DDH 4: Surat McGonagall

69 4 0
                                    

Sesampainya di rumah, Lily terus berjalan masuk ke dalam biliknya lalu meletakkan beg. Kemudian, dia ternampak sepucuk surat yang diletakkan di atas meja belajarnya.

Lily terus mengambil surat itu. Surat tersebut memang dari Hogwarts. Lily meneka bahawa pengirimnya mungkin McGonagall.

Kepada Cik Violette Marmalade yang kini tinggal di rumah Keluarga Weasley,

Bolehkah kamu datang ke pejabat saya pada hari pertama selepas kamu turun dari Hogwarts Express? Saya ingin membincangkan sesuatu perkara kepada kamu. Hal ini adalah hal yang penting.

Oh! Kata laluan untuk tangga itu masih sama lagi.

Jumpa kamu nanti,
Minerva McGonagall

"Apa perkara yang profesor nak sangat bincangkan dengan aku ni?"tanya Lily seorang diri.

Lily memasukkan kembali surat itu ke dalam sampulnya dan meletakkan kembali surat itu ke dalam beg.

"Nampaknya hal ini mungkin hal yang sangat penting,"kata Lily. "Lebih baik aku siapkan makanan tengah hari dulu."

~~~

"Rose pergi mana?"tanya Lily kepada Hugo yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

"Dia pergi kutip buah,"kata Hugo sambil memegang tuala mandinya.

"Baik,"kata Lily.

"Kakak dah sediakan makan tengah hari untuk kamu semua,"kata Lily.

"Kejap. Saya ke atas dulu,"Hugo terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Selepas itu, dia turun kembali dan mengambil pinggan.

"Kakak Lily,"kata Hugo.

"Kenapa?"tanya Lily sambil memandang Hugo.

"Tahun ini ada pertandingan Triwizard. Tapi, peraturan dia dah diubah dan  kali ini setiap rumah di Hogwarts akan memilih seorang pelajar untuk mewakili pertandingan tu,"kata Hugo.

"Bunyinya menarik. Kamu rasa siapa yang akan mewakili Gryffindor nanti?"tanya Lily.

"Saya tak pasti...mungkin Mesut Özil sebab dia kan ketua pelajar kita sekarang. Pembantu dia pula si Richard,"kata Hugo.

"Kalau Richard yang dipilih?"tanya Lily.

"Kakak pasti kah dia akan dipilih? Kakak belum pernah tengok macam mana takutnya dia masa insiden pelajar tahun pertama yang terapung tiba-tiba tahun lepas?"kata Hugo.

Lily cuba mengingat kembali insiden yang berlaku.

Imbas Kembali

Chanyeol, Sehun dan Hugo sedang membaca sebuah buku sejarah sihir. Semasa mereka rancak berbual dan bergelak tawa, tiba-tiba satu suara yang nyaring memecahkan ngilaian ketawa mereka itu.

"Siapa yang histeria sangat ni?"kata Chanyeol.

Mereka mencari punca bunyi tersebut lalu ternampak seorang pelajar perempuan yang terapung di atas siling sambil meronta-ronta kesakitan.

"Macam mana dia boleh jadi macam ni?"Chanyeol terus panik.

"Dia tersalah minum posyen,"kata Ariana yang baru sahaja muncul di belakang mereka.

"Siapa juga yang bagi dia posyen yang salah, Kakak Ari?"tanya Hugo.

"Tu,"Ariana menuding jarinya ke arah seorang budak perempuan yang berambut pendek paras bahu dan berketinggian 130 cm.

"Kenapa kamu bagi posyen yang salah?"kata Sehun.

"S-saya tak dengar apa yang Kakak Ari cakap sebab saya sibuk berbual dengan kawan saya tu,"kata budak perempuan itu.

"TOLONG! TOLONG!"pelajar itu terus menjerit sehingga membuatkan lutut Chanyeol bergegar dan pengsan.

"Eh, Chanyeol!"Sehun segera memegang pipi Chanyeol.

"Bawa Richard masuk ke Sayap Hospital! Nanti saya selesaikan masalah ni,"kata Ariana.

Sehun dan Hugo terus mendukung Chanyeol ke Sayap Hospital. Lily dan Rose yang baru sahaja sampai ke Bilik Umum itu tergamam kerana melihat insiden yang dahsyat itu.

Imbas Kembali Tamat

"Oh, tentang hal tu,"kata Lily.

"Sekarang kakak dah tau kan,"kata Hugo.

"Yang saya hairan...kenapa Richard yang dipilih dan bukannya Ariana?"tanya Lily.

"Ariana tu masih muda lagi,"kata Hugo. "Lagipun Richard tu pun antara pelajar terbaik pilihan profesor McGonagall selepas Mesut."

Lily memuncungkan mulutnya tanda faham.

"Saya ada terima sekeping surat,"kata Lily.

"Daripada siapa?"tanya Hugo.

"Profesor McGonagall,"kata Lily.

"Hal apa yang profesor nak katakan kepada kakak? Kakak ada buat salah ke?"tanya Hugo.

"Tak...tapi dia kata ada hal yang sangat penting dia nak cakap,"kata Lily.

"Hal yang sangat penting? Hmm,"kata Hugo. "Ah, jomlah makan! Dah lama kita bazirkan masa untuk bercakap."

"Jomlah,"kata Lily.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now