DDH 2: Fawkes Si Penyembuh

89 10 0
                                    

Aurora terus terbangun dan wajahnya tidak lagi pucat. Aurora tercungap-cungap kerana baru sahaja sedar dari mimpinya.

"Saya termimpi Basilisk makan kita semua!"Aurora terus menangis tersedu-sedu. "Abang! Abang!"

"Abang awak tak ada di sini. Nanti kita keluar ya?"pujuk Lily.

Aurora hanya mengangguk akur.

Kelihatan Tao terbaring lemah di atas lantai. Darah masih membanjiri kawasan itu. Wajah Tao menjadi pucat kerana kekurangan darah.

"Zi Tao!"Yoongi berlari ke arah rakannya. Dia memegang bahagian perut Tao yang berdarah.

"Tao jangan mati Tao!" Yoongi meraung kesedihan.

Lily dan Aurora hanya mampu menunduk sedih.

Fawkes terbang ke arah mereka lalu mendarat di hadapan Tao.

"Fawkes! Kau tau tak macam nak sembuhkan kawan aku?"tanya Yoongi dengan resah.

"Tapi Edi dalam keadaan yang tenat sekarang,"kata Lily.

"Belum cuba belum tahu,"tingkah Yoongi.

Fawkes terus datang menghampiri Tao dan menitiskan air matanya ke arah luka pada perutnya.

~~~

Keadaan Tao bertambah pulih. Tao membuka matanya dan berasa silau.

"Aku dah mati ke?"tanya Tao.

"Tak, ini akulah,"kata Yoongi sambil tersenyum.

"Yoongi...hehe. Kau rupanya.Macam mana dengan Aurora?"

Yoongi menudingkan jarinya ke arah budak perempuan yang tersenyum ke arahnya.

"Basilisk dah mati. Kau janganlah risau,"kata Lily sambil tersenyum.

"Saya rindu abang saya,"kata Aurora. "Orang jahat tu nak pukau saya."

"Pukau?"tanya Tao.

"Orang tu nak culik dan pukau saya lepas tu dia pengsankan saya. Saya juga dipaksa untuk menghiris jari saya untuk menulis ayat berdarah pada dinding tu,"kata Aurora sambil tersedu-sedu.

"Jadi selama ni Delphini memukau Aurora dan menjadikan Aurora sebagai mangsa supaya rancangan dia tidak diketahui sesiapa,"kata Lily.

"Delphini tu memang licik orangnya,"kata Tao dengan lemah. "Uhuk! Uhuk!"

"Marilah kita keluar dari bilik ni. Lily, bawa buku kau tu,"kata Yoongi.

Lily terus mengambil buku azimat tersebut lalu menaiki Fawkes bersama mereka.

"Marilah! Kalau tak, nanti kena tinggal,"kata Lily sambil tersengih.

"Hei, tunggu!"kata Aurora lalu menaiki Fawkes dan duduk di belakang Lily.

Tao perlahan-lahan bangun sambil dipimpin oleh Yoongi yang membawa seguni senjata yang diberikan oleh Fawkes.

Fawkes pun memulakan penerbangannya. Fawkes meluncur laju menuju ke arah jalan keluar bilik itu. Mereka berlima menjerit keriangan.

"Aku nak muntah!"jerit Lily sekuat hati.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now