengeluarkan tongkat saktinya, arnab itu bertukar menjadi seorang manusia.
"Expelliarmus!"kata lelaki yang menjelma menjadi seekor arnab itu tadi kepada wanita sihir tersebut. Wanita itupun terbuang jauh daripada mereka.
Lily terduduk di atas lantai sambil memegang kulit lengannya yang luka.
"Lily!"
Gadis itu mendongak lalu memandang Jungkook yang sedang merawat tangannya.
"Charles? Kenapa kau ada di sini?"tanya Lily yang kehairanan.
"Aku nampak kau tadi. Kebetulan aku ternampak wanita tua tu. Dia tu gila,"kata Jungkook sambil menyapu luka dengan tisu basah yang dibawanya.
"Siapa dia tu?"tanya Lily.
"Doom. Orang gila yang cuba nak korbankan orang lain semata-mata nak dapatkan kuasa sihir yang lagi kuat."
"Nasib baik aku ada. Kalau tak dah lama kau jadi mendiang tadi, Violette Marmalade,"luka-luka pada lengannya itu dibalut dengan kain kasa.
Seekor lagi arnab dan seekor kucing datang lalu bertukar bentuk kepada manusia yang sempurna rupa parasnya.
"Kook!"kata seorang lelaki.
Jungkook menoleh lalu melihat Frederick Junmyeon Kim dan Alex Jaehyun Jung yang berdiri di belakangnya. Lily memandang dua lelaki itu dengan pandangan yang menghairankan.
"Korang pun ada di sini?"tanya Jungkook yang kehairanan.
Jaehyun mengangguk. Kemudian, pandangan matanya dialihkan ke arah Lily yang memandang mereka dengan aneh.
"Saya Alex Jung. Pelajar tahun keempat Gryffindor tahun ni,"Jaehyun menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Lily. Salamnya berbalas.
"Frederick Kim, pelajar tahun keenam Ravenclaw,"giliran Junmyeon pula berjabat tangan dengan Lily.
Jungkook yang asyik memerhatikan sekumpulan remaja di luar sana terus menggoyangkan hujung kain mantel gadis itu.
"Kenapa ni?"tanya Lily.
"Lily, baik kau ke balik sekarang. Nanti diorang risaukan kau,"kata Jungkook sambil menudingkan jarinya ke arah sekumpulan manusia yang sedang berbual tidak jauh dari mereka.
Lily hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke kumpulan itu. Langkahnya terhenti semula sambil kain mantel diperbetulkannya. Gadis itu menoleh.
"Terima kasih,"kata Lily.
Jungkook tersenyum nipis.
"Sama-sama."
YOU ARE READING
(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]
Fanfiction[Completed] [Vol. 1] Tahun Pertama Lily Marmalade tidak mengetahui tentang statusnya sebagai seorang ahli sihir berdarah kacukan. Sekeping surat yang diterima dari sekolah sihir Hogwarts telah mengubah hidupnya. [Vol. 2] Bilik Rahsia Pembukaan semul...