DDH 2: A Little Date

124 14 2
                                    

"Lily!"panggil Marco sambil melambaikan tangannya ke arah Lily.

Lily membalas lambaian tangannya dengan mengangkatnya tinggi. Namun, luka pada lengannya sangat pedih sehingga dia merintih kesakitan.

"Kau okay?"Rose memegang bahu Lily.

"Aku hampir kena serang tadi,"kain baju yang menutupi lengannya diselak lalu menampakkan balutan kain kasa yang menutupi luka akibat tusukan itu.

"Doom? Wanita gila tu?"tanya Mesut.

Lily mengangguk.

"Kau tak apa-apa? Ada tak mana-mana lagi bahagian yang dia cuba nak serang kau?"Marco pula mula cemas.

"Tangan je lah. Jangan risau. Nasib baik Charles tolong selamatkan aku,"Lily hanya tersenyum.

Pada keheningan itu, mereka dikejutkan dengan bunyi gagak hitam yang terbang di atas mereka. Gagak itu kemudiannya bertukar menjadi seorang lelaki yang tinggi lampai di sebalik debu-debu hitam itu.

"Edison?"Marco hairan.

Tao yang datang dengan memakai mantel pengembaraannya muncul di belakang Mesut dan Marco lalu mengambil epal dari tangan lelaki itu.  Dengan selamba sahaja, Tao menggigit buah epal itu sambil memegang bahu Mesut.

"Sorry,"Tao memberikan epal itu kepada Marco semula.

Marco membulatkan matanya ke arah Tao lalu mengunci leher lelaki itu dari belakang. Disekehnya kepala si lelaki panda itu sehingga terjerit Tao dibuatnya.

"Akh! L-lepaskan aku weh!"jerit Tao sambil menggapai-gapaikan tangannya.

"Selamba je kau kan nak makan epal aku!"marah Marco sambil menumbuk kepala lelaki itu berulang-kali.

Mesut hanya menepuk dahi sahaja.

~~~

"Kau tak apa-apa?"tanya Tao.

Lily hanya mampu menggeleng. Tangan halus gadis itu dipegangnya.

"Baiknya hati kau nak bawa aku date harini. Selalunya tak pernah ada sorang pun yang sanggup bawa aku jalan-jalan macam ni,"kata Lily sambil tersenyum.

Tao menoleh ke arah Lily sambil hidungnya terkembang-kempis.

"Kau saja je kan nak buat muka aku merah ni?"

"Alah bukannya apa. Aku kan kawan kau yang baik,"Tao tersenyum senget.

"Baik ada maknanya lah tu,"Lily menggulingkan matanya.

Tao tergelak kecil.

"Kau ni tak percaya pula,"lengan Lily dicubitnya.

Lily menjerit kecil sambil memukul perlahan lengan Tao.

"Jadi kau nak bawa aku ke mana?"tanya Lily.

"Mana-mana yang kau suka,"kata Tao

"Alah, mana-mana tu di mana?"Lily menggoyangkan tangan Tao.

"Hmm...Flourish & Blotts? Ataupun Florean Fortescue? Kedai Keluarga Weasley?"tanya Tao.

"Flourish & Blotts...di sana ada promosi sekarang,"kata Lily.

"Promosi apa?"kata Tao.

"Promosi buku Legenda Spiara Armando, panglima perang dari negara Taklukania yang terkenal dengan ilmu sihir dan emas,"kata Lily.

"Macam mana kau tau tentang buku tu?"tanya Tao.

"Aku ada ternampak dalam risalah yang aku dapat masa lawatan ke Hogsmeade dulu,"kata Lily.

"Oh,"kata Tao. "Okay, kalau begitu aku bawa kau ke kedai tu. Sambil-sambil tu kita boleh beli buku-buku untuk sesi persekolahan nanti."

~~~

Flourish & Blotts

Suasana di kedai itu sangat meriah dengan suara pembeli yang menyatakan rasa teruja mereka dengan promosi buku-buku cereka fantasi yang dijual. Sama seperti Lily yang begitu rambang mata dalam memilih buku.

Selepas selesai membeli buku-buku di dalam kedai tersebut, Lily dan Tao dihalang oleh Hayley yang memakai jubah hitam pekatnya itu.

"Ewah ewah ewah! Tengok siapa yang datang. Pasangan kekasih baru paling terkenal di Hogwarts,"kata Hayley.

"Apa masalah kau ni?"kata Tao yang bengang.

"Masalah aku? Masalah aku ialah aku single,"kata Hayley lalu terus berlalu pergi.

Single? Kesian Hayley.

"Sampai ke situ pula dia,"Tao menggeleng perlahan.

Lily menggetap bibirnya. "Hm, begitulah ciri-ciri forever alone."

~~~

Selepas dua jam berlegar di pekan tersebut, Lily bersatu semula dengan kawan-kawannya. Marco kelihatan membeli banyak makanan ringan sehingga tidak cukup tangan dibuatnya.

"Apa kau beli banyak gila ni?"tanya Lily kepada lelaki itu.

"Makanan. Nanti bosan tau,"kata Marco sambil memberikan coklat Toblerone kepada Lily.

"Untuk aku?"tanya Lily.

Marco mengangguk. Lily mengangkat ibu jarinya sebagai tanda terima kasih kepada rakannya itu.

"Korang tak nak makan aiskrim ke?"tanya Mesut.

"Kedai Florean?"tanya Rose.

Mesut mengangguk.

"Idea yang bagus. Lebih baik kita ke sana,"kata Tao.

Mereka semua pun berjalan bersama-sama menuju ke kedai aiskrim itu.

(C) Hogwarts Diary Series [Book 1]Where stories live. Discover now